Bismillah
Aku dah lama sebenarnya merancang nak buka akaun tiktok sebab kebelakangan nie blog ini semakin merundum.
Dah pelbagai cara aku buat tetapi semakin hari semakin menyedihkan pula pageviews dan income blog nie. Aku masih lagi dapat payment dari Adsense cuma dah tak dapat keluarkan setiap bulan.
Mujurlah aku kerap juga dapat job untuk guest post dan sedikit sebanyak duit dari program affiliates.
Sebelum aku buka akaun tiktok ni aku dah fikir panjang apa aku nak buat kalau ada tiktok. Mulanya nak terus berkongsi tentang tips-tips blog, tetapi memandangkan blog pun semakin hari semakin menjunam prestasi dengan perubahan SEO yang terlalu mendadak nie, tak jadi nak buat konten macam tu.
Oleh itu, aku memilih untuk mengekspresikan minat dan kegemaran aku tentang journaling melalui TikTok. Apabila ada minat nak buat apapun jadi mudah kalau ada passion.
Aku baru kemarin mula post video di tiktok dan ternyata buat video lagi susah berbanding menulis. Nak edit gambar dan video sahaja pun tak tahu mengambil masa berapa lama. Mujurlah ada template-template dari Capcut, memudahkan kerja bagi pemula yang tak reti buat video.
Aku tak tahulah aku boleh fokus dengan blog sambil buat video atau tak. Dah bertahun-tahun menulis blog baru kali ini terasa betul perubahan dengan algoritma google.
Terkesan sangat sampaikan nak buka blog pun rasa berat hati saja. Dah beberapa bulan semangat menulis hilang. Mungkin bagi orang lain yang sekadar menulis suka-suka tak kisah sangat.
Bagi aku yang menulis sepenuh masa sebagai blogger memang terkesan tengok income blog. Dulu setiap bulan boleh dapat payment. Sekarang nak tunggu sampai 3-5 bulan baru dapat. Even pageviews tinggi pun still boleh nampak perubahan dari segi earning. Inikan pula trafik semakin menurun.
Walaupun begitu, yang membuatkan aku masih lagi semangat untuk terus berblog kerana pada akhirnya aku tetap kembali menulis.
Rezeki dengan Adsense mungin tak selancar dulu. Alhamdulillah rezeki dari guest post dan program affiliate masih ada. Bezanya pembayaran dari adsense senang nak tahu. Tetapi kalau pembayaran untuk guest post dan affiliate ni tak menentu.
Kadang income yang bulan-bulan lepas baru nak masuk. Apapun alhamdulillah at least ada juga sikit-sikit nak menampung bayar domain dan self reward.
Aku tak tahulah perjalanan blog dan tiktok 5 tahun akan datang ni macam mana. Semoga Allah permudahkan semuanya.
Wahhh..Nice..Follow tt kita ye =)
BalasPadamFaham sangat perasaan nurul sebab tengah dalam situasi yang sama. Kalau yang suka-suka okay lah tapi kita yang buat duit dari blog ni memang frust bila tengok pv tak naik rancak macam dulu. Bila search pulak entry dah tak duduk atas tapi banyak social media platform besar
BalasPadamwah dah ada juga... nanti kita follow
BalasPadamRabia follow tiktok akak ya
BalasPadamWelcome to TikTok! Semoga dipermudahkan urusan untuk terus fyp di TT. Caiyok ^^
BalasPadamAaamiiin , semoga rezeki kak Nurul bisa lebih lancar di tiktok juga yaaa. 🤗.
BalasPadamMemang edit video lebih susah drpd menulis. Makanya sampai skr saya blm tertarik buat reels tiktok dll. Lagipun Krn saya masih murni hanya menulis untuk menyalurkan passion saja, jadi tak terlalu ambil berat dengan algoritma dll. Tapi nak juga nanti belajar editing video kalo ada waktu luang