Inilah Hasilnya Tanam Bawang Merah di Pasu Selepas Sebulan

Sii Nurul
By -
2
Assalamualaikum
Bismillah

Selepas sahaja pindah rumah bulan lalu, aku memang dah buat keputusan untuk bercucuk tanam sebab kawasan halaman di depan dan belakang rumah sesuai kalau nak letak pasu bunga atau anak pokok. 

Sebelum aku mula bercucuk tanam, aku beli pasu, polybag, tanah hitam dan peralatan untuk menanam. Aku beli di shopee saja semuanya. Apabila barang dah sampai aku buat research dahulu dengan membaca dan menonton tips-tips di youtube.


Benda pertama yang aku buat ialah tanam bawang merah. Aku dah lama nak tanam bawang merah sebab nampak macam mudah saja nak tanam. 

Korang boleh nampak, inilah hasilnya tanam bawang merah di pasu selepas sebulan. Aku jarang siram sebab di Pontian nie setiap hari hujan. 

Sekiranya tak hujan pula aku siram dengan rendaman kulit bawang. Setakat ini aku cuma tanam 5 biji bawang merah india sahaja. 

Daun bawang nie pun dah boleh ambil kalau nak campur dalam masakan. Cuma aku biarkan saja. Kalau dah kering nanti baru kita lihat samada bebuah atau tidak bawang merah aku nie. 

Aku bukanlah pandai sangat pun bab tanaman. Alhamdulillah cara mudah tanam bawang merah dekat rumah nie aku banyak rujuk di youtube cik dadida. Memang sangat membantu. 


Tags:

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Dulu OM pun suka menanam, tapi since pindah ni, semua pokok mati sebab terlalu panas dek kerana atap zink, sedih tau!

    BalasPadam
  2. Aih penasaran nak tahu hasilnya. Nanti update lagi ya kak 😉😊. Saya masih ragu kalo nak berkebun nih, Krn mostly selalu mati tanaman 😅

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!