Cara Daftar Bank Islam Secara Online

55
Assalamualaikum
Bismillah

Dulu aku ada akaun Bank Simpanan Nasional saja. Apabila dah masuk universiti kena buka CIMB pula. Lebih kurang setahun aku guna CIMB Bank, then pihak universiti suruh tukar lagi ke Bank Islam. Kalau tak tukar tak masuk lah PTPTN. 

Aku ingat bila dah tukar Bank Islam ni macam kecewa juga lah sebab aku ingat Bank Islam ni tak ada perbankan internet macam Cimb Clicks atau Maybank2U. Rupanya ada juga.

Cara Daftar Bank Islam Secara Online 


Langkah 1 
Pergi ke laman web BANK ISLAM → https://www.bankislam.biz/ Klik "First Time User" untuk pengguna yang pertama kali mendaftar. (Rujuk gambar di bawah)


Langkah 2
Baca terma dan syarat seperti yang dinyatakan di bawah. Kemudian, tandakan ( / ) pada petak yang disediakan memandakan anda bersetuju dengan terma & syarat tersebut. Setelah itu, klik "continue".


Langkah 3
Pastikan anda telah membuka akaun Bank Islam di cawangan Bank Islam yang terdekat. Ini kerana pendaftaran secara online memerlukan Kad ATM/Debit Kad Bank Islam. Klik "continue" untuk langkah seterusnya. 


Langkah 4
Masukkan 16 Digit nombor kad ATM atau Kad Debit dan No PIN KAD ATM/DEBIT anda. 
  • ATM Card/ Debit Card No: Masukkan Nombor 16 Digit Kad ATM/Debit anda
    (Contoh: 4799689000008888)
  • ATM PIN: Masukkan PIN Nombor anda
    (Biasanya Nombor 6 Digit untuk keluarkan duit di ATM)

Kemudian klik "Continue".


Langkah 5
Isi maklumat yang diminta seperti :
  • Customer Name : Contoh (Ali bin Abu)
  • IC/ID : Masukkan No kad pengenalan 
  • User ID : ID untuk anda guna semasa login bank islam
  • Password : kata laluan anda
  • Email : email yang selalu digunakan atau aktif
  • Nombor telefon :  Masukkan no. telefon anda pada petak pertama dan nombor seterusnya pada petak berikutnya.
  • Private Word: Masukkan kata rahsia anda, apa sahaja perkataan. Apabila anda login, anda akan nampak private word ini untuk mengesahkan akaun tersebut milik anda.
  • Select One Private Image: Pilih Gambar untuk private image akaun bank islam anda.
  • Secret Question & Secret Answer : Anda perlu memilih 3 soalan serta menjawabnya dengan betul dan jujur. Bahagian ini sangat penting bagi anda untuk proses verifikasi sekiranya akaun bank online anda dicerobohi oleh orang lain. Dengan erti kata lain, akaun anda akan selamat. 
Selesai sahaja mengisi semua maklumat, sila klik butang “Submit”.


Langkah 6
Kemudian maklumat yang anda masukkan dalam langkah 6 akan dipaparkan. Sahkan maklumat yang diterima ini dengan klik butang “Confirm”.


Langkah 7
Kini anda sudah berjaya mendaftar akaun Bank Islam Online. Anda bolehlah terus cuba login dan memeriksa baki akaun anda dan sebagainya.


Bagi yang mendaftar PTPTN dengan menggunakan Bank Islam, anda kena tunggu selama dua hari setelah buka akaun Bank Islam baru boleh buat pengeluaran. Sekarang SSPN dah boleh daftar secara online (deposit minimum RM20) yang penting ada akaun Bank Islam.

Semoga bermanfaat. 

Catat Ulasan

55Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. nice entry. saya pun dulu buat sendiri je :D

    http://sayesyadiya.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. skrg nie semuanya di hujung jari hehe ^^

      Padam
    2. Cara nk bukak balik acc bank islam yg x aktif mcn mne

      Padam
  2. Betul tu nurul. Dulu famous sangat dengan BSN. Hehehe.

    Sekarang ni semua hujung jari.mudah kan.

    #balaskunjungan

    BalasPadam
  3. Betullah tu kena daftar kat branch dulu baru boleh daftar secara online.

    BalasPadam
  4. Hi nk tnye sy guna online banking dan ada mintk no TAC...tp nombor TAC dy pegi ke nombor lama..dh pegi ke bank untuk tukr nombor fon dn bila buat online banking dy ttp pegi ke nombor lama...mcm mane nk buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas dah tukar no fon.. biasanya kena cuba dulu di bank.. pihak bank islam akan suruh kita buat tranksaksi ke akaun lain utk test samada dah tukar TAC no atau tidak.. kalau belum boleh juga terima no TAC tu trus inform kat bank.. jadi x perlu lgi ulang-alik ke bank.. :)

      Padam
  5. Bank Islam ni boleh buat instant transfer or transfer duit secara online ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeaa.. Bole..
      Sama mcm cimb bank dan maybank juga..

      Padam
    2. Tq...boleh x sis tunjukkan cara nak instant transfer dgn transfer duit guna bank Islam banking online....

      Padam
    3. Sy nak tunjuk tp baki z cukup nak transfer hahaha

      Padam
  6. sy baru buat online banking ni,smua maklumat dh isi btul tapi bila masuk no tel dia ckap kna register..sy dh try buka d online tp tk boleh sbb no tel kna register..mcm mna yer nk ubah no tel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ikut step tutorial tu.. mmg kena register no tel sbb kalau nak buat transaksi online kena request tac dan tac akan dihantar melalui sms

      Padam
  7. Cara buat online banking ..saya tk guna kad atm..saya guna buku acc

    BalasPadam
  8. Semoga memberi manfaat kepada ramai pelanggan Bank Islam ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.. semoga bermanfaat

      Padam
    2. Saya tak pandai nak buat id internet bank in adakah kena pergi cawangan bank nak buat internet bank in

      Padam
  9. Salam nak tanya no akaun sy 14 digit sahaja tp time nak buat online banking dia cakap kena 16 digit akaun number baru boleh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam.. oh yeaa ka.. bukan mmg 16digit ka? ataupun kamu nak trabsfer ke akaun lain?

      Padam
    2. Bank nak nombor kad atm...bukan nombor akaun...lain tu

      Padam
  10. mcm mna cara nk tukr nom tel dekt atm? sbb nom lama dh expred jdi xbleh nk buat pmbyran onlne sbb xdpt nom TAC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy belum pernah lagi buat penukaran no kat atm.. maaf ya.. x dapat nak bantu

      Padam
  11. Guna hset redmi note7 boleh ker daftar online bank Islam. Bossku.

    BalasPadam
  12. Tak berapa reti buka online bank Islam..

    BalasPadam
  13. Klu tlupa password cmne yea nk reset

    BalasPadam
  14. hai nurul,nk tanyak dh sy dh dftar onlie banking tu.tp nk tt tak dapat cakap nombor tak berdaftar.mcmne ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum daftar secara online kena register no fon kat bank islam dulu..

      Padam
  15. kalau saya tak ada kad tpi ada buku boleh ke buat bank online ?

    BalasPadam
  16. Perntanyaan sikit.. Mcm mna ye klau no tkor telefon.. Sbab no tac smpai dkat no yg lama

    BalasPadam
  17. Nak tukar nombor telefon secara online

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akaun bank islam sy dah tak aktif.. kalau tak sy boleh buat tutorial tukar no fon secara online.. maaf ya

      Padam
  18. Nk tnya, sy dh daftar n dh buat semua. Tp npe nk logon balik xlepas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh napa pula tak dapat? Ada tulis apa2 tak kenapa tak dapat?

      Padam
  19. assalamualaikum..sy bru dftr online banking..dpt log in kt laptp tp kt fon x blh..ad notification mngatakan sy kne pergi bank islam berhampiran untuk update nombor fon..adakah sy perlu pergi ke bank islam berhampiran untuk update no fon?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa.. sbelum daftar bank islam secara online kena register no tel kat bank supaya nak request TAC nti senang sikit ^^

      Padam
  20. Hai.. saya jarang guna Bank Islam..Berapa baki minimum yg perlu ada dalam Acc ye? contohnya saya ada baki Rm70,tp bila try nak top up Mobile phone ataupun try transaksi IBG, dia tak boleh. Adakah mgkin sbb baki tdk mencukupi??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya baki min ialah RM10..
      Sy tak pasti pula.. sbb skrg pun sy dah tak guna bank islam.. lama dah akaun tak aktif

      Padam
  21. User id tu mcm mane ye..dh try masukkan no.utk log in, tapi dia ckp maximum 10 digit shj.

    BalasPadam
  22. Berapa depositwdeposit yg oerlu utk buka akaun bank islam utk pelajar universiti

    BalasPadam
    Balasan
    1. seingat sy macam deposit utk student RM100 .. Sy pun dah tak berapa ingat sgat dah

      Padam
  23. Dh bukak akaun bank Islam online..dh x guna mcm mna nk matikan akaun online 2 ye?

    BalasPadam
  24. Sy pernah buat akaun bank Islam online...skrg dh xnk guna mcm mna nk matikan akaun online 2 ye?

    BalasPadam
  25. Saya nak daftar banking islam online,boleh saya dapatkan id dan password saya boleh?

    BalasPadam
  26. Macam mana nak dapat User ID?
    Tolong jawab...

    BalasPadam
  27. Macam mana nak dapatkan User ID?

    BalasPadam
  28. kalau no atm ada 14 digit je mcmn mana?

    BalasPadam
  29. em nak tanya id number tu nak dapat dri mana eh

    BalasPadam
  30. nak tanya id number tu nak dapat dari mana eh

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !