Dear-Self Happy Birthday! | 23JUNE2024

Sii Nurul
By -
4
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk hidup sehingga ke hari ini. Dear self, happy birthday yang ke-29. Ingatkan masih muda, rupanya dah nak masuk angka ti-ga..

Seperti tahun-tahun sebelumnya... Tiada celebration. Hanya ucapan dan doa dari yang tersayang.

Since di rumah cuma sorang. Hanya lebih fokus untuk 'me-time'. Actually hari-hari pun 'me-time' juga. Maklumlah, suri hati sepenuh masa di rumah. 

Aktiviti hari ini bangun dari tidur, solat. Kemudian, mengemas rumah. Lipat kain yang bertimbun. Cuci piring dan kemas dapur. 

Selepas zohor pula, Kek Tapak Kuda dan Hokkaido yang aku order dua hari lepas sampai pula hari nie. Ingatkan nak makan kemarin, tetapi seller tak dapat nak cod. 


Aku beli Kek Tapak Kuda Vanila Hazelnut dan Hazelnut Crunchy Bueno. Dari segi rasa kek lembut dan sedap cuma manis sebab inti memang banjir. Berbaloi jugalah kalau makan sorang-sorang. 

Hokkaido nie pula memang sedap. Nak buat sendiri tu boleh saja cuma banyak bahan nak guna dan renyah sikit nak buat. Jadi baik order saja kan. 

Selain mengemas, aku habiskan masa dengan menulis jurnal. 

Sebenarnya ada tulis something, cuma aku kasi blurr..

Disebabkan nak reward diri sendiri aku order Pineapple Cheese Bar yang viral di TikTok tu. Dah lama nak cuba. Nanti dah sampai aku buat review. 

Alhamdulillah, hari ini mungkin memang hari yang bertuah, Mini Thermal Printer aku pun dah sampai. Dah lama nak ada portable mini printer nie. Cepat jugalah sampai, baru 3 hari lepas aku beli di Shopee. Nanti aku buat review di blog. Korang boleh juga tengok kat Tik Tok. 

Memang tak lupa juga aktiviti wajib yang termasuk dalam 'me-time' hari ini ialah tengok 'Anime'.

Wind Breaker (My top list)

Kaiju No.8 (My top list)

Slow Loop

Darling in the Franxx (Anime lama baru nak tengok)


Alhamdulillah, syukur untuk segala nikmat hari ini dan nikmat sebelumnya. Begitulah aktiviti di rumah pada hari ini. 

Umur saja dah meningkat, tetapi mak selalu kata "macam orang belum kahwin" Hahaha.. Akhir kata, minta doa sahabat semua supaya kami dikurniakan permata untuk tahun ini. 


Tags:

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Happy belated birthday Nurul 🎉🎉🎉🎉. Aisssh masih muda lah tuh 29 😄. 29 itu usia saya nikah dulu 😄. Saya doakan juga semoga Nurul cepat dikaruniakan permata hati yaaa, juga sehat dan dimudahkan rezeki 🤗

    BalasPadam
  2. Happy belated birthday sis, semoga dalam rahmat Allah selalu..punyalah seronok sambut birthday dengan me-time.Kalau ikut akk, me time tulah waktu paling heaven yang selalu diinginkan..haha..

    BalasPadam
  3. Happy birthday kak insyaAllah ada rezeki kak dpt menimang cahaya mata . aamiin

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!