Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Review Guardian Aloe Vera Gel

Sii Nurul
31
Assalamualaikum
Bismillah

Sejak viral kat Twitter hari tu pasal Guardian Aloe Vera Gel sebab kononnya boleh campur dengan shampoo kalau korang nak rambut jadi lembut. 

So, aku pun terpengaruh lah juga nak beli Guardian Aloe Vera Gel ini dan sapu kat rambut hahaha. Tetapi aku nasihatkan kat korang janganlah sapu kat rambut. Mula-mula saja lembut, tak lama lepas tu jadi kasar. 

Itu pengalaman aku lah. Aku beli Guardian Aloe Vera Gel ini sebab murah RM5 sahaja. Ada juga yang jadikan Aloe Vera sebagai mosturizer. Setakat ini aku tak pernah lagi lah pakai aloe vera sebagai pelembap muka. 

Review Guardian Aloe Vera Gel

Guardian Aloe Vera Gel ini mengandungi 100% aloe vera asli untuk mengekalkan kelembapan. Selain itu, ia juga kaya dengan anti-oxidant Vitamin E untuk membantu menghidrasikan kulit. 

Bukan itu sahaja, aloe vera ini sangat efektif untuk melegakan dan merawat kulit yang terkena sunburn ataupun kegatalan yang disebabkan oleh kulit yang kering.

Kandungan Bahan (guardian aloe vera gel ingredients)

Aqua, Glycerin, Aloe Barbadensis Leaf Powder, Tocopheryl Acetate, Carbomer, Triethanolamine, Imidazolidinyl Urea, Methylparaben, Allantoin, Tetrasodium EDTA, C12- 15 Pareth- 12

Cara Penggunaan

Buka penutup tube. Picit aloe vera di tapak tangan. Sapu kat mana-mana bahagian kulit. 

Packaging

Berbanding Natural Aloe Vera (bekas bulat), aku lebih suka dengan packaging Guardian Aloe Vera Gel. Cuma yang aku dah beli tu, kadang tak boleh nak tutup rapat. Overall, masih okay jugalah. Selain itu, ia senang dibawa ke mana sahaja. 


Review Guardian Aloe Vera Gel

Seperti yang dilihat dalam gambar diatas, testur gel ini kelihatan tidak bewarna dan tidak mempunyai bau, bebas alkohol serta mudah menyerap ke dalam kulit. 

Apa yang aku suka juga tentang aloe vera ini ia tidak melekit. Kalau kita guna sama macam kita sapu losyen cuma bezanya ia nampak macam air sedikit.

Aku tidak selalu menggunakan aloe vera ini. Hanya pada waktu tertentu sahaja contohnya seperti selepas berjalan-jalan di pantai, ataupun pada musim panas baru aku akan gunakan. 

Hal ini demikian kerana kulit aku sangat sensitif dengan mana-mana skincare. Dan apa yang aku lihat, aku hanya sesuai menggunakannya untuk merawat kegatalan dan sunburn sahaja.

Kalau aku gunakan sebagai pelembap nanti muka aku timbul jerawat dan kemerahan.


Repurchase?

Mungkin aku akan beli balik. I'll keep repurchase this until I found better product. Cuma kalau korang nak yang murah dan takda masalah kulit sensitif bolehlah pakai produk ini. 

Bagi yang ada masalah kulit sensitif aku lebih prefer pilih Natural Aloe Vera. For me Aloe vera Nature Republic much better than this.

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)

Catat Ulasan

31Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. saya pun sama tak boleh letak produk sesuka hati di muka nanti kemerahan dan naik jerawat. setakat nie saya guna gentle cleanser je..thanks for review this product.

    BalasPadam
    Balasan
    1. your welcome Ain.. sama lah naik jerawat juga kalau kat muka haha

      Padam
  2. aloevera ni sy beli utk kurangkan panas bdn ank je ms ank demam..
    hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy baru tau aloevera ini boleh kurgkan demam ..

      Padam
  3. sama macam kita. kita gne aloe vera ni utk sunburn dgn time kulit rasa pedih. tak penah lagi dengar letak kat rambut. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe yeaa.. produk ini bagus utk yg terkena sunburn..

      Padam
  4. ammi beli aloe vera gel yg dalam bekas bulat tu..brand apa pun ammi tak ingat. beli pun sebab kitorang sunburn lepas gi theme park.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg tu namanya Aloe vera Nature Republic.. bagus juga..

      Padam
  5. thanks for the honest review, nasib tak buat lagi sebab kulit pun jenis sensitif jugak.

    BalasPadam
  6. nasib baik baca review ni..tengah mencari aloevera juga ni :-)

    BalasPadam
  7. Ada guna. Kalau macam muka burn ke.. boleh sapu. best je rasa. time keje kat site.. memang kena guna :)

    BalasPadam
  8. Samaa! Kaella guna tiap malam sebelum tido esok pagi bangun muka lembap tau andd kaella guna juga untuk rambut. Alhamdulillah best jer dan merawat rambut juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy guna utk rambut mcm tak berapa okay pula.. mungkin sebab rambut sy kasar kali.. haha

      Padam
  9. kwn suruh beli aloe vera ni spare utk anak demam. bila ank demam tempek kat atas dahi...demam cepat turun katanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada yg kata baik utk turunkan panas anak yg demam.. syukurlah kalau boleh redakan demam panas..

      Padam
  10. sama macam akak kulit sensitif juga skarang guna safi jer ok la setakat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai yg kata safi okay.. mungkin sy perlu cuba juga kot..

      Padam
  11. hi saya salah seorang pengguna produk ini, produk ini sangat bagus dan berbaloi, kulit muka saya breakout teruk tapi dengan sapu setiap malam pada muka jerawat batu pun slow2 akan kecut. Bukan itu sahaja produk ni juga membantu untuk hilangkan bekas luka yang hitam. dulu leher saya pernah allergic dengan lotion nivea, habis mengelupas dan merah , bila sapu produk ni semamlam je letak esok dah jadi baik dah nampak kesan. alhamdulillah .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2.. saya tiap2 mlm sapu kt muka sb muka breakout.. smggu kering jerawat.. xdek tumbuh dh...

      Padam
  12. Balasan
    1. InsyaAllah.. ramai yg bagi feedback produk ini sesuai yg terkena sunburn...sy sendiri pernah mengalami sunburn di muka.. alhamdulillah skrg dah okay

      Padam
  13. Gel Aloe Vera yg bekas bulat tu sesuai tk untuk kulit kering n sensitif?

    BalasPadam
  14. Nak beli tapi takut takleh sapu kat muka ke? Takut la kang breakout

    BalasPadam
  15. Sy guna gel aloe vera brand guardian Ni okay sangat...kulit muka sy Jenis berminyak..so tiap malam pakai..nk g mn2 pon pakai Ni je..xyah foundation..kulit muka jd lembap..n xberminyak lg..n nampk la perubahan muka jd bersih..

    BalasPadam
  16. Produk ni memang sangat berkesan. Betul,aloe vera ini sangat efektif untuk melegakan dan merawat kulit yang terkena sunburn . Mula mula sy tak beli sebab sy tak berapa suka packaging dia. Tetapi selepas sekali beli, aku sudah ada loyalty kepada produk ni.

    BalasPadam
  17. Boleh kah pakai aloe vera ni untuk pigmention..

    BalasPadam
  18. Saya pun skrg ni dah mula guna. Mmg best. Skali tu kulit kaki saya mengelupas teruk gak. Pedih gila kot. Dah merah2 dh. Pastu mak suggest guna gel ni, sy guna utk 2 - 3 hr je. Dah ok. Skrg dah tak rse pedih lagi. Kulit baru pun dh tumbuh.

    Bg sesiapa yg mempunyai kulit kering di sekitar bibir ke or satu wajah lah! Boleh guna gak. Mmg berkesan. 💯 recommended ☺️

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write