Resepi Kek Batik Mudah (Berserta Gambar)

Assalamualaikum
Bismillah

Semalam mood rajin sikit mahu memasak. Teringin mahu makan kek batik. Memandangkan ada lebihan bahan-bahan kat rumah, kek batik antara resepi paling mudah untuk dibuat. Hahaha. 


Resepi Kek Batik kali ini mudah sahaja kerana aku telah sertakan gambar sekali. 


Bahan-bahan

1 cawan serbuk koko
2 peket milo
15 bungkus biskut marie
1/2 susu pekat 
1 cawan majerin

Cara-cara memasak


1. Panaskan majerin.

2. Masukkan susu pekat. 

3. Gaul sehingga cair dan sebati.

4. Masukkan milo dan serbuk koko.


5. Masukkan biskut marie.

6. Gaul sehingga sebati. 

7. Masukkan biskut yang telah digaul ke dalam loyang atau bekas.

8. Kalau ada lebihan coklat boleh tuang kat atas kek batik tersebut. (option).

9. Sejukkan 1 malam. Dan boleh dihidang untuk makan bersama keluarga.


Simple sahaja. 
Kalau malas nak baca, boleh tengok gambar hehe. 
Semoga bermanfaat.

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

10 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama