Pertama Kali ke Labuan | Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)

15
Assalamualaikum
Bismillah

Pada 3hb September bersamaan hari Selasa, pertama kali aku pergi ke Labuan. Ini bukan cerita percutian ya. Tujuan aku ke sana adalah untuk teman adik aku mendaftar di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). 

Alhamdulillah, adik aku dapat tawaran di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Teknologi Multimedia. 


Perjalanan Dari Kota Kinabalu ke Menumbok (2 jam 30 minit).Sebelum ini adik aku study kat Matrikulasi Labuan. So, setiap kali cuti memang parents aku dah biasa ke Menumbok. Cuma ini baru pertama kali aku ikut sekali. 

Kami bergerak dari rumah selepas subuh, sebelum jam 6 gerak dah dari rumah. Barang-barang pun sebulan lebih dah packing. Memandangkan ini bukan pertama kali adik aku tinggal kat hostel, jadi memang takda masalah sangat pun nak senaraikan barang apa nak dibawa. 

Dalam jam 9.30 macam tu kami dah sampai kat Menumbok. Sampai ja kat Menumbok, kami terus ke kaunter untuk tengok masa bertolak feri dan bot laju jam berapa. Kami sampai sahaja feri dah bertolak ke Labuan. Abang aku pun kata better naik bot laju. 


Sebelum beli tiket untuk bot laju, kami isi perut dahulu. Lapar punya pasal kan tidak ingat pun mau ambil gambar. Lepas dah makan sikit baru ingat nak update kat blog. 

Aku makan Mee Goreng Ayam dan Coca Cola. Itupun tak habis, takut nanti muntah (mabuk laut) semasa dalam perjalanan.

Baju putih tu adik lelaki aku yang mendaftar di UMSKAL. Kat sebelah pula bapa aku.

Habis ja makan tengah hari kami terus bergerak ke kaunter untuk beli tiket.


Aku ini jadi jurukamera yang tidak bertauliah saja. Ini pun ambil gambar kelam-kabut juga. Terkejar-kejar masa sebab kami pun ulang-alik juga.


Seronoknya tengok lelaki bawa barang sikit je. Dulu aku paling kurang pun 3 buah beg besar. 2 beg untuk 4 tahun tak cukuplah haha~


Ini feri yang baru sampai di Menumbok. Bergerak ke Labuan dalam jam 2 gitu. So, sebab nak cepat takut lewat semasa mendaftar nanti kami naik bot laju sahaja. Dalam 15 - 20 minit dah sampai Labuan. 


Tak ramai pun yang nak bot laju. Dalam 10 orang penumpang sahaja. Tetapi seronoklah sebab cepat dan tak lama nak menunggu.


Actually abang aku masa ini kurang sihat dan cirit-birit. Syukurlah dia tak muntah juga masa dalam perjalanan. Kalau korang mabuk laut jangan lupa bawa ubat atau minyak angin. 

Bapa aku pula tak nak iut, so dia tunggu saja kat Menumbok sampai kami balik dari Labuan. 

Maaf sebab gambar kurang jelas, sebab kedudukan tempat duduk aku terlalu hadapan. Malu pula nak tangkap gambar orang belakang tanpa kebenaran. So, aku belanja gambar abang pemandu bot sajalah.


Suasana semasa pendaftaran. Apa yang aku suka UMSKAL berbanding UMS KK ialah tak terlalu sibuk haha. Kalau kat KK mak aii ramai betul pelajar.  


Habis mendaftar adik aku ambil kunci bilik then baru kami bergerak ke hostel dorang. Khemah tu pula tempat letak bagasi pelajar. Ia bagi memudahkan pelajar untuk mendaftar tak perlu angkat bagasi ke hulur ke hilir. 


Inilah hostel adik aku (Kolej Beta), UMSKAL. Macam apartment je kan. Better than UMS KK hahaha~
 Ada 4 tingkat. Dan paling best ada balkoni. Huhu 


Memandangkan ia adalah hostel lelaki, so aku tidak dapat tengok bilik dorang haha. Abang aku ja yang naik temankan adik aku. Aku stay kat bawah je. 


Di sini tempat adik aku ambil kunci bilik. Tak pasti apa nama bangunan ini. Kat sebelah kanan hujung lagi ada kafe tapi aku tak sempat nak ambil gambar. Then kami ke koperasi beli keperluan sikit mana yang patut macam maggi, baldi, dan bantal. 

Kemudian, kami pergi ke bandar untuk beli pemanas air (heater) supaya senang adik aku nak makan maggi haha just in case dah habis duit belanja. Macam tak biasa hidup kat hostel kan. 


Kami bergerak dalam Jam 2 petang juga. Ohh lupa nak mention Labuan ni panas sebab dekat laut. huhu~ Kena pakai sunscreen banyak-banyak.



Sempat lagi berselfie untuk kenangan. Jarang kami adik-beradik yang bujangan ini bergambar.



Selepas dah settle semua pendaftaran, beli barang keperluan di bandar. Kami pun beli tiket feri untuk balik ke Menumbok. Adik aku pula balik hostel dan memulakan kehidupan selama 4 tahun di Labuan. Dalam jam 4 kami bergerak dari Labuan dan sampai di Menumbok dalam jam 5 petang. 

Kecian bapa aku tunggu dari tengah hari sampai petang sampai tertidur dalam kereta. Kami bergerak balik ke Kota Kinabalu (KK). Sampai rumah pun jam 9 sebab singgah beli barang dapur lagi. 

Like I said earlier.. Ini bukan trip nak jalan-jalan. So, memang tak banyak gambar nak ditunjukkan pun. Hanya pengalaman yang tak seberapa pertama kali menjejakkan kaki ke Labuan. Yang penting semuanya dah selesai. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan semuanya. 

Maaf sebab tak mention harga tiket semua sebab bukan aku yang urus masa tu. Lagipun nak kejar masa kan. InsyaAllah ada rezeki lebih maybe akan datang aku akan pergi Labuan lagi kot. 



Tags

Catat Ulasan

15Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Dah lama tak pergi ke Labuan tapi paling tak suka naik feri sebab pening

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sy kak Feri lagi bagus sebab feri kami naik nie.. feri kereta

      Padam
  2. bestnyaa. teringin sangat nak pergi labuan dan naik feri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe InsyaAllah semoga dimurahkan rezeki supaya dapat pi Labuan

      Padam
  3. dengar kata makanan di Labuan mahal. Betul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha kami xda makan kat Labuan lgi sebab hari tu sibuk .. byak mau urus

      Padam
  4. Keren kampus dan asramanya adiknya. Semoga lancar studi adiknya yah. Aamiiin

    BalasPadam
  5. teringin nak ke sebelah sana pulak, haritu sempat ke KK saja. adik Shu di Miri pun tak sempat menjengah dia, sampai dia dah balik semenanjung pun shu belum sampai ke Sarawak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah semoga dimurahkan rezeki buat shu..

      Padam
  6. Dulu pernah sekolah di Labuan.Good luck untuk adik saudari

    BalasPadam
  7. hai, saya nak tanya dari kampus umskal tu ke bandar naik apa ye? jalan kaki je ke?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !