Bismillah
Aku tak tahu sangat pasal buah donut peach nie. Entah kenapa tetiba nampak ramai yang post pasal buah donut peach.
Hari tu viral donut red velvet, so aku ingatkan donut peach nie ialah kuih donut berbentuk peach. Wah kalau kiuh donut peach aku pun nak tahu juga resepi macam mana nak buat haha.
Bila pergi lelong hari tu ternampaklah buah donut peach nie. Kata penjual tu, sebenarnya dia sama ja dengan buah peach cuma berbentuk donut.
Nak beli tetapi makan buah peach pun tak pernah hahaha. Jadi aku tak jadi beli.
Keesokkan harinya, suami balik ja bawa Buah Donut Peach nie. Rupanya suami pun nak tahu juga apa rasanya. Suami beli di Kedai Buah Oranges je. Harga buah donut peach RM27 untuk 6 biji. Boleh tahan mahal jugalah untuk saiznya yang kecil.
Sebelum kita beli sesuatu apatah lagi benda yang viral perlu kita kaji dulu khasiatnya.
Buah pic atau peach yang dikenali sebagai ‘Donut Peach’ atau ‘Flat Peach’ yang berasal dari negara China. Selain itu, ia juga disebut sebagai Saturn peach.
Khasiat Buah Donut Peach
Antara khasiat makan buah donut peach ini ialah :
- Buah ini adalah sumber vitamin A dan C
- Kaya dengan serat pemakanan.
- Mengandungi potasium yang penting untuk kesihatan jantung.
- Ia turut mengandungi niasin dan vitamin E, yang memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit dan sistem imun.
- Mempunyai 50 kalori bagi setiap biji pic donut
Walau bagaimanapun ia mempunyai kesan sampingan juga sekiranya dimakan secara berlebihan. Seperti sembelit, mempunyai kandungan gula yang tinggi menyebabkan ia tidak sesuai untuk penghidap diabetes dan boleh menyebabkan reaksi alahan (alergik) kepada mereka yang alah terhadap buah pic.
Review Buah Donut Peach
Sebelum makan jangan lupa basuh dulu buah ya. Korang boleh makan macam tu saja tanpa perlu kupas kulitnya. Ada yang kata makan dengan yoghurt lagi sedap. Tapi aku just makan macam tu saja.
Kalau korang makan buah nie, teksturnya dari segi kulitnya agak lembut dan berbulu-bulu halus. Aku tak tahulah macam mana nak jelaskan. Tetapi aku kurang suka kulitnya.
Rasanya tidak terlalu manis dan sangat juicy.
Bagi aku rasanya kurang sedap dan sangat tidak ngam di tekak aku. Dan kalau makan ada rasa gatal kat bahagian tekak. Mungkin disebabkan oleh kulitnya kot.
Mungkin juga sebab aku memang ada alahan jadi aku sarankan kepada yang memang ada alergik teruk tu korang jangan makan banyak sangat. Cukuplah sekadar untuk merasa sahaja.
Selalu Cuya baca review orang cakap sedap, first time jumpa org ckp tk sedap...heheh
BalasPadamtapi Cuya pon tak pernah rasa...belum terasa nak beli, entah ada ke tidak kt area Cuya
Saya tak pernah rasa lagi
BalasPadam