Beli Kotak Terpakai di Ninso

Asslamualaikum
Bismillah

Tak sangka dah hampir 2 tahun aku menetap di Johor. Dulu masa awal kahwin rumah nie masih kosong lagi. Barang keperluan rumah pun tak banyak lagi. Cuma ada barang asas sahaja. 

Perlahan-lahan suami belikan keperluan rumah. Hari demi hari dan bulan berganti bulan, rumah dah penuh dengan barang. Rumah kami taklah semewah orang lain, tetapi Alhamdulillah semuanya cukup.

Alhamdulillah 'ala kulli hal, suami aku seorang yang sangat memahami dan suppotive. Since aku jarang keluar rumah, aku memang ada beli peralatan untuk bersenam seperti Treadmill, Hula Hoop, Ball Exercise, Dumbell dan Skipping Rope supaya aku dapat melakukan aktiviti senaman di rumah. 

Syukur sangat kerana ALLAH sentiasa kurniakan rezeki yang melimpah ruah buat suami. Dengan rezeki dari ALLAH suami dapat belikan pakaian, makan, tempat tinggal yang nyaman buat isteri. 

2 tahun tu terasa sekejap saja. Macam baru semalam kami pindah rumah menyewa di sini. Dari rumah yang serba kosong sampailah penuh dengan barang. Baju pun terlalu banyak dan tidak muat dah. Kadang sampai rimas tengok baju sendiri. Nak pakai apapun tak muat. Haha~

Tengah struggle untuk diet tetapi belum nampak hasilnya lagi. 


Jadi aku pun buat keputusan untuk declutter barang-barang yang ada di rumah ni untuk dikirim ke Sabah. Nak kurangkan barang yang tak perlu ni memerlukan kotak terpakai. Susah nak dapatkan kotak terpakai secara percuma sekarang.

Mana-mana kedai kami pergi pun semuanya jual kotak terpakai. Dorang tak nak bagi free. Jadi aku dan suami pun beli sajalah kotak terpakai di ninso. 

Harga kotak terpakai RM1 - RM2 di Ninso. Tengok jenis kotak juga. Kalau ambil kotak besar lagi mahal. Mulanya aku nak beli kat shopee saja tetapi kat shopee pun jual lebih kurang sama saja. 


Ini antara barang-barang yang aku akan pos ke Sabah. Kebanyakkan barang tu aku tak guna pun. Jadi barang-barang ini hanya bikin semak saja di rumah. 

Baju yang tak dipakai pun hampir 3kg juga. Fuh! Berpeluh sis nak angkat. Rasa lega sangat apabila tengok barang dah berkurang. Nampak luas dan kemas sikit. 

Kalau rumah aku di Sabah dah lama aku kirim barang-barang ke kampung. Ramai lagi yang memerlukan sebenarnya.

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

4 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  2. Baru tau Ninso ada jual kotak terpakai. Mana tau nak pos barang ke Sarawak boleh la cari kotak di Ninso.

    BalasPadam
  3. tq inform. baru tau ada jual korak terpakai kat ninso

    BalasPadam
  4. sy pun sudah 2x jual baju terpakai kpd kwn di Kota Belud sana...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama