Pencapaian Sepanjang Bergelar Blogger

18
Assalamualaikum
Bismillah

Setiap orang mengukur tahap pencapaian dalam berblog adalah berbeza. Ada yang menilai tahap pencapaian mereka dengan melihat jumlah pageviews setiap bulan ataupun tahun. Ada yang mengukur tahap pencapaian blog melalui pendapatan blog yang diperoleh setiap bulan. 

Everyone defined success differently. Don't compare yourself to others or your blog to other blogs. Especially if your definition of success differs from others. 

Itulah yang seperti aku katakan sebelum ini. Pencapaian aku sepanjang berblog tidak sama dengan orang yang dah berpuluh tahun dalam dunia blog. 

Kalau kita nak bandingkan sesuatu kejayaan atau tahap pencapaian, jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Tetapi bandingkan diri kita sekarang dengan diri kita yang dulu. 

Adakah semakin baik ataupun tiada perubahan langsung. 

Pencapaian Sepanjang Bergelar Blogger

1. Pageviews dari ratus kepada ratus ribu
Pencapaian pertama dalam berblog adalah peningkatan pageviews setiap tahun. Walaupun begitu pageviews yang banyak belum menjamin blog yang berkualiti. Namun, ia boleh dijadikan sebagai pemangkin semangat agar aku bermotivasi untuk terus menulis dengan lebih baik.

Google Analytics sepanjang tahun 2017

Google Analytics sepanjang tahun 2018


Google Analytics sepanjang tahun 2019

Siapa juga tak gembira nampak pageviews semakin meningkat. Tipulah kalau aku kata aku tak gembira. At least apa yang aku tulis dan merapu dalam blog ini ada yang sudi baca dan komen. Buktinya melalui pageviews lah kita tahu blog kita ada pembaca. Buat apa aku tulis blog kalau takda yang baca kan. Bagus aku tulis diari dalam buku dan simpan dalam laci. 

Aku dah 5 tahun berblog. Cuma artikel yang ditulis dari tahun 2015 - 2016 aku dah padam kerana nampak sangat tak matang dan tulis ikut suka hati aku. Dalam erti kata lain syok sendiri lah. Orang baca pun menyampah gitu. 

Bila tengok balik pageviews 2 tahun yang lalu, alahai sendunya. Masa tu struggle gila nak promote diri sendiri dengan blogger yang lain. Join giveaway dan blogwalking. 

2.  Beberapa entri yang berjaya berada dalam carian google

Orang lain mungkin tak kisah pun pasal ini. Tak apa, itu korang. Hehe~ Aku pula memang kisah sangat kalau beberapa entri aku berjaya berada pada halaman pertama google. Best sangat apabila belajar ilmu SEO ini. 


Ada beberapa lagi entri yang berjaya mendapat tempat seperti :

Aku bukanlah pandai bab SEO pun. Tetapi berkat perkongsian daripada rakan-rakan blogger tentang seo, keywords dan tips blogging yang lain jugalah entri aku berada di halaman pertama google. Dan paling penting sekali kebanyakkan pageviews aku meningkat disebabkan semua artikel di atas. 

3. Cashout Google Adsense 
Selama berblog, Alhamdulillah Penantian 2 Tahun Berakhir...Google Adsense Capai 100USD!! Apabila apa yang kita buat membuahkan hasil berbentuk duit sudah tentu ianya merupakan pencapaian yang bermakna sekali sepanjang berblog. 

Fuh! 2 tahun guys baru dapat hasil. Kalaulah aku tidak sabar dan berhenti menulis sekerat jalan korang rasa boleh nampak tak hasil? Mungkin ada hasil tetapi 5 tahun atau 10 tahun baru dapat. Tidak kira korang baru ataupun lama berblog, kalau nak ada hasil bersabarlah dan jangan putus asa. 

4. Azam blog berjaya dicapai
Ada blogger dia tak tetapkan azam atau matlamat dalam berblog. Aku tak kata benda ini penting pun. Cuma penting bagi aku untuk tetapkan matlamat dalam berblog. Supaya aku boleh lihat apa yang aku dah berjaya capai dan belum dalam berblog. 

Apabila aku tetapkan azam dalam berblog, perjalanan blog aku lebih tersusun. Aku dapat idea apa yang aku nak tulis pada bulan ini. Apa yang aku perlu perbaiki pula dari segi konten. Aku dapat menilai kekuatan dan kelemahan blog aku.

Lain orang lain cara dia mengurus sesuatu blog. Aku memang minat sangat menulis dan berkongsi. Kalau boleh aku nak buat yang terbaik dengan apa yang aku minat. Aku nak pembaca mendapat manfaat dengan apa yang aku tulis. 

"If your destination is for the readers to learn something. It means that by the time they've finished reading your post, either they'll have gained new infomation or they'll have discovered a new way of doing something."

5. Dapat 5 job blogging
Inipun merupakan salah satu daripada azam berblog aku tahun 2018. Alhamdulillah tahun 2019 aku dimurahkan rezeki dengan beberapa job blogging. Antaranya ialah 
  • Guest post
  • review produk
  • Sewa iklan di blog
Aku bersyukur sangat. Betullah juga, apabila kita usaha untuk perbaiki trafik dan konten blog, InsyaAllah rezeki untuk dapat job berblog itu pasti ada. 

Aku tidak pernah buka sewa iklan di blog pun. Tetapi ada yang email dan whatsapp mahu sewa iklan di blog. Jadi, aku pun buka peluang kepada peniaga yang mahu sewa iklan di blog ini. Mudah-mudahan dengan cara ini dapat bantu mereka untuk mendapatkan customer. 

Yang berminat nak sewa iklan di blog boleh email di nurulatikayunus23@gmail.com


6. Dapat bantu orang lain dengan hanya menulis blog





Pencapaian sepanjang berblog bukanlah dari segi pencapaian blog sahaja. Tetapi apa yang pembaca dapat daripada blog ini. Kepada yang sudi email, whatsapp dan chat di instagram dan facebook semata-mata mahu bertanya, ada yang terus follow sebab nak keep in touch. I really appreciated all of you. 

Pageviews yang banyak semua itu tidak bermakna jikalau pembaca tidak dapat manfaat apa-apa daripada blog ini. So, terima kasih banyak buat semua.

Jumlah pendapatan yang terkumpul untuk tahun ini hampir RM2k sejak aku ambil keputusan untuk lebih serius berblog pada bulan September yang lalu. 


Hakikatnya mahu membina kerjaya sebagai blogger sepenuh masa bukan satu kerja yang mudah. Hanya RM2k selama 3 bulan lebih sahaja bersamaan dengan RM500-600 sebulan. Tetapi itulah jalan yang aku pilih. 

Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Aku berharap aku mampu bertahan. 

Ada yang bertanya cukupkah pendapatan macam tu? Sebenarnya dengan nilai yang sedikit itulah aku dapat menjalankan bisnes kecil-kecilan. Alhamdulillah, cukup untuk berbelanja dapur rumah dan bayar PTPTN. 

Cukup atau tidak itu dinilai bukan pada besar atau kecilnya gaji kita. Bersyukur dengan rezeki yang diberi, InsyaAllah akan dicukupkan oleh Allah apa yang kurang. Bagaimana kita mengurus perbelanjaan dan mengurus kewangan dengan baik itu yang penting. Jangan lupa juga untuk menyimpan sedikit untuk masa kecemasan. 

Sekian itu sahaja. Semoga perkongsian ini dapat memberi  motivasi kepada rakan blogger yang lain. Semoga kita sama-sama menjadi seorang blogger yang lebih baik. 



Tags

Catat Ulasan

18Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Alhamdulillah.. semoga akan terus cemerlang dan dimurahkan rezeki..

    BalasPadam
  2. wah tahniah nurul. teruskan usaha, semoga terus sukses dan dimurahkan rezeki selalu :)

    BalasPadam
  3. Semoga terus sukses di dalam dunia blogger ini. hehe

    BalasPadam
  4. Samalah. saya pun kadang2 dpt DM di ig dan emel dari pembaca tanya pasal post yang ditaip. alhamdulillah, gembira dapat tolong orang. Semoga terus sukses selalu ye cik nurul. Insyaallah, Allah akan bayar dengan setimpal apa yg kita usahakan. Amin.

    BalasPadam
  5. Kak Nurul is sooo inspiring!! ^^ Teruskan menjadi blogger awesome!!! :D Best of luck to you <3

    BalasPadam
  6. alhamdulillah tahniah. kami tumpang berbangga dan gembira ^_^

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, akak doakan yang awak terus sukses dalam dunia blogging.. Memang satu pencapaian yang membanggakan sebenarnya bila ramai yang menjadikan blog kita sebagai satu rujukan sesuatu perkara..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah pencapaian yang memberangsangkan

    BalasPadam
  9. alhamdulillah. tahniah. teruskan menulis dan berkongsi nurul

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki. I selalu hilang mood bila nak berblogging. Kekadang kering idea.

    BalasPadam
  11. Alhamdullilah. Tahniah! Impian saya juga ini di terima bekerja dengan google. Doakan ya. Tapi bolehkah kita diterima google kalau domain belakang bukan dot com tapi dot net?

    BalasPadam
  12. Alhamdulilah..rezeki Allah dah tetap kn yg terbaik untuk sis...all the best dalam kehidupan..

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah.. Bangga dengan pencapaian Nurul, boleh jadikan inspirasi untuk blogger-blogger lain termasuk saya ^o^

    BalasPadam
  14. suka sgt perkongsian sis ni. saya pun dah start berblog jgk. Bersemangat bila baca semua entry sis pasal blogging ni. post lagi pasal blogging please, hehe. terutamanya pasal income, saya suka nak tengok income blogger. sikit ka byk ka x kisah, yang penting bila ada income tu, rasa seronok nmpk.

    BalasPadam
  15. Alhamdullilah. Tahniah Nurul. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari pembakar semangat kaka berblog

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !