Review Buku : UNTUK KITA PENDOSA HARAPAN SELALU ADA

14
Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku mengisi masa lapang dengan membaca buku karya Hilal Asyraf. Aku baru tahu yang Hilal Asyraf juga mempunyai blog tetapi telah lama dipadam. Aku ada beberapa koleksi buku Hilal Asyraf. Mungkin akan datang aku akan cuba review buku yang lain pula. 


Tajuk Buku : UNTUK KITA PENDOSA HARAPAN SELALU ADA
Penulis : Hilal Asyraf
Terbitan : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM18 (SM), RM20 (SS)
Muka Surat : 230 

Sinopsis Buku

"Dosa adalah ujian". Untuk kita para pendosa, terbuka ruang, seluas-luas ruangan. Kemudian ingatlah kita kepada pesan Tuhan dalam ayat berturutan :

"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa darpada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang"(Surah Az-Zumar, Ayat 53)

Dosa adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus dilalaikan. Buat yang mahu pulang ke pangkuan Tuhan, buku ini adalah permulaan. 

Review

Buku ini mengandungi 44 topik yang mana memberi inspirasi kepada kita (pendosa) yang buntu serta mencari sinar untuk kembali ke pangkuan Allah (bertaubat) dan beriman dengan sebenar-benar iman. Walaupun mempunyai 44 bab, namun penulis menyampaikan topik dengan begitu ringkas dan menyentuh hati pembaca. Selain itu, buku ini juga menyelitkan beberapa ayat al-Quran dan hadis. 

Setiap baris ayat yang ditulis disampaikan kepada kita bahawa tidak kira macam mana kecil dan besar dosa yang dilakukan oleh seseorang, masih ada peluang untuk kembali kepada Allah selagi nyawa dikandung badan. Jangan sia-siakan nikmat yang Allah beri kerana pasti ada balasan atas setia perbuatan dosa yang kita lakukan.

Beberapa petikan daripada ayat suci al-Quran yang diselitkan dalam buku ini :

"Apa juga yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan ataupun bala bencana, ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdoasa. Pada masa yang sama, Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa kamu." - (Surah Asy-Syura, Ayat 30)

"Jangan kamu berasa lemah dalam perjuangan bagi mempertahan dan menegakkan agama Islam. Jangan kamu berdukacita terhadap apa sahaja yang menimpa kamu. Kamu adalah golongan yang tertinggi sekiranya kamu golongan yang sungguh-sungguh beriman." - (Surah Ali Imran, Ayat 139)

Kupasan yang padat dengan memberi keinsafan. Semoga Allah mengampuni dosa semua hambaNya.



Tags

Catat Ulasan

14Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. ray suke buku mcm ni tp tu la x smpt nak baca. ray tgglkan jejak lepas klik semua ads hahahahaha. mmuahh

    BalasPadam
  2. best nya !! lama akak tak beli buku.. em.. kena start balik ni.. hee~ akak pun dah klik ads ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli jgan tak beli kak haha~ Thanks for kilk ads .. nti sy balas pula

      Padam
  3. Bagus buku ini.. good review Nurul..

    BalasPadam
  4. buku ni ada kt umh..tpi tk sentuh lgi..hrp ada kerajinn...hheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun belum ada kerajinan lagi nak buat review buku yg lain hehe

      Padam
  5. sya ada buku ni!! tapi belum sempat nak habiskan baca..baru baca sikit2 je tapi memang bagus and bermanfaat sangat :)

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha .. sy pun ambil masa juga nak baca sampai habis ..

      Padam
  6. Salam. Kalau saya nak share review buku ni dekat page saya boleh?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !