Alhamdulillah, Result Semester 4 Meningkat Walaupun Tak Capai Target

Assalamualaikum
Bismillah


Google Image

Setelah beberapa hari mendiamkan diri, akhirnya aku post juga sesuatu. Aku setiap hari on blog juga, cuma menghabiskan masa membalas kunjungan blogwalking dan komen-komen yang terbengkalai. Memandangkan beberapa hari ini otak kering idea tiba-tiba pula teringat keputusan exam semester lepas. Yuhuuuuu!


Debaran sebelum tengok keputusan ~~



Aduhaii~ Excited bhaa dorg nie hahaha xD

Alhamdulillah, result semester 4 meningkat walaupun tak capai target. Satu pencapaian yang amat menggembirakan hati ini selama 2 tahun aku belajar hahaha. Result aku setiap semester taklah teruk sangat, cuma semakin menurun. Alhamdulillah, untuk semester ini atas pertolongan daripada kawan-kawan dan kerjasama dalam membuat tugasan, result aku meningkat daripada 2.6 kepada 3.3 huhuhu T-T (menangis aku sebab semester lepas sampai tak tidur tau buat tugasan). Dan yang paling gembira sekali apabila aku dapat A- dalam Psikologi Fisiologi antara subjek yang paling susah untuk semester ini. 


Jujurnya, semester lepas memang payah hahaha. Menangis aku dengan kawan aku buat tugasan kumpulan sampai hampir mahu bergaduh sebab salah faham. Apapun kami dah biasa macam tue. Kalau dah salah faham tu sebab stres lah tu haha. But still they are the best teammates I have ever had. Pointer kami semua meningkat walaupun tak capai dekan hahaha. Tak sangka pejam celik masa berlalu dengan pantas. I wish we can go back where we first met. Create moment together. 








Terima kasih sahabatku kerana berkongsi suka dan duka bersama. Hanya tinggal setahun lagi untuk kita mencipta kenangan bersama. Semoga persahabatan ini berkekalan. Semoga kita semua mencapai dekan akhir semester! Hahaha xD
Whether we have a small group of close friends or an expanded group of personalities, each of our friendships brings something new to our lives, inspiring us to see the world a totally different way, giving us a new shoulder to lean on, and a new cheerleader to root us on. Each friendship offers something totally unique — and irreplaceable. Each friendship ultimately makes us who we are.  — Kristine Solomon