Assalamualaikum
Bismillah
Setelah hampir setahun, akhirnya aku beli kasut BATA secara online di Shopee. Ini kali pertama aku beli jenama Bata.
Bismillah
Setelah hampir setahun, akhirnya aku beli kasut BATA secara online di Shopee. Ini kali pertama aku beli jenama Bata.
Harga kasut BATA ini RM63.99 lagi murah daripada kasut aku sebelum ini. Aku beli di Shopee Official Bata Store, jadi semuanya RM57.59 setelah tolak baucher kedai dan penghantaran.
BATA COMFIT Ceryies Woman Pink Sandal
Shopee Link : https://shope.ee/6KePDnKkgI
Dari segi reka bentuk aku suka design ini sebab kebanyakkan sandal yang aku beli semuanya pattern macam ini. Kasut ini juga antara design yang paling sesuai dengan saiz kaki aku.
Selain itu, aku beli sandal ini kerana reka bentuk khas yang ada silicon knobbed massage midsole untuk massage kaki dan mengurangkan sakit tapak kaki.
Dari segi keselesaan sangat selesa dan tapak kaki dah tak sakit apabila berjalan lama. Cuma dari segi saiz pula kena order besar sedikit daripada saiz biasa. Aku beli saiz 8. Saiz ini ngam-ngam saja di kaki aku.
Alhamdulillah, apapun aku suka sangat dengan design, warna, dan keselesaan kasut ini. Hopefully bertahan lama. Dan harga juga berpatutan.
Kelebihan memakai kasut jenama Bata :
1. Kualiti Bahan
Bata dikenal pasti untuk menggunakan bahan berkualiti tinggi dalam pengeluaran kasut mereka. Ini boleh merangkumi kulit yang tahan lama, kain yang bernafas, dan bahan-bahan lain yang memberikan keselesaan dan ketahanan.
2. Reka Bentuk yang Moden dan Bergaya
Bata sering kali menawarkan pelbagai reka bentuk yang moden dan bergaya untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna. Ini merangkumi kasut untuk pelbagai aktiviti, dari formal hingga kasual.
3. Keselesaan
Bata biasanya menekankan keselesaan dalam reka bentuk kasut mereka. Mereka menekankan dalam aspek penyerapan kejutan, tapak yang ergonomik, atau penyelarasan anatomi untuk memastikan pengguna merasa selesa sepanjang hari.4. Ketahanan dan Tahan Lama
Kasut Bata sering kali dibina dengan mempertimbangkan ketahanan dan kebolehgunaan jangka panjang. Ini mungkin melibatkan penggunaan bahan tahan air, sulaman berkualiti tinggi, dan konstruksi yang kukuh.5. Jaminan Kualiti
Bata, sebagai jenama yang dikenali, sering memberikan jaminan kualiti pada produk-produk mereka. Ini memberi keyakinan kepada pembeli tentang prestasi dan ketahanan kasut.6. Harga yang Berpatutan
Walaupun terdapat model-model eksklusif, kebanyakan kasut Bata menawarkan nilai yang berpatutan, menjadikannya pilihan yang baik untuk orang yang mencari kualiti tanpa perlu mengeluarkan jumlah yang besar.Secara keseluruhan aku memang berpuas hati dengan sandal ini. Yang paling penting bagi aku adalah keselesaan dapat berjalan sepanjang hari.
dah lama x beli kasut di kedai Bata. Tp masa kanak2 kedai Bata la tempat beli kasut...
BalasPadamnampak comfy sgt. sejak dari kecil mama mmg suka guna bata. tahan lasak dan selesa pula tu
BalasPadamCantikk
BalasPadamkedai kasut paling top masa ammi kecil2 dulu..
BalasPadamtapi ammi belum pernah beli kasut online sebab takut tak sesuai dgn kaki ammi yg agak special kejadiannya
Catat Ulasan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.