Dalam setahun pasti ada ja artikel pasal burnout nie kan? Penat sangat ke jadi blogger?
Aku sendiri dah struggle hampir 9 tahun, cuba kekalkan blog supaya kekal hidup. Cuba update dengan konsisten, cuba lawan penat, cuba buat semua ikut “game” algoritma. Tapi makin lama, semua tu jadi beban, bukan lagi nikmat.
Bila Burnout Datang, Semua Rasa Berat
Bukan setakat letih fizikal, tapi otak dan hati pun rasa kosong. Nak buka laptop pun rasa malas. Nak fikir satu tajuk entri pun boleh ambil masa berjam-jam. Dulu menulis sebab seronok. Sekarang menulis sebab terpaksa.Bukan sebab tak bersyukur. Tapi realitinya, bila buat blog sepenuh masa, aku perlukan hasil. Aku perlukan pendapatan. Aku perlukan kepastian bahawa usaha itu dibayar. Bila tiap-tiap bulan kosong, semangat pun makin lama makin hilang.
“Teruskan je menulis walaupun tak ada hasil...”?
Ramai yang nasihat begitu. Tapi hakikatnya — semuanya perlukan duit sekarang. Nak bayar domain, nak topup data, nak guna tools SEO, semua ada kos.Walaupun suami bagi keperluan asas, sebagai seorang anak, aku pun nak bantu mak ayah. Nak bagi sikit pun tak apa, asalkan ada. Tapi bila tak mampu, diri mula rasa kecil. Rasa gagal.
Dan dari situlah burnout tu mula mencengkam.
Aku dah cuba sertai beberapa program affiliate. Tapi terus terang, aku memang tak minat buat video. Ramai juga rakan blogger yang lain dah beralih arah menjadi ‘content creator’. Bukan tak nak ikut jejak, cuma… itu bukan passion aku.
Aku bukan dalam keadaan terdesak untuk duit. Tapi aku cuba cari alternatif — sesuatu yang boleh jadi pelengkap atau pengganti blog, selagi ia melibatkan minat menulis. Sebab itu aku mula cuba aktif di Lemon8. Ia jadi platform kedua aku selepas blog.
Cuma setakat ini, untuk menjana pendapatan dari situ belum sesuai. Meskipun ada peluang menang hadiah dan giveaway, aku masih mencari rentak.
Rehat Itu Perlu. Bukan Bererti Gagal.
Burnout bukan tanda malas. Bukan tanda lemah. Tapi tanda dah terlalu lama menahan semuanya sendiri.Kalau sekarang tengah rasa down, biarlah. Rehat jika perlu. Padamkan semua notifikasi, berhenti fikir trafik, dan tarik nafas semula. Cari semula diri yang dulu — yang menulis sebab cinta, bukan semata kerana angka.
Walau hakikatnya bukan mudah nak telan pahitnya reliti kehidupan.
Apa Itu Burnout Dalam Dunia Blogging?
Burnout adalah keadaan di mana seseorang rasa penat secara emosi dan mental kerana tekanan yang berpanjangan. Untuk blogger, burnout boleh datang daripada:- Terlalu kerap menulis tanpa rehat
- Terlalu kejar trafik dan statistik
- Hilang arah dan matlamat menulis
- Rasa hasil usaha tak dihargai
- Perbandingan dengan blogger lain
Tanda-Tanda Mengalami Burnout Sebagai Blogger
- Rasa malas atau bosan bila fikir nak tulis blog
- Hilang minat untuk update media sosial
- Emosi cepat terganggu bila tengok trafik menurun
- Rasa "apa guna aku tulis ni?"
- Tak rasa puas walaupun artikel siap
Ramai takut untuk berhenti sekejap, risau blog jadi sunyi. Tapi hakikatnya:
“Lebih baik berehat sekejap dan kembali kuat, daripada terus paksa diri hingga akhirnya berhenti terus.”
Gunakan masa rehat untuk:
- Refleksi balik kenapa anda mula menulis
- Ambil ilham dari blog orang lain (bukan untuk banding, tapi untuk semangat)
- Jaga kesihatan mental dan emosi
- Luangkan masa dengan aktiviti lain yang menggembirakan
Bila Dah Bersedia, Kembali Perlahan-Lahan
Tak perlu terus tulis 3 artikel seminggu. Cukup mulakan dengan satu:- Kongsi cerita peribadi
- Tulis entri pendek tapi jujur
- Kongsikan proses healing anda (mungkin akan bantu orang lain)
- Tak perlu sempurna. Yang penting, kembali dengan hati yang lebih lapang dan tenang.
Menulis Masih Relevan
Dalam dunia yang semakin dikuasai oleh video, trending audio, dan algoritma media sosial — tak semua orang mampu atau mahu mengejar arus itu. Dan itu bukan salah.Tak semua orang boleh atau mahu kejar trend video.
Ada yang lebih selesa berkongsi dalam bentuk tulisan. Ada yang lebih jujur bila menulis berbanding bercakap depan kamera.Passion menulis masih relevan.
Mungkin ia tak lagi “glamour” seperti dulu, tapi masih ada yang mencari artikel, masih ada yang baca blog. Dan lebih penting — menulis itu sendiri adalah terapi, bukan sekadar konten.Semua berhak mencari ruang yang sesuai dengan jiwa sendiri.
Tak perlu ikut trend kalau ia menyakitkan. Pilih platform yang sesuai. Tulis bila mampu. Diam bila letih. Kembali bila bersedia.Blog Itu Refleksi Diri
Blog takkan hidup kalau diri sendiri rasa kosong. Maka, jagalah diri dulu. Tulis bukan sebab terpaksa, tapi sebab nak memberi, berkongsi, dan menyalurkan rasa.Korang pernah alami burnout juga? Apa yang korang buat untuk kembali semangat menulis?
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.