Resepi Biskut Florentine

19
Assalamualaikum
Bismillah

Hai korang, aku baru saja minta Resepi Biskut Florentine. Ini resepi dan cara-cara buat. Kalau nak tahu, inilah biskut paling mudah di alam semesta cumanya agak mahal sebab bahan-bahan dia je. Lepas ni tak payah susah-susah beli, buat sendiri je tau.


 Bahan-Bahan

1. Tepung Florentine - 200g ( apa-apa jenama pun bole)
2. Badam - 100g
3. Kuaci - 100g
4. Bijan - 20-30g
5. Bijan hitam - 20-30g
6. Kuaci hitam - 100g
7. Bekas muffin ( untuk buat bentuk bulat)

Atau lain-lain kekacang ikut tekak masing-masing.



Cara-cara membuatnya :

1. Gaul bahan-bahan tersebut.
2. Dah siap gaul masukkan dalam bekas muffin. Pastikan jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat. Kalau nipis memang ranggup tapi cepat patah. 


Kalau tebal sangat lagi manis boleh kencing manis. Sedang-sedang je okay. Kena masukkan cepat-cepat nanti tepung berketul. Jangan bagi kena angin.

3. Masuk dalam oven dengan api atas bawah, suhu 160 C selama 5-10 minit.

Kena rajin jenguk karang hangit sebab lain oven lain cara kehidupan dia. Lepas tu angkat biar dalam 3-4 minit keluarkan dari bekas. Siap! Dalam gambar ni beza nipis dengan tebal. Pilih lah mana nak.


Kalau rasa hebat sikit buatlah dalam bekas petak. Kena ada kertas minyak kalau nak guna cara ni. Lepas dah keluar dari oven terus potong. Dah cuba cara petak tu, tapi memang banyak pecah so malas la nak hadap pecah-pecah lagi. Bekas muffin tu boleh guna banyak kali okay. Takde masalah. 

Senang kan? Budak tadika pun reti buat. Tak payah habiskan duit beli mahal-mahal. Satu adunan boleh dapat dlm 40 biji. Satu paket tepung boleh buat 2x setengah. Banyak dah tu. Selamat mencuba! Dah cuba boleh share 💕

Kredit to : anisaniesa
Tags

Catat Ulasan

19Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. mahal barang2 dia tapi puas hati makan bila buat sendiri. tapi akak tetap beli untuk raya ni ahahaha sebab dasar pemalas =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha .. betul kak, mahal bahan2 dia.. huhu tp sbb nak makan punya pasal kan

      Padam
  2. menarik ni ... so maksudnya gaul ja semua bahan2 tu dgn tepung florentine, lepas tu terus bakar ? senang ja ni kalau gitu kan ... nnt ada masa, kak pip mau skodeng beli tu bahan2 ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa kak .. gaul2 saha bahannya~ :)

      Padam
    2. ok thanks....nanti lepas raya la ni baru kak pip mau try buat...

      Padam
  3. Siqah malas bab kuih raya ni. Beli aje. Tapi tahun ni kurangkan pembelian kuih raya. Tak nak membazir macam tahun lepas. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha .. kbyakkan org skrg beli saja

      Padam
    2. sama dgn aida siqah.
      hanya oder 2 saje.
      1 da abis licin.
      aida ingat nak beli kerepek aje.

      Padam
  4. aida ada beli 2 botol kuih ni.
    member buat.
    nyesal amik awal, nurul!
    abis dah asben makan hu hu hu :(
    member da close oder plak.
    tak dan la nak jamu tetamu hi hi hi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha yea ke kak? sedap kan? lepas nie lau dah booked kuih nie kena simpanlah hahaha

      Padam
  5. viral biskut ni.. tapi kena tunggu lepas raya la baru cari bahan... hihi

    BalasPadam
  6. modal dia tinggi gak kan..tp sesekali xpe kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, SA.
      sebalang kecik aje dah RM25.
      memang mahal.

      Padam
  7. adoii rajinnya buat biskut hehehe.. kagum!

    BalasPadam
  8. Amboi rajin nya... Kalau saya malas sikit bab bab ni Adik je rajin buat

    BalasPadam
  9. Suka makan.. Tapi belum berjaya buat.. Kikiki..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !