Pencipta 'Dragon Ball' Akira Toriyama Telah Meninggal Dunia

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama, yang terkenal dengan siri manga dan anime itu, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 68 tahun, menurut Nikkei Asia

Berita tentang kematiannya disampaikan oleh syarikat penerbitan anime tersebut melalui media sosial.

Akira Toriyama, creator of 'Dragon Ball'
Sumber Gambar : KOSMO!

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, beliau mengalami acute subdural hematoma dan telah menghembuskan nafas terakhir pada 1 Mac.

Akira Toriyama, yang juga mencipta watak-watak untuk permainan video seperti Chrono Trigger dan Dragon Quest. 

Kenyataan rasmi tentang kematian beliau disiarkan di laman web rasmi Dragon Ball dan dikeluarkan oleh Bird Studio Toriyama, yang mengesahkan kematiannya pada 1 Mac.

Menurut kenyataan tersebut, kematian pencipta Dragon Ball ini bermakna pelbagai projek yang sedang dikerjakannya akan terhenti, dan penghargaan diberikan kepada beliau atas usahanya dalam mencipta karya-karya yang menjadi kenangan masa kanak-kanak bagi peminatnya.

Beliau telah mencipta pelbagai jenis karya sepanjang 45 tahun berkecimpung dalam bidang ini. Karya-karya beliau termasuk manga, anime, dan permainan video, dan gaya seninya terkenal di seluruh dunia.

Thank you for sharing your gifts with the world. You will be dearly missed, but never forgotten. Thank you for all the childhood memories....



Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

6 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. hanya melalui komik, mendiang menyatukan peminat anime seluruh dunia

    BalasPadam
  2. Hasil karyanya menjadi lipatan sejarah

    BalasPadam
  3. generasi kami membesar bersama karyanya.. kami pernah xmasuk kuliah sebab terlupa sebab tengok rancangan n dragon ball d kafe time tu :D

    BalasPadam
  4. Sediiih sangat pas tahu Toriyama meninggal. Saya fans berat dragon ball dan lengkap punya koleksi nya. Usia 68 msh terlalu muda, tapi memang ajal tak ada yg tahu kan.

    BalasPadam
  5. Saya juga membesar dengan komik Dragon Ball. Hari tu saya bagi anak2 tengok dekat Netflix yang siri terbaru Dragon Ball Z Kai yang ada Dewa Beerus (sphinx). Tergelak2 budak2 ni tengok. Terima kasih Akira Toriyama kerana menghiburkan kami dari zaman 90an sehingga sekarang.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama