Resepi Brownies Kedut Simple Sukatan Cawan

33
Assalamualaikum
Bismillah



Kredit: Nora Syikin


Bahan A :

  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan dark chocolate Beryl's

Cara-caranya 

1. Cairkan chocolate dengan kaedah double boiler.

2. Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam.


Bahan B :

  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula castor
  • 2 biji telur Gred A

Cara-caranya :

1. Pukul semua bahan hingga sebati. Dalam 3 minit. Kacau bagi sebati saja (tidak perlu hingga kembang)

2. Guna whisk atau senduk, tak perlu guna mixer


Bahan C :

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 2 sudu besar serbuk koko 
  • Secubit garam 
  • Ayak semua bahan

Cara untuk satukan semua bahan :

1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati guna whisk. Nanti akan jadi likat.

2. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati guna senduk. (Penting : Cuma kaup balik bagi sekata je, jangan terlebih kacau)

3. Sapukan butter pada loyang "8x8". Alas dengan baking paper/parchment paper dan sapukan juga butter pada baking paper. Panaskan oven 160c.

4. Bakar lebih kurang 40 minit pada suhu 160c. Bila dah siap bakar, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven. Masa ni baru kedut akan terbentuk.


Tags

Catat Ulasan

33Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Waalaikumussalam. Belum ada kekuatan lagi nak buat brownies. Yg tau nya, order dan makan yg org jual ja. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun belum pernah buat haha.. saja nak save resepi di blog supaya boleh rujuk..

      Padam
    2. Maaf nak tanya bakar guna api atas bawah ke ?

      Padam
  2. Balasan
    1. hehe cuba lah kak.. nak juga tgok rupa brownies Kak Gojes mcm mana

      Padam
  3. Buat brownies tak pernah..makan mmg favorite

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha kan kak anis.. kalau makan okay ja.. lau nak buat byak lagi kerja..

      Padam
  4. selalu ammi buat guna loyang 10x10 supaya brownies tak tebal sangat. kalau tebal sgt rasa mcm kek pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh.. yeaa kan.. lau loyang lebar agak nipis sikit lah kan

      Padam
  5. brownies memang feveret, tapi tak pernah buat pun hahaha

    BalasPadam
  6. simple rupenye bahan-bahan nak buat brownies ni. tapi malas T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa.. tak susah.. cuma byak kerja jugalah haha
      dan malas juga.. tgok mood haha~

      Padam
  7. mudah rupanya buat sendiri ni.. tp sisyat beluam ada kekuatan lg nak buat..hehe

    BalasPadam
  8. boleh lah rabia try buat dekat rumah nanti

    BalasPadam
  9. thank youu... first time buat tdi sedap :)

    BalasPadam
  10. Sy baru cuba buat utk juadah berbuka ..hehehe.. x sabar nak ngap 🤣 menjadiiii sangat.. thankyouu tauu share resepi dengan iolls yg belum pernah buat and x tau buat before this 😂😘😘😘😘 love you

    BalasPadam
  11. tq share resepi, request ank nk buat sendri itu yg cari resepi ni

    BalasPadam
  12. Kalau xde butter guna majerin boleh x. Malas plk nak kekedai

    BalasPadam
  13. Saya dah cuba dan alhamdulillah boleh dimakan hahahha terima kasih atas perkongsian resipi ni, cuma kedut tu tak menjadi sangat huhu

    BalasPadam
  14. Kalau ada air bubbles tu sebab terlebih kacau ke 😭

    BalasPadam
  15. Terima kasih, nak cuba in shaa Allah

    BalasPadam
  16. Thankyou for the recipe! Untuk yang suka kurang manis , prefer 1 cawan gula cukup . Apa² pun kedut² brownies rasa semua menjadi ! 🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah menjadi...
      Yeaa boleh ubah suai resepi ikut selera masing2.. takda masalah ^^

      Padam
  17. Tq konsi resepi nk try buat,mna thu bleh buat jual bln puasa ni,smga murah rezeki kita bersama.

    BalasPadam
  18. Klau bakar guna noxxa boleh x?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !