Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Resepi Sandwich Telur Paling Simple [VIDEO]

Sii Nurul
5
Assalamualaikum
Bismillah


Dah lama sebenarnya mahu buat ni sandwich telur. Pertama kali buat masa Kem Kepimpinan di Universiti dulu, aku jadi AJK untuk Makanan dan Minuman. Memang penat dah, nak beli barang lagi, kena berjaga dan bangun awal. Lepas tu yang masak 2-3 orang sahaja. 

Tak nak cakap banyak, ini Resepi Sandwich Telur Paling Simple aku buat. 

Bahan-bahan 
Telur yang dah direbus
Mayonis
 Serbuk lada hitam
 Roti
Garam (cukup rasa)

Tambahan : Boleh letak sayur kobis, tomato dan bahan lain. 
Tetapi untuk resepi ini, aku hanya gunakan bahan-bahan di atas sahaja. 

Cara Membuatnya 

1. Hacurkan telur rebus menggunakan garfu.



2. Letakkan mayonis, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul sehingga sebati.



3. Potongkan bahagian tepi roti. Tak bak buang tepi pun boleh lagi jimat.

4. Sapukan inti pada roti. 



5. Potong segi tiga. 


Siap! Sedia untuk dihidang. Kalau nak lagi jelas boleh tengok video youtube tersebut. 

Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. letak sekeping cheese.
    wow. tambah kenyang :)
    berkhasiat ni.
    aida kalau nak holiday, akan buat sandwich telur gini & sandwich sardin.
    so, dlm kereta anak2 sentiasa kenyang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kak.. sy pun guna bahan yg sedia ada je.. kalau ikut hati nie nak tambah juga sayuran dan cheese tambah sedap..

      Padam
  2. Ok! Nak buat macam ni juga. Lapar pula tengok :D

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write