Permohonan Kemasukan ke Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik Sesi 2024/2025


permohonan kemasukan kolej vokasional

Permohonan Kemasukan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik Sesi 2024/2025

KOLEJ VOKASIONAL (KV)

PROGRAM VOKASIONAL

  • Program yang ditawarkan di 87 buah kolej vokasional memberi fokus kepada 35 program pengajian.

  • Program ini merangkumi dua (2) tahun di peringkat sijil.

  • Murid yang berjaya di peringkat sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

  • Murid yang dianugerahkan SVM dan memenuhi syarat kemasukan, layak menyambung pengajian di peringkat Diploma di Kolej Vokasional.

  • Murid yang lulus pengajian di peringkat diploma akan dianugerahkan diploma oleh Senat Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Matlamat program kolej vokasional untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir bagi memenuhi keperluan industri dan usahawan.

PROGRAM KEMAHIRAN / APPRENTICESHIP
  • Program Kemahiran / Apprenticeship melibatkan pengajian selama dua (2) tahun di peringkat sijil.

  • Pengajian akan dijalankan secara Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penuh / Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

  • Murid yang lulus dan berjaya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap.

SYARAT KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL

(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana/Akademik)

SYARAT AM

i. Calon adalah Warganegara Malaysia;

ii. Calon mesti murid Tingkatan Tiga (3) pada sesi akademik 2023/2024;

iii. Calon mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid;

iv. Calon mesti menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM;

v. Calon mesti menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi);

vi. Calon sihat tubuh badan;

vii. Calon mesti tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;

viii. Calon mesti TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA; dan

ix. Calon berminat dengan program dipohon.


SYARAT KHUSUS

Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (Pentaksiran Bilik Darjah - PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer

SYARAT TAMBAHAN

  • Program IBM P-TECH@ Kolej Vokasional - calon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 bagi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

PROGRAM KEMAHIRAN / APPRENTICESHIP

(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana/Akademik)

SYARAT AM

i. Calon adalah Warganegara Malaysia;

ii. Calon mesti murid Tingkatan Tiga (3) pada sesi akademik 2023/2024;

iii Calon mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid;

iv. Calon mesti menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM;

v. Calon mesti menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi);

vi. Calon sihat tubuh badan;

vii. Calon mesti tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;

viii. Calon mesti TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA; dan

ix. Calon berminat dengan program dipohon.


SYARAT KHUSUS

Calon menguasai 3M (membaca, menulis, mengira)




SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT)

Aliran Teknikal yang ditawarkan di sembilan (9) buah Sekolah Menengah Teknik memberi fokus kepada pengajian seperti berikut:
  • a) Pengajian Kejuruteraan Awam
  • b) Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • c) Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • d) Perdagangan
  • e) Sains Pertanian
Murid berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Tingkatan 6, Matrikulasi, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) setelah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Matlamat aliran teknikal adalah untuk melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.

Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu:
  • a) Tingkatan 4;
  • b) Tingkatan 5;
dan seterusnya murid akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

PAKEJ MATA PELAJARAN BAGI SETIAP BIDANG


SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT)

(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana/Akademik)

SYARAT AM

i. Calon adalah Warganegara Malaysia;

ii. Calon adalah murid Tingkatan Tiga bagi sesi akademik 2023/2024;

iii. Calon berdaftar dalam Modul Pengurusan Murid;

iv. Calon mesti menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM;

v. Calon telah ditaksir dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi);

vi. Calon sihat tubuh badan;

vii. Calon tidak mempunyai sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;

viii. Calon TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA; dan

x. Calon berminat dengan program dimohon.


SYARAT KHUSUS

Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu;
  • Bahasa Inggeris;
  • Matematik;
  • Sains; dan
  • Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer


Cara Memohon Kemasukan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik

Calon-calon yang bermiat boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara online di bawah :


Tarikh-Tarikh Penting

  • Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 01 Ogos – 17 September 2023.
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 25 September – 13 Oktober 2023.
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 25 September – 27 Oktober 2023.
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM : 02 – 13 Oktober 2023.
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 16 – 27 Oktober 2023.


Tarikh Semakan Keputusan Tawaran

Tarikh semakan tawaran bagi PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sesi 2024/2025 adalah pada 1 Mac 2024.

Anda boleh rujuk gambar rajah di bawah untuk mengetahui garis masa penting:


Pertanyaan Lanjut

Calon-calon yang menghadapi sebarang kemusykilan tentang semakan PKSK dan ingin mengajukan pertanyaan boleh menghubungi bahagian berikut:
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional: 03-8884 5154
Atau layari laman web berikut:

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama