Assalamualaikum
Bismillah
Pada bulan Februari yang lalu aku pernah kongsi tentang Perlu Ke Tukar Domain Blog? Masa ini memang aku agak dilema nak tukar atau tidak. Lagipun pageviews aku pun semakin meningkat jadi kalau tukar mungkin akan memberi kesan sedikit sebab berlaku perubahan url.
Tetapi itu bukan faktor aku tidak mahu tukar domain.
Masa tu aku masih terumbang-ambing lagi. Baru melepasi fasa konvo dan dalam proses mencari kerjaya yang sesuai. Jadi blog pun kejap update. Kejap menghilang.
Aku belum bersedia untuk lebih komitmen dalam berblog. Jadi aku kuburkan saja hasrat untuk tukar domain walaupun aku tahu banyak kepentingan apabila menggunakan domain sendiri.
Sii Nurul Kekal Dengan Blogspot
Sejujurnya pada awal November aku membuat keputusan untuk kekal dengan blogspot. Aku memang dah fikir masak-masak dah masa tu. Siap tulis entri lagi cuma belum publish sahaja.
Tetapi itulah, kita hanya mampu merancang sahaja, Allah yang tentukan. Hati manusia kan berbolak-balik.
Blog Bertukar Domain | siinurul.com
Akhirnya, 26.12.2019 aku membuat keputusan muktamad untuk bertukar domain. Daripada ciknurul23.blogspot.com kepada siinurul.com
Atas beberapa cadangan dan pandangan daripada beberapa rakan blogger juga aku memilih siinurul.com Lagipun pembaca lebih mengenali nama Sii Nurul. Agak lama juga aku berfikir untuk menggunakan domain sendiri ini. Aku tak nak lah apabila dah tukar semangat nak berblog pun tak macam dulu.
Beli domain di Netkl
Aku beli domain di Netkl sebab ramai yang bagi positif feedback menggunakan servis Netkl. Kalau nak tahu cara beli domain di Netkl boleh baca Cara Mudah Beli Domain di NetKL
Aku tak sempat nak screenshot untuk tulis tutorial beli domain macam mana. So, just rujuk sahaja entri tadi ya.
Aku beli domain dengan harga R45.00 untuk setahun. Berbaloi lah kan. Dan ada sedikir caj tambahan dikenakan. Tak mahal pun. Jadi jumlah keseluruhan adalah RM46.90.
Servis Netkl pun cepat dan responsive. Mula-mula tu terkial-kial jugalah. Takut tersalah pun ada. Siap chat kat messenger lagi tanya pihak Netkl. Alhamdulillah memang servis mereka terbaik sangat! No wonder lah ramai yang recommended untuk beli domain di Netkl.
Selain itu, aku kena update lagi balik google adsense.
Adsense hilang selepas tukar domain itu perkara biasa. Sebenarnya tidaklah hilang secara permanent pun. Cuma iklan tidak berfungsi sahaja.
Bahagian ini aku pun memang dah sedia maklum dan bersedia dari awal selepas membuat keputusan untuk tukar domain.
Perubahan Selepas Bertukar Domain
Aku agak terkejut juga sebab dari segi pageviews tidak berlaku penurunan yang drastik. Alhamdulillah masih maintain walaupun ada turun sedikit dari google analytics. Tetapi secara keseluruhan tidak juga teruk sangat pun.Selain itu, aku kena update lagi balik google adsense.
Adsense hilang selepas tukar domain itu perkara biasa. Sebenarnya tidaklah hilang secara permanent pun. Cuma iklan tidak berfungsi sahaja.
Bahagian ini aku pun memang dah sedia maklum dan bersedia dari awal selepas membuat keputusan untuk tukar domain.
Cara nak betulkan adsense selepas tukar domain tak susah mana pun. Hanya perlu tunggu email daripada adsense sahaja. Hopefully everything is okay.
Semoga dengan adanya domain baharu ini aku lebih bersemangat dan komited dalam berblog. Terima kasih juga kepada rakan blogger yang banyak berkongsi tips. Kalau tak memang terkial-kial lah aku mencari solusi.
tahniah dapat tukar domain. Keep the good work!
BalasPadamterima kasih Ain :)
Padamsamalah kita, saya pun baru tukar url blog so bersabarlah tunggu adsense muncul balik di blog. btw tahniah nurul dah ada domain sendiri, saya belum terpikir lagi nak pakai domain sendiri..hehe
BalasPadamsy mcm ada masalah pula nak review adsense huhu
Padamwaalaikumussalam. alhamdulillah tahniah ^_^
BalasPadamalhamdulillah
PadamTerima kasih Umi ^^
tahniah dah tukar domain
BalasPadamterima kasih Rabiah :)
PadamTahniah.
BalasPadamterima kasih wak ^^
PadamGetting your own domain name is like a satisfaction. Tahniah Nurul! It's definitely worth it xx
BalasPadamlenne | blog
definitely worth it!
PadamTahniah, Nurul...akhirnya tercapai hasrat...
BalasPadamthank you :)
PadamTahniah nurul..
BalasPadamterima kasih Ciktie ^^
PadamTahniahhh. Alhamdulillah. Semoga terus menulis.
BalasPadamAlhamdulillah.. terima kasih kak Feni ^^
PadamTahniah dah bertukar domain. Semoga menjadi semangat untuk terus menulis.
BalasPadamterima kasih Nurul Aziz .. :D
PadamTahniah Nurul.. Semoga awak terus sukses dalam dunia blog dan memberi ilmu kepada semua yang membacanya..
BalasPadamWahh kak nurul dah hebat lah sekarang. Pageviews pun meningkat banyak. Nak belajar dari sifu. Huhuuhuu
BalasPadamHaah.. Sy pun tersekat kat adsense lepas tukar domain. Haha
BalasPadamYeah, semoga lepaas ni Nurul lebih fokus menulis Dan menjana income thru blog. Tak mustahil kan.
BalasPadamtahniah kerana berani bertukar kpd domain. Abe Kie pun beli di netkl.
BalasPadamSenang juga dah ada domain ni kan Nurul. Lagipun, maintenance dibuat oleh NetKL. bayar setahun sekali. TQ share pasal adsense tu Nurul...
BalasPadamTahniah. Lebih pro gitu
BalasPadamAdsenses Misa tak lepas lah XD but its okay anyway.. conngratzzzz <3
BalasPadamalhamdulillah.. tahniah sis
BalasPadamCatat Ulasan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.