Cashout SushiVid Kali Ke-3

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, rezeki datang dengan izin-Nya. 2 bulan yang lalu aku telah join SUSHIVID yang masa tu memang hangat dalam kalangan blogger. Aku pun tidak ketinggalan juga untuk join dan share pengalaman join SushiVid. Setelah agak lama menyepi akhirnya Cashout SushiVid Kali Ke-3 aku telah diluluskan. Beberapa hari lepas tu ada lagi income naik. 

Tak kumpul banyak mana pun.

Baru-baru ini aku agak kurang update blog dan promote affiliates, ataupun mana-mana web untuk mendapatkan pendapatan sampingan disebabkan oleh masalah kesihatan dan keutamaan diberikan terhadap pembelajaran aku buat masa sekarang. Banyak perkara yang jadi sepanjang tahun ini. 

Aku percaya rezeki Allah itu tidak pernah salah alamat yang penting kita berusaha dan tidak putus asa. Syukur Allah limpahkan rezeki kepada aku dengan rezeki lain walaupun bukan dengan berblog.

Walaupun aku kurang update tentang SushiVid tetapi syukurlah ada juga income sedikit sebab sebelum ini aku gagahkan diri promote referral link kat email kawan-kawan hehe. Mungkin kalau korang muka email, asyik-asyik nampak nama aku ja muncul kan invite sana-sini. huhu.

Apapun yang sudi terima invitation SushiVid aku tu, terima kasih sangat-sangat!

Sekarang nie ada banyak tau kempen yang dijalankan di SushiVid. Aku pun ada lebih kurang 3 prorosal dah telah dihantar. Haha mencuba nasib mana tau rezeki proposal diterima. 



Aku menyeru kepada rakan-rakan blogger untuk mencuba nasib dengan Sushivid walaupun tak yakin proposal tue diterima atau tidak hahaha. Yang penting usaha ja. #YakinSakBah

Yang belum pernah join lagi bolehlah >>SIGN UP<<

Pass Out Challenge Is Not A Game

Assalamualaikum
Bismillah

Budak-budak sekarang dah semakin extreem. Baru-baru ini aku ada ternampak video kat Twitter tentang "Pass Out Challenge". Mulanya aku ingatkan budak tu dibuli, tetapi aku agak terkejut juga apabila budak tue tersedar daripada pengsan dan kawan-kawannya pula tergelak. OMG! Apa dah jadi dengan budak-budak nie. Tak sayangkan nyawa betul!




Ibu bapa sepatutnya ambil tahu tentang permainan ini. Pass out challenge bukanlah permainan yang boleh dibawa main sesuka hati apatah lagi melibatkan kanak-kanak yang dibawah umur. 

Is not a game! Permainan yang melibatkan nyawa seolah-olah kita membunuh diri kita sendiri. Pastikan anak-anak kita tahu tentang akibat bermain game ini. 
Menurut Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, The ‘pass-out challenge’, a game which involves applying enormous pressure to the chest until the person is rendered unconscious. Bagaimana cabaran ini dimainkan adalah dengan menekan dada oleh dua atau tiga orang rakan beberapa saat sehingga jatuh pengsan.

Selain itu, permainan ini juga dikenali sebagai "skip challenge", "choking game", dan "fainting game". Malah, ada juga terdapat video yang mengajar kanak-kanak atau remaja untuk melakukan game ini tanpa pengawasan daripada ibu bapa atau penjaga, which is even more dangerous.

Sedih sebenarnya apabila melihat permainan ini viral dengan begitu cepat dan mendapat perhatian ramai remaja di luar sana tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal berlaku. 

Terdapat facebook page yang telah dibuat khas untuk mereka yang berminat untuk melakukan cabaran ini. Dalam masa 2 hari page itu telah mendapat 400 likes. Allahu~ Guys, please report the page to facebook! Are you really  crazy going to allow this videos for kids to learn how to hurt themselves? 



Mungkin bagi mereka perkara yang boleh membunuh diri mereka sendiri itu merupakan sesuatu yang melucukan. Adakah permainan yang melibatkan nyawa orang itu suatu perkara yang lucu?? Think about it! Check your kids facebooks too!



[Review] Barang Dari SGShop Dah Sampai

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan sabar menunggu, akhirnya barang dari SGShop dah sampai dengan selamat. Banyak sangat cerita tentang SGShop bermula daripada tidak dapat register sehinggalah menang giveaway. Dan berpeluang merasa berbelanja di SGShop merupakan satu pengalaman shopping secara online yang menyeronokkan bagi aku. Cewaah ayat! Hehehe



Gambar barang yang dibeli daripada SGShop


Secara jujurnya, aku beli 3 jenis barang. Tetapi kasut yang aku nak tu takda stok. Alhamdulillah, duit dikembalikan dan aku masukkan dalam akaun aku buat belanja hehe. So, hanya dua barang kat atas sajalah yang di beli. 



Walaupun masa penghantaran diambil agak lama, tetapi aku tak rasa lama sebab sibuk haha. So, kira okaylah. Terima kasih kat abang posmen yang hantar barang tue walaupun cuaca agak kurang baik kat Sabah. Dahlah hantar barang kat kolej kediaman, lepas tue nak cari aku minta tanda tangan pun payah hahaha. Apa boleh buatlah nak, aku tinggal luar. Just tumpang alamat kolej kediaman ja. Tetapi memang terbaiklah sebab hantar sampai depan pintu rumah lagi. 



Gambar sebelum 


Gambar selepas 


Serius, aku suka sangat sandal tu dengan saiz yang betul kat kaki walaupun aku main agak-agak ja masa tu. hehe. Memang selesalah pakai. Tapak sandal pun lembut dan tidak menggigit kaki walaupun kali pertama guna. Cewaahh! hahaha. Beg pun comel,cuma menyesal tak pilih warna lain huhu.

Secara keseluruhan memang puas hatilah. Aku harap pada masa akan datang akan lebih banyak lagi  giveaway SGShop dianjurkan. hehe


© all rights reserved
made with by templateszoo