Resepi Popia Seaweed

Assalamualaikum
Bismillah


Kredit : Jue Raz

Bahan-Bahan


  • 2 pek kulit popia
  • 1 pek seaweed 
  • 4-8 biji telur (untuk sapuan di kulit popia)
  • Perasa nasi goreng saji atau serbuk pati ayam (sebagai perasa)
  • Serbuk lada putih 
  • Minyak untuk goreng

Cara-Cara Membuatnya :


  • Pukul 4 biji telur dahulu dan masukkan perasa nasi goreng/serbuk pati ayam serta lada putih secukup rasa.
  • Gaul hingga sebati.
  • Sapukan telur tadi di atas kulit popia. 
  • Tampal seaweed di atas kulit popia. Biarkan seketika.
  • Gunting segi empat kecil. 
  • Goreng di dalam minyak yang panas.

Simple saja guys! Selamat mencuba.