5 Hotel Yang Ada Private Pool Di Malaysia

3
Assalamualaikum
Bismillah

Dah mula bercuti ke tu? Rata-rata mesti dah bergerak rentas negeri, balik kampung jumpa ibu bapa, keluarga dan sanak saudara. Lepas dah melepaskan lelah rindu pada keluarga, bolehlah mulakan dengan percutian kan. 

So kat sini aku nak share kan senarai hotel yang menarik boleh dijadikan pilihan untuk percutian seisi keluarga.

Walaupun kita dah boleh rentas, tak bermaksud keadaan kembali macam dulu. Masih perlu beringat dan berjaga-jaga. Covid-19 masih belum ada penawar. 

Jadi, aku cadangkan bercuti di hotel yang mempunyai private pool untuk keluarga. Lebih selamat dan lebih privasi. Korang boleh check out sendiri hotel in Kuala Lumpur atau tengok senarai pilihan hotel yang ada ni.

5 Hotel Yang Ada Private Pool Di Malaysia

1. The Shorea, Negeri Sembilan

The Shorea ni jauh dari kawasan orang ramai, terletak di Hutan Berembun, Negeri Sembilan. Sesuai sangat percutian keluarga sambil menikmati keindahan alam semula jadi. 

Butik Eco-Resort ini mempunyai 8 villa dengan 15 bilik. Boleh duduk ramai-ramai sehingga 40 orang dewasa. Sangat sesuai untuk percutian keluarga besar.

Mempunyai dua bahagian, iaitu The Shorea Resort dan The Shorea Estate. Untuk pilihan private pool boleh lah membuat pilihan villa di The Shorea Estate.

the-shorea-pool
Sumber Gambar: Facebook The Shorea

2. La Villa, Langkawi

Jika destinasi korang Langkawi, bolehlah cuba percutian di La Villa Langkawi. Terletak di Pantai Tengah, La Villa mampu memberikan ketenangan kepada pengunjungnya. 

Selain lokasinya yang strategik, berdekatan dengan Pantai Cenang, dan 13 km dari bandar, La Villa merupakan penginapan yang moden dengan private pool serta pemandangan hijau semulajadi.

la-villa-hotel
Sumber Gambar: lavillalangkawi.com

3. Lexis Suites, Pulau Pinang

Lexis Suites terletak di Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan jauh dari kesibukan pusat bandar.

Merupakan satu-satunya hotel yang menawarkan private pool dan bilik sauna di setiap unit. 

Lexis Suites menghadap laut Selat Melaka, jadi korang boleh menikmati pemandangan laut yang menakjubkan sambil mandi kolam atau berehat-rehat di balkoni.

lexis-suites-private-pool-hotel
Sumber Gambar: penangfoodie.com

4. Villa Samadhi, Kuala Lumpur

Villa Samadhi merupakan penginapan yang menarik untuk dikunjungi terutamanya kepada pasangan yang ingin berbulan madu. Terletak di Jalan Madge di kesibukan kota raya Kuala Lumpur. 

Setiap bilik direka berbeza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Bolehlah cuba datang berkali-kali dan cuba setiap bilik.

Villa Samadhi ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin bersama pasangan tanpa gangguan kerana kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk. 

Bagi pasangan pengantin baru terutamanya dan mahukan suasana seperti di Bali, boleh lah datang ke villa ini. Suasana romantik di Villa Samadhi yang dicipta mampu menambahkan makna dalam percutian bersama pasangan.

villa-samadhi-kl
Sumber Gambar: samadhiretreats.com

5. Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan

Grand Lexis Port Dickson merupakan salah satu resort yang terkemuka di Port Dickson dan dianugerahkan 'Most number of swimming pools in a resort' oleh Malaysia Book of Records. 

Resort yang berkonsep Bali ini bertaraf lima bintang dan setiap villa mempunyai private pool untuk dinikmati pengunjung bersama keluarga. Tak hairanlah jika korang ke sini dan habiskan masa dengan bercuti di Port Dickson hanya di hotel.

grand-lexis-port-dickson
Sumber Gambar: grandlexispd.com

Tetapi jika korang tak rasa nak berenang-renang di kolam renang, dan hanya nak berehat-rehat dalam bath tub, boleh la cuba hotel seperti Avillion Port Dickson

Avillion Port Dickson adalah hotel 5 bintang yang direka menyerupai kampung nelayan tradisional. 

Mempunyai 240 bilik yang direka khas dari chalet ke villa dan menghadap Selat Melaka. Aku cadangkan jika kesini, pilihlah chalet air yang menghadap laut. Sambil bermalam, sambil mendengar bunyi ombak.

Itu sahaja kali ini. Moga korang semua bercuti sambil menjaga SOP.

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !