#2017bestnine My Best 9 Photos On Instagram

Assalamualaikum
Bismillah

Korang perasan tak kat instagram sekarang ramai dah post tentang #2017bestnine nie? Aku pun tertanya juga apa benda nie. Rupanya site ini adalah untuk kumpulkan 9 gambar instagram kita yang terbaik, iaitu yang mendapat likes yang paling banyak.



So this is #2017bestnine My Best 9 Photos On Instagram

Paling banyak adalah gambar selfie dan bestie! Hahaha Jumlah post pada tahun 2017 ini adalah sebanyak 67 post sahaja. Sebelum ini agak banyak juga tapi aku dah delete. Aku cuma post bila rasa nak post sahaja. 

Kalau korang nak tahu macam mana nak buat #2017bestnine nie? 




Caranya mudah sahaja :

1. Korang pergi link site https://2017bestnine.com/

2. Masukkan ID instagram korang



3. Once dah keluar gambar korang. Just save image sama ada dalam original version ataupun photo sahaja.


Simple kan? Hehe~ 
Happy New Year 2018 guys!

Hala Tuju Selepas SPM

Assalamualaikum
Bismillah

Awal betul cerita tentang hala tuju nie kan? Tiba-tiba idea keluarlah pula nak tulis entry blog pasal apa. Thanks to my brother haha! Bagi adik-adik yang tak tahu nak ke mana selepas ni, maaflah aku pun susah nak bagi pendapat. Tapi di sini aku ingin berkongsi sedikit sejarah aku selepas SPM.



Memandangkan aku daripada keluarga yang agak susah, habis saja SPM aku buat keputusan untuk tak nak sambung belajar selepas SPM. Hala tuju aku lepas SPM adalah bekerja dengan alasan ingin meringankan beban keluarga.

Seriously, aku tak memohon apa-apa pun selepas SPM. Tambahan pula, keluarga aku rasa macam tarik nafas lega jugalah bila aku dah tak sambung belajar. Tak payah nak tanggung pengajian aku. Keputusan SPM aku taklah teruk dan taklah cemerlang. 

Aku dah biasa kerja part time. Jadi tiada masalah untuk aku kerja terus. Aku dapat kerja di sebuah kedai kecil dengan gaji sebanyak RM1200 sebulan. Alhamdulillah, dengan gaji sebanyak itu aku dapat menampung sedikit perbelanjaan keluarga dan adik-adik aku.

Namun..



Pada suatu hari, aku terdengar perbualan adik aku dengan mumy :

Adik : Mumy, lepas belajar saya nak kerja macam akak jugalah

Mumy : Mumy suruh pergi sekolah supaya dapat kerja yang baik. Bukan kerja sampai kat situ ja.


Sebenarnya, aku agak terkilan sedikit. Aku tak sangka pula bahawa pekerjaan yang aku ada pada masa tu (kerja kat kedai kecil ja) merupakan pekerjaan yang adik-adik aku kagumi. I mean bagi budak-budak habis belajar saja tak kisahlah nak kerja kat mana pun. Yang penting dapat kerja dan ada duit sudah mencukupi.

Aku agak terasa hati juga apabila dikatakan bahawa pekerjaan yang aku ada pada masa itu dikatakan bukanlah sesuatu yang boleh ibu bapa banggakan. Mungkin disebabkan masalah kewangan so akulah yang terpaksa bekorban untuk dorang adik-adik. 

Aku pun terfikir juga. 

Jadi parents aku hantar ke sekolah sebab apa?

Untuk dapatkan pekerjaan yang baik? 

Pekerjaan yang baik tu macam mana? 

Adakah pekerjaan aku pada masa itu sudah cukup untuk menjamin masa hadapan?

Adakah ini jalan yang aku mahukan?

Adakah ini cita-cita yang aku inginkan?


Alhamdulillah, disebabkan oleh perbualan itulah aku berfikir kembali. Aku berfikir bahawa sebenarnya bukan ini yang aku mahu. Bukan ini cita-cita aku. Aku punya matlamat dan aku masih mahu belajar!

Apabila aku bekerja aku rasa kosong! Perasaan masa tu adakah aku akan terus bekerja?

Ya, memang kita bekerja dan dapat duit setiap bulan. Tetapi sebenarnya jauh di sudut hati aku masih mahu inginkan pengalaman untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Memang sejak kecil lagi aku bercita-cita untuk belajar dan terus belajar. Betapa menuntut ilmu itu sesuatu yang sangat mengembirakan aku. 

Akhirnya aku memilih untuk sambung belajar ke peringkat STPM dengan mengambil aliran ekonomi dan perniagaan. Walaupun sebelum ini aku merupakan pelajar aliran sains tetapi aku tahu kemampuan aku untuk belajar dalam aliran sains ini hanya sampai SPM saja. Terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak membantu aku semasa SPM. Ilmu yang diperoleh sangat berharga buat aku.

Habis STPM aku tidak teruskan ambil aliran ekonomi dan pernigaan di peringkat universiti sebab masa Tingkatan 6 lah aku mula mengenali minat sebenar aku. 5 tahun yang lalu aku masih binggung apakah hala tuju aku selepas SPM. Kini aku dah berada di tahun akhir di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan mengambil bidang Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga.

Berminat nak tahu tentang PSIKOLOGI? Baca >>Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?<< 

Akhir kata, walau apa pun keputusan yang kamu pilih. Pilihlah dengan sebaik mungkin, kerana ini melibatkan masa depan kita sendiri. Kalau korang rasa sambung belajar itu lebih baik, maka sambunglah. Lagi-lagi yang ada minat. Insya'Allah Allah akan permudahkan setiap jalan yang kita pilih.

Kalau dengan bekerja itu korang rasa itulah pilihan yang lebih baik. Maka, teruskanlah dengan pilihan korang. Keputusan di tangan korang.

Cuma, satu ja aku nak cakap! Apapun keputusan yang korang pilih, jangan ada rasa menyesal! 

DIY Memo Stand

Assalamualaikum
Bismillah

Haluuuuu~ Kini kembali dengan DIY. Dah lama tak main DIY nie. Sebelum ini aku buat entry tentang DIY Simple Album Photo (Guna Fail Je). Tetapi kali ini aku ingin berkongsi idea tentang cara buat DIY Memo Stand. 


Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

Gunting
Gam UHU/All Purpose Glue
Paper star (boleh guna bunga hiasan/butang baju sebagai hiasan lain)
Sepit hello kitty/klip kertas (Untuk klip memo)
Batang aiskrim 



Cara-cara untuk membuat Memo Stand :


Susun batang aiskrim mengikut warna kesukaan korang. Aku pilih untuk susun mengikut warna biru dan warna asal batang aiskrim. Gam menggunakan gam UHU. Kalau ada hot glue gan lebih baik.


Untuk buat tapak frame. Sama seperti gambar di atas, susun 5 batang aiskrim dan gam. Pada bahagian tengah tapak gam seperti di dalam gambar. 


SIAP! Simple sahaja. Yang lain tu just hias mengikut kreativiti. Korang boleh sepitkan memo atau klip gambar kesukaan korang. Hehe

Selamat mencuba. Hope you guys love it! hehe


Final Year Masquerade Dinner Child & Family Psychology

Assalamualaikum
Bismillah

Pada 18 November 2017 (Sabtu) Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga, Fakulti Psikologi & Pendidikan di UMS telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun dengan tema "Final Year Masquerade Dinner" Hmm sebut pasal final year nie rasa sebak pula. Huhu~


Alhamdulillah, dinner kami mendapat sambutan yang baik daripada pelajar Tahun 1-3, pelajar Alumni serta pensyarah HA20. Ini merupakan dinner pertama dan akhir bagi aku. 

Dinner tahun pertama tak dapat join sebab baju takda (sebenarnya takda kawan masa tue huhu takot dengan senior hahaha). Tahun kedua pula tak join sebab bajet tak cukup. Huhu MAHAL gilaaaa masa tue!

So,semester nie disebabkan kebanyakkan Pelajar Tahun Akhir yang jadi AJK so kami pun buatlah dinner yang simple and memorable dengan bajet yang sangatlah murah RM30 sahaja. Alhamdulillah, bajet cukup dan still dapat order makanan daripada katering. 

Memandangkan ini merupakan kali pertama join dinner, so adalah sedikit persediaan dari segi dressing, mekap dan kasut. Hahahaha xD



Thanks to Jie Jah, for a very a beautiful make up. First time tau pakai mekap. Itu pun setelah dipaksa oleh kawan-kawan hahaha~ Jie Jah mekapkan aku hampir sejam huhu sebab katanya nak mekap natural tu payah sikit.


Dress time dinner malam tu. Honestly, pertama kali juga aku pakai jubah hahaha. Itupun aku dah cuba beli kasut tinggi sikit, but still jubah tu nampak panjang cecah lantai. Hahaha atau aku yang pendek sangat kot. Thanks to my girlfriend Shikaaa for this lovely dress! Tema warna kami Hitam, Putih dan Emas. Aku pilih warna hitam malam tu.


Antara aktiviti yang dijalankan semasa dinner adalah :

1. Nyanyian dan Tarian daripada Pelajar HA20 dan Alumni. 
2. Penyampaian Anugerah Alumni dalam Akademik, Berdedikasi, Inspirasi, dan Berkepimpinan
3. Aktiviti cabutan bertuah 
4. Queen and King of The Night!
4. Selfie and photoshot!
5. Karaoke

Walaupun kami sedar, tugasan belum selesai hahaha tetapi pada malam inilah kami betul-betul have fun together di samping mengurangkan tekanan belajar. 




With my coursemate! Cantik dan lawa belaka semuanya. Masa nie dah kurang sangat acara dalam dewan, so kami pun ambillah peluang berselfie~ Sudah menjadi suatu kemestian hehe! Kenangan bhaa tueee..


A photo of HA20 (Child & Family Psychology) with our lovely Sir (En. Aminuddin). I think this is our first event after 3 years been together in the same course that we were so closed and like a big family!! Kasihan hanya 5 orang ja lelaki yang ambil course ini. Huhu~


My lovely Crazy Rival BFF~ 3 years of friendship! Perkenalan bermula di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Berkenalan seorang demi seorang, satu kuliah, satu tutorial, satu group assignments! Ada program mesti bersama-sama, berketawa, ber'gila-gila! OMG~ One day, I will be miss these moment! 


Dorang nie lah penguat semangat time di Universiti! Walaupun ada kalanya salah faham but still we forgive each other! Biasalah bila buat tugasan ada masanya stress sikit. 3 years never been enough for me to know them.


Sebenarnya agak sedih bila kita harus kenal dan kemudian berpisah~ Bukannya tak biasa kan. sekolah rendah, sekolah menengah dan kemudian STPM pun macam tu juga. But still they are my precious girls!

Sahabat adalah insan yang selalu di samping kita walau tidak ada di depan mata tapi dalam doanya sentiasa ada untuk kita.

Kesat air mata~  Kehadiran kamu menyenangkan hati, Kehilangan kamu terasa di hati. Semoga hubungan persahabatan berkekalan. Doakan perjalanan kami di tahun akhir ini.


Ulangan Bahasa Jepun

Assalamualaikum
Bismilllah

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk menulis. Agaknya ini merupakan entry pertama yang ditulis pada Bulan Disember. Tidak lama lagi dah nak sampai ke penghujung 2017. Semoga azam tahun ini telah dicapai dan mulakan dengan azam baru pula kan? 

Aku pula berharap semoga tahun ini dan semester ini akan dapat dekan. Huhu T-T .. Masih mengharap sebenarnya, walaupun agak mustahil dengan adanya Subjek Bahasa Jepun yang masih belum lulus. Haiiissshh.. Semester ini aku masih ambil ulangan untuk Bahasa Jepun Tahap 3. Kalau tak lulus juga, memang tak dapat graduate lah sebab tak cukup syarat. Huhu sedih sebenarnya...


Aku dari mula ambil Subjek Bahasa Asing lagi tak pernah lulus. Agak mengecewakan sebenarnya. Seriously! Walaupun aku minat Bahasa Jepun, tetapi salah satu kelemahan aku adalah SUKAR UNTUK MENGHAFAL. Cara aku belajar adalah dengan memahami. Apabila aku faham then senang untuk aku untuk menghuraikan sesuatu fakta atau point penting. Tetapi berbeza dengan Bahasa Jepun, aku kena HAFAL at the same time, kena FAHAM juga.

Walaupun aku faham menggunakan grammar dalam Jepun, tetapi bila nak hafal "kerusi", "meja" atau "kenderaan" dalam Bahasa Jepun tu agak sukar sedikit. Apabila masuk Mid-Term exam, aku blank, sebab you don't see any English words in the paper masa tu. 100% in Japanese!! Soalan tu senang ja pun, soalan objektif but still I don't know sebab tak faham. Boleh baca tapi tak faham maksud buat aku jadi macam orang bodoh semasa menjawab.

Ramai kawan yang cakap, "Nurul, bukan kau minat tengok Anime ke? Macam mana kau tidak boleh lulus?". 

Aku tak tahulah kes aku ni ada kaitan dengan minat ke atau tidak. At first, yaaa aku memang minat tengok anime, tetapi bila dah ambil Subjek tu, it's totally different! Dalam anime, it's just anime. Aku tak ambil berat sangat pun tentang penggunaan bahasa dia sebab aku minat jalan cerita dia. Lagipun, kalau aku tengok anime of course ada subtitle dia, kalau tak habuk pun memang tak faham lah.



Apabila belajar Bahasa Jepun, aku kena belajar untuk menulis dan memahami setiap tulisan Hiragana, Katakana dan Kanji. Alhamdulillah, di sini sensei kami memang tidak ajar pun Kanji. Belajar Bahasa Jepun ini seolah-olah belajar budaya Jepun sekali tau. Setiap perkataan mempunyai makna. Panggilan untuk orang yang lebih tua ada caranya. "-Kun", "-Sama" atau "-San", "-Jin" semuanya ada cara untuk digunakan. 

Belajar Bahasa Jepun ini selain daripada Mid Exam dengan Final Exam, aku kena ambil Oral, Individual Presentation dan Group Presentation. Selalunya markah individu aku tu yang paling rendah. Pernah sekali semasa Oral, lain yang ditanya lain yang aku jawab. Wuuaaaahhhhh!!!! Aku pun tak taulah apa yang aku jawab masa tu. Habis oral terus Sensei aku tegur yang aku jawab tu memang lari topik. Memang tak dapat diselamatkan markah aku time tu. Orang lain belajar Jepun 1 atau 2 Jam dah boleh hafal. Tetapi aku belajar 1 semester ini Chapter 1 pun aku payah nak habiskan. 

Kalau tengok result aku. Fuyooo.. cantik A dan B TETAPI tengok Bahasa Jepun alamak! Dapat D!! Tak pun Failed!! Tarik pointer terus daripada kepala 3 jatuh ke 2 somethinglah macam tu. Tengok sajalah result Semester lepas tanpa Subjek Bahasa, daripada 2.6 naik ke 3.3.

Sebenarnya.. aku sedih sekarang. Ada 2 semester lagi tinggal. Semester depan dah nak praktikal. Kalau semester ni tak lulus juga confirm extend 1 semesterlah. Semester ini memang kena struggle habis! Adalah kadang tu rasa down tapi nak buat macam mana kan. Be strong and don't give up!


I muttered 'I've got to go for it' to persuade myself.
I can't see how things will end, but all I can do is courageously advance, 
hold my instincts in check, and search the target for an opening. 
The only thing you need is 'pride in victory'
whether we taste the high-grade sake of 'triumph' or the bitterness of 'defeat'.

(Golden Time Lover)




© all rights reserved
made with by templateszoo