Cara Daftar ASB Online Melalui Aplikasi MyASNB

Assalamualaikum
Bismillah


Sekarang ini kalau korang nak mendaftar ASB Online ini dah tak perlu ke website. Pendaftaran baru secara online kini menggunakan aplikasi MyASNB dah. 

Korang cuma muat turun aplikasi myASNB untuk mendaftar dan melabur serendah RM10. Korang boleh pilih kaedah pembayaran melalui bank yang tersedia.

Cara Daftar ASB Online Melalui Aplikasi MyASNB 

1. Pergi ke Play Store dan Install Aplikasi MyASNB di smartphone korang dahulu.

2. Sign up bagi yang belum mendaftar asb online. Bagi yang dah pernah daftar asb online, korang hanya perlu login macam biasa sahaja.

3. Masukkan ID Type (IC baru / lama), Nombor IC serta Nombor Telefon yang korang dah update di cawangan ASB ya. 


4. Seterusnya korang akan terima OTP melalui SMS yang dihantar ke phone korang. Sekiranya korang menggunakan nombor telefon yang lama, dia akan keluar seperti gambar di bawah. 

Jadi, korang boleh pilih samada hendak teruskan dengan nombor telefon lama ataupun update nombor baru. 


5. Pada bahagian Self Declaration, korang tandakan mana yang berkaitan. 

6. Seterusnya Details of Employment pula, sila masukkan pekerjaan serta pendapatan secara bulanan. 


7. Kemudian, pada bahagian Identify Verification, korang kena verify IC korang. Klik Verify Now dan ambil gambar IC dengan jelas. 

Kena ambil gambar IC depan belakang tau. Sekiranya gambar tidak jelas, boleh klik take a new picture. 

8. Seterusnya, korang perlu ambil selfie video lagi. Klik Start dan Enable Camera baru korang dapat ambil gambar. 



9. Seterusnya, korang kena Record a Selfie Video. Hanya perlu toleh muka ke kiri dan sebut kod nombor yang ada dipaparkan nanti. Apabila dah siap korang kena tunggu untuk approval.


10. Submit verification dan tunggu SMS sampai. Apabila dah terima SMS seperti gambar di bawah. Korang Sign up balik untuk lengkapkan Account Creation. 


11. Pada bahagian Account Creation, masukkan account infomation korang seperti Username, Secure Phrase, Password, Refferal Code (sekiranya ada). 


12. Seterusnya, isi bahagian Security Question beserta jawapan. 

13. Kemudian, korang boleh klik Yes sekiranya korang ingin akses ke akaun dengan cap jari (fingerprints) 


14. Klik Yes sekiranya korang ingin aktifkan secure for authorisation setiap kali melakukan transaksi. Dan Alhamdulillah, korang dah berjaya login asb online. 



Korang juga boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun.

Dokumen yang perlu dibawa ialah:
  • 18 tahun ke atas – Kad pengenalan
  • Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
Pastikan buat temujanji terlebih dahulu di pautan berikut: www.asnb.com.my