6 PENGAJARAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Peristiwa Isra' Mi'raj adalah salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam yang menceritakan perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis (Isra') dan kemudian dari sana ke langit-langit dan alam semesta yang lebih tinggi (Mi'raj).

israk-mikraj-2024

1. BAITULMAQDIS ADALAH HARTA UMAT ISLAM

Bumi palestin adalah bumi barakah yang menjadi tempat pilihan Allah untuk berlakunya peristiwa penting dalam sejarah iaitu Israk Mikraj. Ini membuktikan tanah suci ini dimuliakan Allah dan wajib dipertahankan oleh semua umat Islam.


2. MENGAKUI KEBESARAN ALLAH DAN KEHEBATAN KERAJAANNYA

Allah telah memperlihatkan kepada Rasulullah SAW keagungan kerajaanNya yang tiada terbatas. Peristiwa ini mendidik manusia untuk merasa diri kerdil di hadapan Allah SWT dan mengakui hakikat diri sebagai hamba Allah.


3. KEPENTINGAN SOLAT FARDU LIMA WAKTU

Rasulullah SAW telah menerima perintah solat Fardu secara langsung daripada Allah tanpa melalui perantaraan. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan ibadah solat berbanding ibadah yang lain.


4. MENJAUHI PERKARA MUNGKAR DAN YANG DILARANG

Semasa Israk Mikraj , Rasulullah SAW dibawa meninjau suasana di neraka dengan pelbagai bentuk balasan dan penyiksaan ke atas orang-orang yang ingkar kepada Allah. Ini memberi iktibar kepada kita supaya menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah.

5. GALAKAN UNTUK SENTIASA MEMINTA KEPADA ALLAH SWT

Peristiwa Nabi berulang alik berjumpa Allah SWT untuk meminta keringanan waktu solat memberi gambaran kepada kita supaya tidak jemu memohon doa kepada Allah dan tidak mudah berputus asa dalam meminta Allah untuk mengabulkan doa dan permintaan kita.


6. KESEDIHAN TERHADAP DUNIA, PENGUBAT RINDUNYA ADALAH ALLAH SWT

Peristiwa Israk Mikraj adalah hadiah daripada Allah untuk mengubati hati dan kesedihan Nabi Muhammad saw setelah melalui ujian besar dengan kematian isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda , Abu Thalib. Ini sekaligus menunjukkan bahawa Allah SWT sebaik-baik sandaran ketika sedih dan kecewa.


Firman Allah سبحانه وتعالى:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1)


Sumber :  Raudhah Rizq


Salam Israk dan Mikraj, semoga keberkatan dan kebahagiaan senantiasa menyertai kita semua. Mari kita bersyukur atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan oleh Allah SWT. 

Pada hari yang bersejarah ini, mari kita memperbaiki diri dan meningkatkan kualitas iman serta taqwa kita. Semoga kita semua diberikan keampunan oleh Allah SWT. Amin.



Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

2 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama