Nestle LA CREMERIA Boba Brown Sugar Ice Cream

Assalamualaikum
Bismillah


Hari tu kami pergi GS Mart, ternampak aiskrim LA CREMERIA keluaran baru iaitu Nestle LA CREMERIA Boba Brown Sugar Ice Cream. 

Aku dan suami memang suka makan aiskrim. Setiap kali ada produk keluaran baru kami akan pergi beli. Korang dah cuba tak aiskrim nie?

Nestle LA CREMERIA Boba Brown Sugar Ice Cream

Nestle LA CREMERIA Boba Brown Sugar Ice Cream

Dari segi packaging cukup menarik perhatian. Dari jauh lagi dah nampak warna kuning tersusun kemas kat frezeer. Sesiapa yang lihat confirm tertarik dan rasa nak cuba.

Tekstur aiskrim berwarna kuning pastel (lembut) dengan gula perang (brown sugar) serta boba di dalamnya. 

Kalau korang buka packaging aiskrim tu terus korang boleh terhidu bau gula perang tu. Dari segi rasa pula memang rasa fully brown sugar. Bukan vanila tau. Boba pula kecil-kecil saja. 

Bagi individu yang gemar dengan rasa gula perang memang rasa sedap. Tetapi bagi aku kalau tak letak sirap gula perang tu lagi nice sebab rasa aiskrim tu saja dah cukup manis. 

Aku cuma makan 1 atau 2 scoop sahaja.  Tak boleh lebih sebab manis. Setiap hidangan mempunyai 135 kalori. Jenuh nanti nak buang lemak. Apapun sedap jugalah.

Korang boleh dapatkan Nestle LA CREMERIA Boba Brown Sugar Ice Cream di supermarket yang terdekat. Harganya RM12-14 sahaja. Jangan lupa beli aiskrim terbaru dari Nestle Boba. 

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

1 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Penasaran nak coba 😄, tapi produk ini tak masuk Indonesia. Cuma saya bisa bayangkan rasanya, karena Walls sendiri juga mengeluarkan produk sama kak. Dalam bentuk cone. Yg Wall's punya saya dah coba. Memang manis, tapi saya masih suka rasanya 😁. Apalagi boba- nya chewy dikunyah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama