Rendahkan Gula Dalam Darah Dengan Insourin

Assalamualaikum
Bismillah

Apa itu diabetes?

Diabetes adalah penyakit atau gangguan metabolik yang terjadi apabila pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup ataupun tubuh badan kita tidak dapat menggunakan insulin secara efektif. Seseorang yang mengalami kadar peningkatan gula dalam darah di atas 126mg/dL atau 200mg/dL dan disertai gegala-gejala khas seperti :
  • Polyuria (Kerap buang air kecil/kencing)
  • Polydipsia (banyak minum)
  • Polyphagia (banyak makan)
Ia boleh di kategorikan atau diagnos sebagai diabetes (kencing manis). 

Setiap hari kita konsum makanan dan minuman yang mengandungi kabohidrat dan gula. Makanan tersebut akan masuk ke dalam tubuh dan bertukar menjadi energi (glukosa) kerana tubuh badan kita memerlukan energi untuk melakukan aktiviti seharian. 

Glukosa merupakan sumber energi bagi otak, jantung, dan otot-otot kita supaya dapat bergerak dan membuat aktiviti dengan baik. Sebelum glukosa ini masuk ke dalam sel, ia akan pergi ke saluran darah kita dahulu. 

Dengan bantuan daripada insulin, glukosa akan dapat masuk ke dalam sel-sel tubuh kita. 

Apabila kita terus-menerus konsum kadar gula yang tinggi, lama-kelamaan akan berlaku gangguan dalam penyerapan gula darah, kerosakan ataupun peningkatan secara signifikan gula dalam darah. Secara tidak langsung, pankreas akan bekerja keras untuk menghasilkan insulin melebihi kadar kemampuan yang sepatutnya. 

Tujuan pankreas menghasilkan insulin tersebut adalah untuk mengimbangi kadar gula yang masuk. Hal ini akan menyebabkan penyerapan glukos berlaku dengan cepat. Keadaan inilah yang menyebabkan kita ingin makan makanan yang manis dan susah mahu berhenti. 

Kesannya tubuh badan kita menjadi kurang sensitif terhadap insulin menyebabkan banyak gula yang akan tertinggal dalam darah. 

Fenomena ini dipanggil sebagai "insulin resistant". Sel-sel di dalam tubuh kita akan kehilangan sensitiviti terhadap insulin. Boleh jadi juga pankreas kita mengalami "kelelahan" kerana menghasilkan insulin terlalu banyak sehingga menyebabkan pankreas tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Cara-cara untuk menjaga kadar gula dalam darah adalah dengan :

Menjaga Pemakanan 

Kita dianjurkan untuk menjaga pola makan dengan sihat seperti mengambil makanan yang mengandungi protein, buahan-buahan serta sayur-sayuran. Mengurangkan makanan dan minuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi. 

Bukan untuk pesakit yang mengalami kencing manis sahaja perlu menjaga pola pemakanan. Orang yang sihat pun perlu kekalkan pengambilan makanan yang berkhasiat. 

Makan makanan berkhasiat dan kalori terkawal dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.

Melakukan senaman fizikal 

Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan. 

Salah satu senaran yang boleh dilakukan ialah senaman kardio sekurang-kurangnya 1 jam sehari. Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori dan oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. 

Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik. 

Ubat-ubatan 

Jika anda pengidap diabetes jenis 1 iaitu “Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin), anda memerlukan suntikan insulin. 

Mankala jika anda pengidap diabetes jenis 2 “Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin), anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.



Rendahkan Gula Dalam Darah Dengan Insourin

Apa itu Insourin?

Insourin adalah produk keluaran Joymix iaitu sejenis minuman kesihatan khusus kepada penghidap diabetes atau kencing manis. 

Produk ini tidak boleh minum sembarang tau, kerana ia menurunkan kadar gula dalam darah. Kalau korang takda kencing manis tiba-tiba rasa mahu minum, silap hari boleh pengsan. 

Insourin ini dikatakan mampu menjadi bertindak seperti insulin sebab itulah ia dapat mengurangkan kadar gula dalam darah dengan cepat dan kesannya boleh dilihat setelah 2 jam selepas minum insourin. 

Ini adalah bacaan sebelum dan selepas pengambilan Insourin. 

Bagaimana rasa Insourin?

Memandangkan aku tiada penyakit diabetes aku tidak dapat nak gambarkan bagaimana rasa insourin ini. Walau bagaimanapun, aku telah cadangkan kepada makcik aku minuman Insourin ini. Katanya, rasanya seperti air lemon tetapi tidak terlalu masam dan sehingga tidak boleh minum.

Antara kandungan yang terdapat dalam minuman ini ialah Erythritol, Serbuk Jus Sitron, Paten Mamordica Chanrantia Ekstrak Polipeptida, dan Kopi Hijau Ekstrak.

Cara Pengambilan Insourin

Ambil 1 sachet Insourin bersama air suam / air bersuhu bilik. Pengambilan 2 kali sehari ketika waktu sarapan pagi, tengah hari atau malam. 

Jika bacaan kadar gula dalam darah anda turun sehingga kurang dari 5.6mmol/L, anda bolehlah berhenti minum Insourin ni. Ya, jika bacaan kadar gula dalam darah berkurang pada satu tahap tu, berhenti minum Insourin ni. 

Bacaan gula dalam darah yang terlalu rendah pun sebenarnya kurang baik juga kerana akan menyebabkan hipoglisemia. 


Setiap kotak kecil Insourin mempunyai 10 sachet. Tetapi anda bukan dapat 10 sachet sahaja tau. Tetapi 30 sachet semuanya iaitu 3 kotak kecil seperti yang anda nampak dalam gambar di atas.


Bagi yang berminat nak beli,korang boleh beli di portal ini → https://www.joypremix.com/products/insourin