Memulakan Jurnal Baru: Kembali ke Dunia Menulis

Sii Nurul
By -
5
Assalamualaikum
Bismillah

Dalam dunia digital yang semakin pesat, kegiatan menulis blog mungkin sudah semakin kurang diminati oleh ramai. Kebanyakkan sudah mula beralih ke media seperti tiktok dan youtube.

Generasi sekarang mungkin dah tak minat membaca rasanya. Dengan berlakunya penurunan prestasi blog dan perubahan seo memerlukan aku untuk mencuba sesuatu yang baru. Atau lebih tepat lagi kembali dengan hobi yang dah lama di tinggalkan iaitu menulis jurnal.

Menulis blog merupakan satu kepuasan buat aku, tetapi disebabkan blog ini menjadi bacaan umum jadi aku tidak dapat mengekspresikan emosi yang mendalam di sini. 

Jadi aku rasa aku perlukan jurnal untuk menulis.


Namun, aku terfikir bagaimana mahu memulakannya? Maka, aku membuat keputusan untuk melabur sedikit duit dengan membeli sticker-sticker cantik dan pelbagai aksesori berkaitan jurnal di Shopee.

Tidak lupa juga barang keperluan lain seperti bekas simpanan untuk sticker yang aku beli di kedai eco. 


Kalau korang nak tahu sticker dan barang keperluan jurnal yang lain, boleh lihat di TikTok @siinuruldotcom

Inilah dia, buku jurnal pertama aku. Aku hanya menggunakan buku nota lama yang telah lama disimpan tetapi tidak pernah digunakan. Menggunakan bahan-bahan yang sedia ada lebih selesa dan dapat mengurangkan pembaziran. 


Pertama kali jurnal ni rasa janggal juga. Nak menghias cover journal saja pun mengambil masa sebab nak nampak cantik gitu. 

Melalui jurnal ini aku ingin mencipta ruang untuk menulis pengalaman, perasaan dan pemikiran harian aku. Ianya akan menjadi satu perjalanan peribadi yang aku harap dapat mengenal diri sendiri dengan lebih mendalam serta memberi ruang untuk refleksi diri. 

Ia bukan sekadar aktiviti menulis, tetapi juga satu bentuk terapi diri yang memberi ketenangan dan kepuasan.

Dengan memulakan jurnal ini, aku berharap dapat kembali kepada kebiasaan menulis secara konsisten, mengingati setiap detik berharga dalam hidup aku. 

Tags:

Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Saya pernah lihat jurnal teman saya, dan sukaaaa sangat dengan cara dia menghias nya ❤️❤️👍. Apalagi kalo dah pergi ke KKV store, di sana penuh kan dengan barang2 utk journaling. Saya saja yg tak suka jurnaling , langsung berasa nak kalap mata kalo pergi KKV 😍😍. Cantik2 soalnya semua brg , sticker dan perlengkapan jurnaling yg dijual.

    BalasPadam
  2. semoga terus konsisten...linda tak sempat nak menulis jurnal nie...hihihi...

    BalasPadam
  3. Welcome back...Journal sy pun dah lama dtgglkn..Kena aktif semula nih =D

    BalasPadam
  4. Bagus tabiat menulis jurnal...ia satu terapi minda yang cukup bagus atau istilah sekarang healing

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!