Dikuasakan oleh Blogger.

Covid-19 : Kerajaan Negeri Sabah Melaksanakan 7 Larangan Baharu

Assalamualaikum
Bismillah

Pada 22 Mac 2020, Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan 7 Larangan Baharu sebagai langkah untuk menangani wabak Covid-19. Seperti yang korang sedia maklum, Sabah merupakan antara negeri yang mencatatkan rekod jangkitan Covid-19 tertinggi selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumber : Berita RTM 


Antara 7 Larangan Baharu sebagai langkah untuk menangani wabak Covid-19

1. Kompleks Custom Immigration Quarantine and Security (CIQS) Sindumin - Merapok sempadan Sabah Sarawak

Kerajaan Negeri Sabah telah memutuskan operasi Kompleks Custom Immigration Quarantine and Security (CIQS) Sindumin - Merapok di sempadan Sabah dan Sarawak bermula jam 6.00 pagi sehingga 8.00 malam berkuatkuasa pada 22 Mac 2020. 

2. Waktu Operasi Perkhidmatan Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Mengurangkan kekerapan perkhidmatan operasi Keretapi Negeri Sabah di mana untuk tujuan perkhidmatan yang perlu sahaja. 

Jadual baru yang ditetapkan bermula 22 Mac 2020 adalah seperti berikut :

3. Isu Gelandangan 

Gelandangan ditempatkan secara sementara di pusat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing. 

4. Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan di Kampung dan Kawasan Bandar

Semua Ketua Kampung, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Dalam Bandar hendaklah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah seliaan masing-masing. 

5. Operasi Kilang Memproses Makanan dan Pengangkutan Bahan

Operasi kilang memproses makanan dan pengangkutan bahan seperti beras, sayur, ikan dan sebagainya untuk kegunaan domestik DIBENARKAN. 

6. Perhimpunan Awam dan Majlis Keramaian

Kerajaan Negeri menegaskan supaya perhimpunan awam dan majlis keramaian seperti kenduri, perkahwinan dan acara-acara adat yang melihatkan orang ramai hendaklah DIBATALKAN. 

7. Sekatan Jalan Raya

Sekatan jalan raya di seluruh Negeri Sabah dikuatkuasakan untuk memastikan arahan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi. Orang awam diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya. 







Pesanan khidmat masyarakat ~
Please STAY AT HOME. DUDUK DI RUMAH. 
Patuh arahan yang diberikan. Sayangi diri dan keluarga kita. 


12 ulasan:

  1. semoga semua ini akan segera berakhir,aamiin

    BalasPadam
  2. moga rakyat Sabahan lebih ambil peduli tentang ini kan nurul.

    singgah blogwalking biters!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu .. Hopefully tiada lagi kes baharu dilaporkan di Sabah

      Padam
  3. hopefully this outbreak will end soon insyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.. May ALLAH ease everything to the world

      Padam
  4. Sama-sama doa agar orang kita ini fahamlah kenapa kerajaan buat macam ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.. Semoga semuanya cepat berakhir..

      Padam
  5. Semoga Allah lindungi Kita semua

    BalasPadam
  6. Gelandangan diambil tahu.. bagusnya kerajaan negeri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak .. Semoga isu covid dapat d'selesaikan secepat mungkin..

      Padam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.