Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Berhati-hati Menulis Komen, Jaga Sensitiviti Orang lain

Sii Nurul
7
Assalamualaikum
Bismillah

Aku baru saja melewati satu video di youtube yang mana seorang lelaki berkongsi tentang khabar duka kehilangan anaknya selepas isteri bersalin.

Namun, apa yang menarik perhatian aku sebelum aku menonton video tersebut ialah komen-komen netizen yang tidak mempunyai rasa sensitivi betul terhadap perasaan orang lain.

Perkara ini bukan sekali dua tau berlaku. Malah selalu berlaku di sekeliling terutama sekali di media sosial.

Berhati-hati Menulis


Antara komen yang pada pendapat aku tidak perlu pun :

"Saran saya, bang, lain kali jangan umumkan kehamilan isteri. Umumkan sahaja selepas bayi lahir. Kita tak tahu sama ada ada orang yang suka atau tak suka pada kita."

"Kalau saya pula malah ingin mengucapkan tahniah. Sebab setahu saya, bayi yang sebegitu, terus dapat tempat di syurga, tanpa dihisab segala macam."


Maaf ya, mungkin orang lain rasa komen nie biasa saja. Orang tu tengah berduka hati kot, kita pula bagi pendapat kita. Nak umumkan kehamilan atau tidak tu hak masing-masing. Kita tak tahu berapa lama orang tu menunggu kehadiran permata.


Ada orang lebih suka untuk tidak war-war kan tentang kehamilan isteri. Ada orang ingin berkongsi perasaan gembira. Yang tak suka tu sebab 'hati orang tu yang busuk dan dengki'. Orang kalau dah dengki tak kiralah kita buat apapun orang tak suka. 


Orang tu dah berduka kita pula nak ucap 'tahniah'. Memang betul bayi yang meninggal tempatnya di syurga tanpa dihisab. Semua orang pun tahu. 


Tetapi tolonglah faham sensitiviti dan perasaan orang lain. Isteri mengandung 9 bulan tu menanti kehadiran ia dilahirkan. Penat perut, kaki bengkak, sakit belakang, muntah-muntah semua tu ibu yang lalui. Siapa yang tak sedih dengar kematian anak. 


Tak faham aku.


Selain itu, adab mendengar berita tentang kematian tu kita kena jaga. Hendaklah berkata baik kepada si mati dan bukan mengungkitkan perkara yang tidak baik. 

Ini berdasarkan kepada hadith Ummu Salamah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ فَضَجَّ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ فَقَالَ لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ ثُمَّ قَالَ اللهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya roh apabila diambil nescaya penglihatan mengikutnya. Ketika itu orang ramai di kalangan ahlinya riuh rendah lantas sabda Baginda SAW: ‘Jangan kamu doa atas diri kamu kecuali yang baik. Ini kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu kata. Kemudian Baginda berdoa : ‘Ya Allah, ampunkan bagi Abi Salamah, angkatlah darjatnya di kalangan orang yang mendapat petunjuk…” Riwayat Muslim (920)

Begitu juga menyebut kebaikan si mati dengan perkara yang kita ketahui sahaja seperti ramainya jemaah yang mengiringi si mati. Tidak sewajarnya kita menyebut berkenaan perkara ghaib seperti ramai para malaikat mengiringi si mati kerana tidak diketahui kecuali Allah SWT dan apa yang diwahyukan kepada Rasul-Nya SAW semata-mata.

Dari sudut definisi, takziah bermaksud: “Memberikan ketenangan kepada keluarga si mati dan menggalakkan mereka untuk bersabar dengan jaminan pahala (terhadap perbuatan itu) serta mendoakan jenazah si mati yang beragama Islam dan juga doa kepada mereka yang ditimpa musibah.”

Secara umumnya, hukum takziah di dalam Islam adalah sunat yang dituntut. Ini berdasarkan satu hadis diriwayatkan Abu ‘Umarah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat kelak.”(Riwayat Ibn Majah - 1601)

Imam Al-Sindi dalam syarahannya ke atas hadis itu berkata: “Takziah kepada saudaranya adalah dengan cara menyuruhnya supaya bersabar. Seperti ucapan ‘semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada kamu’ dan seumpamanya.” (Rujuk Hasyiyah Al-Sindi ‘ala Ibn Majah - 1/486)

Bagaimanapun, digalakkan untuk menulis ucapan takziah dengan lafaz yang betul bagi memulakan sunnah yang baik.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengajak ke arah petunjuk (kebaikan), dia mendapat pahala seperti mana pahala mereka yang mengikuti petunjuk itu. Dalam keadaan yang demikian itu tidak mengurangkan pahala mereka sedikit pun.” (Riwayat Muslim - 2674)

Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Kita ucap takziah dan berkata baik saja pun sudah mendapat ganjaran di akhirat. Betapa ramai orang di luar sana yang tidak menjaga hati perasaan orang lain yang baru saja kehilangan orang tersayang. 

Sebagai contoh, ibu bapa yang kehilangan anak sebab kemalangan motor komen "sebab tu aku tak nak anak aku bawa motor atau kerja sebagai delivery"

atau situasi lain, pasangan muda yang beru kehilangan suami atau isteri "Kau cantik/hensem, muda lagi, nanti boleh cari suami atau isteri baru".

Lagi teruk kalau seseorang baru kehilangan mak dan ayah "Kalau aku sanggup berhenti kerja semata-mata nak jaga mak ayah yang sakit".


Helloooooo.....

Kita tidak berada di situasi orang tu okay....

Lisan kita nie cuba tahan dulu daripada berkata perkara yang tak elok. Esok lusa kita tak tahu apa ujian ALLAH swt bagi kat kita. 

Marilah kita lebih peka dan menjaga adab dalam setiap kata-kata kita. Perasaan dan sensitiviti terhadap orang lain amat penting, lebih-lebih lagi ketika mereka sedang menghadapi ujian berat. Semoga kita semua dapat menjadi insan yang lebih berempati dan beradab dalam setiap perbuatan dan perkataan kita.

Catat Ulasan

7Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Kat mana2 socmed memang ramai je manusia hat jenis terpaling mengomen tanpa fikirkan perasaan orang lain. Doa yang baik2 lagi bagus.

    BalasPadam
  2. betul... sangat perlu untuk menjaga smeua ucapan kite samada secara lisan mahupun bertulis. kalau x mampu berkata2 baik, elok kite jgn komen atau diam shj.

    BalasPadam
  3. Saya banyaaaak melihat di sosmed yg seperti itu. Orang meninggal, tapi jari mereka mudah saja menulis:
    "salah sendiri anak usia segitu dikasih bawa motor"
    "Ini pelajaran untuk orangtuanya supaya anak2 ga dipakaikan perhiasan yaa. Mengundang pencuri yg tega membunuh"

    Dan banyaaak perkataan keji lainnya.

    Ga bisa kah mereka diam saja kalo memang ga mampu menulis yg baik 😔.

    Terkadang kalo belum merasakan di posisi Orang2 yg kesusahan, susah untuk memahami apa yg dirasa.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write