Iklan Google Adsense Tidak Muncul Di Blog

23
Assalamualaikum
Bismillah

Akhirnya aku post juga pasal benda ini. Penat nak selesaikan sendiri, jadi lebih baik tanya kepada yang lebih berpengalaman. Iklan kat blog ini dah lebih seminggu tak muncul. Sedih tiba-tiba saja hilang. 


Aku ada cuba cara daripada Tuan Hasrul Hassan tentang Cara Atasi Iklan Google Adsense Tidak Keluar tetapi tidak berjaya. Then aku cari info daripada blogger yang lain tetapi masalah ini belum dapat diselesaikan lagi. 

Cara yang aku cuba supaya iklan adsense ini muncul :

1.  Mengaktifkan ads.txt di Blog. 

Cara ini aku dah buat sebelum ini apabila aku dapat notifikasi berkenaan  "Earnings at risk". Alhamdulillah dah settle. Kalau korang ada masalah yang sama boleh cuba Cara Atasi Masalah "Earnings at risk" Google Adsense

2. Ada kesalahan CRAWLER. 

Kalau nak tahu samada blog kita mempunyai kesalahan crawler google akan maklumkan kat Google Adsense kita. Cara nak lihat adalah seperti berikut :

Login Google Adsense Pilih Account Status Crawler Error 


So di sini kita dapat lihat tiada kesalahan crawler. Kalau korang ada mempunyai crawler error boleh padam URL tersebut melalui webmaster. Nanti setelah url dipadam iklan akan muncul seperti biasa Biasanya memakan masa antara 12-24 jam.

3. Melanggar Peraturan yang ditetapkan oleh Adsense. 

Yang ini pun kita semua sedia maklum, tidak boleh klik iklan sendiri dengan sengaja, trafik yang kurang jelas dan sebab yang lain google dah tetapkan. 

Login Google Adsense Pilih Account Policy center 

Kalau ada sebarang pelanggaran berlaku, maka boleh tengok kat Policy center. Memandangkan tiada berlaku pelanggaran, so akaun aku takda masalah. 

4. Memasang kod adsense yang sama lebih dari tiga. 

Yang ini aku baru tahu. Jadi aku semak balik mungkin ada iklan yang sama aku pasang. Sejak iklan tak muncul aku hanya pasang 1 unit iklan sahaja. 

5. Belum Verifikasi PIN. 

Permohonan adsense aku diluluskan pada tahun 2017. Aku terima verifikasi pin pada tahun 2018. Surat Verifikasi Alamat Google Adsense Dah Sampai setahun yang lalu jadi dah vefiry lama dah. 


6. Belum Memasang ROBOTS.TXT. 

Korang boleh baca setting custom Robot.Txt dalam blog di blog Tuan Hasrul Hassan memang sangat membantu. 

Setakat ini aku dah cuba kesemua cara-cara di atas tetapi iklan dalam blog masih belum muncul. Hilang sikit motivasi nak menulis apatah lagi apabila income mostly datang daripada adsense. Kalau nak tolong terus tengok akaun adsense boleh juga hehe. Email saja nurulatikayunus23@gmail.com

Mungkin ada para blogger yang lain pernah menghadapi masalah seperti ini bolehlah beri cadangan. 


Catat Ulasan

23Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. ekin nak tolong, tapi ekin pun tak tahu sebab belum pernah ada masalah macam ni lagi. apapun, harap masalah awak dapat selesai secepat mungkin

    BalasPadam
  2. nak membantu tapi saya pun pun tak tahu macammana caranya :(

    BalasPadam
  3. Hurm, kak pip tak dpt nak tolong juga , tapi boleh kot check tanya wayne harraz, check blog dia nurul, dia pun pakar adsense juga ... Semoga membantu.

    BalasPadam
  4. Nak tolong pun tak tahu kat mana.. tapi hari tu pernah jadi juga dekat blog. Saya try buang dan buat semula langkah 1 tu. Alhamdulillah, lepas tu iklan keluar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah syukurlah.. Cara 1 okay juga.. Cuma sy dah buat jadi masi x kuar huhu..

      Padam
  5. Hi nurul. Cuba nyah aktifkn robot.txt. robot.txt byk mengganggu carian google klu kita x expert setting. Check dlm edit html. Berapa byk paste code google adsense. Yg dia suh paste dkt head tu. Template dah responsive?

    BalasPadam
  6. Cik nurul blh email abg wayne di ewentezahar@gmail.com. kita jampi2 skit

    BalasPadam
  7. moga problem nurul cepat settle ye.
    aida pun x brape pandai :)
    so far molek je iklan joget-joget kat blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak,, selesai dah semua.. thanks to Wayne yg banyak bantu ^^

      Padam
  8. Blog saya yang guna blogspot pun ada problem yang sama. Iklan tak muncul. Tapi blog yang guna wordpress self hosted semua ok tak ada masalah.

    Last2 biar je blogspot tu, rasa cam malas nak fikir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rupanya En Sabree pun ada masalah juga huhu.. malas nak fikir juga.. apapun syukur alhamdulillah masalah nie dah settle ^^

      Padam
  9. alhamdulillah ray punye dah settle. risau jugak kalau ada masalah lain yg timbul tp harapnya xde pape la.

    BalasPadam
  10. https://takafulprofit.com/?refer=kudrat95

    BalasPadam
  11. Info yang dapat dikongsikan bersama...semoga dipermudahkan urusan ye..

    BalasPadam
  12. Semoga dipermudahkan segala urusan puan.

    BalasPadam
  13. Aduh! memang berdebar dibuatnya kalau iklan tak muncul. Mau berhari-hari tu memikirkan. Moga masalah Nurul dapat diselesaikan ya.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !