Review Blog Rabia Adawiyah 'Ratu Giveaway & Commentator'

Assalamualaikum
Bismillah 

Dah lama tak buat review blog rakan-rakan blog kan? Jadi hari ini aku ingin review blog Rabia atau lebih dikenali sebagai Rabiatul Adawiyah.

Aku dan Rabia dah kenal dan follow antara satu dengan yang lain dah lama. Rabia selalu komen dan boleh dikatakan setiap kali blogwalking blog orang pasti nampak nama Rabia. 

Selain tu juga, kalau korang follow Rabia kat sosial media, Rabia rajin sangat join Giveaway dan selalu menang hadiah. Aku boleh katakan Rabia nie 'Ratu Giveaway' gitu. 

Sebenarnya semalam aku ada whatsapp Rabia dan offer kalau dia nak aku designkan blog. Free saja sebab aku tengok Rabia sangat rajin dan gigih sangat update blog, blogwalking di blog kawan-kawan yang lain. 

Alhamdulillah, Rabia sudi dan nak aku design blog. Inilah hasilnya...



Review Blog Rabia Adawiyah

Aku buat taklah cantik mana pun. Aku guna free template, edit warna dan tambah mana yang perlu sahaja. Lupa nak ambil gambar sebelum tukar template.

Dan aku check sedikit setting blog mana yang patut. Selain itu, aku tukarkan Google Analytics kepada GA4 yang baru. 

Dari segi Google Search Console pula Rabia dah pasang cuma tak submit sitemap dan connect GA4 ke GSC saja. Selebihnya dah okay.

Manakala dari segi penulisan dah okay, cuma perlu perbaiki tajuk, masukkan label dan tulis panjang sedikit sahaja. Untuk yang lain tu boleh diperbaiki lagi. 

Secara keseluruhan blog Rabia okay. Rajin update dan komen lagi. Bukan semua orang rajin dapat konsisten menulis macam Rabia. 

Hasil GTmetrix Selepas Tukar Template 


Alhamdulillah kalau tengok performance blog pun nampak okay juga. Cuma bahagian gambar sahaja kena compress dan resize supaya tak loading sangat blog. 

Alhamdulillah, aku siap design jam 11 pagi tadi. Nampak ada perubahan pageviews kat situ. Dan ada juga bergerak adsense untuk hari ni. 

Syukur semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Semoga Rabia lebih bersemangat untuk menulis. Korang jangan lupa singgah Blog Rabia Adawiyah ya. 

Terima kasih Rabia kerana sudi terima hasil tangan yang tak seberapa. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan urusan dunia akhirat. Amiin.


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

5 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. wahh..bertuah rabia. kalau nak upahkan nurul tukar template boleh? dah bosanla yang sekarang ni.

    BalasPadam
  2. Terbaik, Moga terus maju Jaya buat Rabia...Memang rajin dia join giveaway..hehee..

    BalasPadam
  3. Rabia memang rajin betul join GA. Konsisten! hehe

    BalasPadam
  4. terima kasih kak nurul comel sangat tau template tu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama