Selamat Tahun Baru 2024 | Apa Azam Tahun Ini?

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah ala kulli hal... Masih diberikan kesempatan untuk hidup sehingga tahun ini. Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan 'Selamat Tahun Baru 2024'. Semoga tahun ini baik-baik saja buat kita semua. 

Korang setiap tahun buat azam tak? Macam mana dengan azam tahun lepas, ada yang tercapai tak?

Antara tahun lepas punya azam :
  • Fokus dengan diri, suami dan keluarga.
  • Fokus dengan konten blog.
  • Jaga kesihatan dan pemakanan.
  • Belajar mengaji
  • Mahu kurus sebab banyak baju dah tak muat.

Alhamdulillah rasanya azam tahun lepas boleh dikatakan tercapai kecuali NAK KURUS hehe~

Walaupun struggle juga nak diet tapi memang gagal jugalah. Lastly, tak nak fikir sangat dah just makan saja cuma kurangkan portion saja. 

By the end of 2023 aku jatuh sakit masa di Sabah. Sekarang dah balik Johor pun masih kurang sihat since penyakit Asma aku datang. 

Semalam terpaksa pergi klinik untuk pom dan ambil ubat. Hampir seminggu dah demam, batuk berkahak dan sakit tekak. Paling tak tahan sebab datang sesak nafas pula. Syukurlah sekarang ada kurang sikit dah walaupun semput juga kalau nak bercakap dengan husband.

Itulah ujian awal tahun ni. Tahun lalu tak diuji sakit, tahun ni Allah bagi ujian sikit. Alhamdulillah.

happy-new-year-2024

Apa azam tahun 2024?

1. Fokus dengan keluarga dan suami
2. Jaga pemakanan dan kesihatan
3. Fokus dengan blog
4. TETAP  NAK KURUS

Bukanlah nak kurus sangat. At least kurang 8KG okaylah. 

Lastly, ini bukanlah azam, cuma doa semoga Allah kurniakan permata hati buat kami. Mudah-mudahan dengan doa daripada kalian Allah makbulkan doa kecil kami.

Akhir sekali, terima kasih buat pembaca blog ini kerana masih sudi untuk singgah di blog ini.

Apapun yang korang doakan aku harap impian dan doa kalian Allah makbulkan. Semoga diberikan kesihatan sentiasa, dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah, diberkati umur dan sentiasa dalam lindungan Allah buat kalian semua. InsyaAllah Aamiin...


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

10 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Selamat tahun baru Nurul. Akak doakan semoga Nurul dan suami cepat² dikurniakan cahaya mata hendaknya. Aamiin...

    Semoga urusan Nurul dipermudahkan hendaknya.

    BalasPadam
  2. insya-Allah semoga dimakbulkan doa Nurul utk mendapat zuriat...
    azam kita ad yang sama lah.. Nak Kurus...
    sebab rasenya mcm dah naik byk gile Kgss nya...

    BalasPadam
  3. semoga yang diimpikan dapat dicapai tahun ni..
    bab kurus tu siapa je yg taknak. ammi punya mission "road to 55kg". Dah sampai 56 ehhhh dia loncat terus dan terus ke 59. taknak kasi can cecah 55 langsung.

    BalasPadam
  4. Semoga dimakbulkan segala doa ya. Jaga diri

    BalasPadam
  5. syafakillah nurul semoga tercapai semua azam tahun baru kali ni. mama pn ada termasuk list juga nak kurus tu. turun 5kg pn dh syukur hihi.. azam yg lain tu biarlah rahsia haha

    BalasPadam
  6. Selamat tahun baru Nurul. Azam tahun ni nak aktif blog semula. Nak betulkan balik SEO blog dan seangkatan dengannya kat entri2 yang Nurul share

    BalasPadam
  7. Selamat tahun baru 2024.. Sha doakan semoga Nurul dikurniakan kesihatan yang baik.. Aamiin.. Aamiin..
    Sha sejak bertukar tempat kerja inilah baru susut berat badan.. Kalau tak tu memang susah nak turun berat..

    BalasPadam
  8. sy pun nak jaga pemakanan.. kesihatan penting skrng ni.. dan ofkos lah nak konsisten menulis blog.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama