Membeli rumah pertama adalah satu pencapaian yang menyeronokkan dalam kehidupan. Namun, proses ini juga boleh menjadi cabaran jika tidak diuruskan dengan bijak.
Untuk memastikan pembelian rumah pertama berjalan dengan lancar, ada beberapa tips yang perlu dipertimbangkan.
1. Elakkan Membeli Rumah 'Mahal' & Besar
Jangan beli rumah 'mahal' sebagai rumah pertama korang, beli yang kecil dan sederhana sebagai pemula. Apatah lagi sekiranya hidup berdua.
Jangan buli isteri ‘mop’ lantai sampai pepagi. Semakin besar rumah kita semakin rugi, anak belum ada lagi. Jika rumah sendiri ia dianggap liabiliti sebab semua kita bayar sendiri.
2. Cari Kawasan Yang Mudah Untuk Disewakan / Dijual
Beli rumah yang ada potensi untuk disewakan atau dijual kembali, baru hidup berseri seri. Jika kita tetiba dipindahkan kerja ke bandar baru kita boleh sewakan.Pastikan kediaman pertama ialah rumah pelaburan. Kita mungkin tidak kekal, tetapi kediaman
kekal disitu selamanya. Beli yang boleh dan mudah dijual kembali atau disewakan.
kekal disitu selamanya. Beli yang boleh dan mudah dijual kembali atau disewakan.
3. Jangan Buat Pinjaman Rumah Melebihi 35% Daripada Gaji
Jangan beli rumah hingga semua gaji membayar hutang rumah itu sahaja. Dengan maksimumkan gaji buat simpanan dan pelaburan kita tiada, duit kita cukup-cukup bayar semua benda.Nak pakai bulu mata pun sukar rasanya. Sebaiknya pinjaman perumahan yang sihat tidak melebihi 35% dari gaji kita.
(35% x Gaji Kita = Ansuran Bulanan)
Ambil pembiayaan peribadi beli tanah bukan langkah bijak, apatah lagi buat rumah dengannya. Kadar tinggi dan tempoh biaya yang singkat buat perut kita rasa senak. Tidak banyak bank yang beri pembiayaan membeli tanah, kita harus guna simpanan sendiri atau pembiayaan peribadi.
Beli kediaman pertama yang sedia ada dan boleh diduduki segera.
(35% x Gaji Kita = Ansuran Bulanan)
4. Jangan Beli Tanah Untuk Bina Rumah
Jangan pasang impian beli tanah untuk bina rumah, hutang PTPTN pun buat kita susah. Nie nak tambah pula hutang tanah. Beli tanah merupakan gaya pelaburan dulu, duit kita tertanam dalam tanah itu. Kita tak tahu bila simpanan cukup untuk bina rumah atas tanah itu.Ambil pembiayaan peribadi beli tanah bukan langkah bijak, apatah lagi buat rumah dengannya. Kadar tinggi dan tempoh biaya yang singkat buat perut kita rasa senak. Tidak banyak bank yang beri pembiayaan membeli tanah, kita harus guna simpanan sendiri atau pembiayaan peribadi.
Beli kediaman pertama yang sedia ada dan boleh diduduki segera.
5. Jadikan Rumah Pertama Sebagai Pelaburan
Jangan terus beli yang pertama untuk kita duduk disana, tetapkan sebagai pelaburan pertama. Dah selesa baru fikir rumah ‘kita’ dimana.
Pasang impian jika kita bujang rumah pertama biarlah ruma untuk kita sewakan. Jana pendapatan dari rumah pertama, ia bakal jadi mesin duit kita. Bagi orang bujang, belajar cari rumah pelaburan baru cari ‘orang rumah’ idaman.
6. Elakkan Renovate Rumah
Jangan terus renovasi sebelum duduk, belajar hidup dengan apa adanya sebelum masuk.Perabot hari ini direka bentuk lebih fleksibel berbanding dulu. Tambah sedikit berdasarkan keperluan kita, jika renovasi kosnya tinggi dan nilai susut belum hitung lagi.
Belajar hidup sederhana dengan ruang yang sedia ada. Jika ada yang kata “nanti susah nak buat kenduri kendara, dapurnya kecil sahaja” katakan sahaja setahun setiap bulankah kenduri kita.
Kekalkan ruang yang ada dan hidup seadanya dulu.
7. Merancang Sebelum Beli Rumah
Jangan beli rumah baru merancang. Rancang dulu baru beli rumah nak buat apa. Nak sewakan atau duduk bersama keluarga.Jika beli untuk disewakan stategiknya berbeza dengan beli nak duduk sendiri. Kaedah pembiayaan, tempoh pinjaman takaful semuanya tak sama.
8. Bertanya Pada Orang Yang Betul
Sekiranya hendak beli rumah, cuba tanya pada orang yang betul. Bukannya bertanya kepada orang yang belum beli rumah walaupun dah bertahun bekerja.
Ia akan nampak semua jenis rumah salah. Dari menteri, pemaju, pembeli rumah semua menjadi masalah. Katanya tunggulah harga rumah jatuh nanti. Setidaknya dia akan kata , “Takkan pegawai tinggi beli rumah pangsa saja, setidaknya belilah semi–D”. Padahal sebuah rumah pun takda. Orang kata sembang saja.
Belajar dan cari mereka yang beli rumah waktu muda. Mereka positif dan tidak suka mengata. Tanya pada orang yang betul, jika salah nanti kita akan cepat kecewa.
Orang yang dah beli rumah biasanya ada pengalaman bagaimana nak cari rumah, pengurusan dan mungkin ada perkara yang mereka terlepas pandang sebelum beli rumah dorang boleh kongsikan kepada kita.
9. Elakkan Beli di Kawasan Banjir
Hindari beli kediaman dikawasan banjir atau pernah banjir. Nilai hartanah akan jatuh atau terus tiada penghuni dikawasan itu nanti. Tanya jiran atau orang kawasan, situ pernah banjir atau belum.Hindari kawasan sebegini sebagai pilihan hati. Kawasan bencana bukan pilihan yang baik untuk kita tinggal atau melabur.
10. Tetapkan Bajet yang Realistik
Tetapkan bajet yang realistik bermaksud korang perlu menentukan jumlah wang yang mampu bayar untuk ansuran bulanan rumah dengan berpatutan dan sesuai dengan pendapatan bulanan.
Pastikan ansuran ini tidak melebihi 30% daripada pendapatan bulanan korang. Ini adalah piawaian yang umum digunakan oleh banyak pakar kewangan sebagai batasan yang selesa dan berpatutan.
Korang kena fahami kemampuan sendiri. Beli rumah jangan sampai tidak makan dan minum semata-mata untuk bayar ansuran bulanan.
Lakukan audit kewangan dan identifikasi perbelanjaan bulanan korang. Kemudian, cuba kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu atau mewah untuk meningkatkan kemampuan membayar ansuran rumah.
11. Simpan Dana Muka yang Cukup
Simpan dana muka yang cukup adalah langkah penting dalam proses pembelian rumah. Ia merujuk kepada jumlah wang yang korang perlu sediakan sebagai pembayaran awal sebelum mendapatkan pinjaman untuk membeli rumah.
Cubalah untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10-20% daripada harga rumah sebagai dana muka.
Dengan menyimpan dana muka yang mencukupi, korang dapat mengurangkan jumlah pinjaman yang perlu diambil dari bank atau institusi kewangan. Semakin tinggi dana muka yang dibayar, semakin rendah jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan.
Dengan menyimpan dana muka yang mencukupi, korang dapat mengurangkan jumlah pinjaman yang perlu diambil dari bank atau institusi kewangan. Semakin tinggi dana muka yang dibayar, semakin rendah jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan.
Bank dan institusi kewangan cenderung memberikan kelayakan pinjaman yang lebih baik kepada pembeli yang menyimpan dana muka yang besar. Ini kerana dana muka yang tinggi menunjukkan korang mempunyai keupayaan kewangan yang baik dan dapat mengurangkan risiko peminjaman mereka.
Selain daripada harga rumah, korang juga perlu membayar kos-kos lain seperti bayaran guaman, cukai tanah, dan kos pendaftaran. Memiliki dana muka yang mencukupi membolehkan korang menangani kos-kos ini tanpa terlalu banyak mengganggu sumber kewangan yang lain.
12. Kenal Pasti Kelayakan Pinjaman
Sebelum mencari rumah, pastikan korang mendapatkan kelayakan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Ini akan membantu dalam mengetahui had maksimum pinjaman yang layak untuk didapatkan.
Proses kenal pasti kelayakan pinjaman melibatkan penilaian mendalam terhadap kewangan korang oleh pihak bank atau institusi kewangan. Mereka akan menyemak rekod kredit, pendapatan bulanan, liabiliti kewangan, dan sebarang komitmen kewangan yang ada.
Dengan menilai kelayakan kewangan korang, bank atau institusi kewangan akan dapat menentukan had maksimum pinjaman yang boleh korang peroleh. Had ini adalah jumlah maksimum yang mereka bersedia untuk dipinjamkan berdasarkan keupayaan pembayaran korang.
13. Rundingan Harga Rumah
Rundingan harga rumah adalah satu proses di mana pembeli berusaha untuk mendapatkan harga yang lebih baik daripada harga yang ditawarkan oleh penjual. Ia merupakan langkah penting dalam proses pembelian rumah kerana ia memberikan peluang untuk mendapatkan penjimatan yang signifikan.
Jangan segan-segan untuk membuat rundingan harga rumah dengan penjual. Cuba dapatkan harga terbaik yang korang mampu.
Melalui rundingan, korang dapat memastikan bahawa harga rumah yang ditawarkan adalah adil berdasarkan pasaran semasa dan keadaan hartanah tersebut. Korang boleh menggunakan perbandingan dengan rumah-rumah yang sepadan di kawasan tersebut untuk membantu menilai nilai hartanah.
Perhatikan keadaan hartanah dan faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi harga, seperti usia, keadaan fizikal, dan kemudahan yang ada. Sebarang kekurangan atau kerosakan pada hartanah boleh menjadi titik rundingan untuk mendapatkan harga yang lebih baik.
Sebelum memulakan rundingan, tentukan harga maksimum yang korang sanggup bayar untuk rumah tersebut. Ini akan mengelakkan daripada terlibat dalam rundingan yang berlarutan dan berisiko membayar harga yang tidak sesuai dengan kemampuan kewangan korang.
14. Periksa Lokasi dan Fasiliti
Periksa lokasi dan fasiliti adalah langkah penting dalam membeli rumah. Lokasi rumah yang sesuai akan mempengaruhi kualiti hidup dan memudahkan kehidupan harian.
Pastikan rumah yang dipertimbangkan mempunyai lokasi yang sesuai dengan keperluan, seperti kedekatan dengan tempat kerja, sekolah, hospital, dan kemudahan awam yang lain.
Rundingkan dengan ejen hartanah atau lakukan kajian sendiri untuk mendapatkan rumah yang memenuhi kriteria lokasi dan fasiliti yang diinginkan. Ingatlah bahawa memilih lokasi yang betul adalah sama pentingnya dengan memilih rumah itu sendiri.
15. Periksa Kondisi Rumah
Semasa melawat rumah, perhatikan kondisi fizikalnya. Pastikan korang memeriksa struktur, sistem elektrik, paip, dan kebocoran.
Korang perlu memastikan bahawa rumah yang akan dibeli dalam keadaan yang baik dan bebas dari masalah struktural atau kebocoran yang serius.
Perhatikan struktur bangunan secara keseluruhan. Periksa dinding, bumbung, lantai, dan plafon untuk sebarang tanda-tanda kerosakan, retak, atau bocoran air. Pastikan struktur bangunan berada dalam keadaan kukuh dan selamat.
Semak sistem elektrik rumah termasuk kotak suis, saluran kabel, dan soket elektrik. Pastikan ia berfungsi dengan baik dan selamat. Periksa sistem paip dan pemasangan air. Cari tanda-tanda kebocoran paip atau sistem pemasangan yang rosak. Pastikan bekalan air dan saliran berfungsi dengan baik
Selain itu, periksa sama ada terdapat kebocoran air pada atap atau bahagian bumbung lain. Kebocoran air yang tidak diatasi dengan segera boleh menyebabkan kerosakan lebih lanjut dan kos pembaikan yang tinggi.
Semak kualiti tandas dan peralatan yang termasuk dalam pembelian rumah, seperti bilik mandi, sinki, pancuran, dan sinki dapur.
16. Gunakan Khidmat Ejen Hartanah
Jika perlu, gunakan perkhidmatan ejen hartanah yang dipercayai boleh membantu korang mencari rumah yang sesuai dengan keperluan dan bajet.
Menggunakan perkhidmatan ejen hartanah adalah langkah bijak dalam mencari rumah yang sesuai kerana ejen hartanah adalah profesional dalam industri hartanah. Mereka akan membantu melalui proses pembelian rumah supaya lebih lancar malah berpengetahuan tentang pasaran hartanah setempat.
Selain itu, ejen hartanah mempunyai akses kepada pangkalan data hartanah yang luas dan dapat memberikan pelbagai penawaran rumah yang sesuai dengan kriteria korang.
Mencari rumah boleh menjadi proses yang meletihkan dan mengambil masa yang lama. Dengan bantuan ejen hartanah ia dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana mereka akan menyusun janji temu untuk melawat rumah-rumah yang sesuai dengan kehendak kita.
Bukan itu sahaja, ejen hartanah akan menyelidik dan mengesahkan maklumat tentang hartanah yang dipertimbangkan, termasuk rekod tajuk, status pemilikan, dan sejarah hartanah. Ini memastikan bahawa rumah yang dibeli adalah sah dan bebas dari masalah.
17. Baca dan Fahami Dokumen Kontrak
Kontrak jual beli adalah perjanjian yang mengikat antara pembeli dan penjual rumah dan mengandungi butiran penting mengenai pembelian hartanah tersebut.
Sebelum menandatangani kontrak jual beli, pastikan korang membaca dan fahami semua terma dan syarat yang terkandung di dalamnya.
Kontrak jual beli mengandungi maklumat butiran tentang hartanah, harga beli, tarikh penyerahan, dan syarat-syarat pembayaran.
Dokumen kontrak mengandungi terma dan syarat pembelian yang merangkumi hak dan tanggungjawab pembeli dan penjual. Ini termasuk perkara seperti kewajipan pembayaran, tempoh pindah milik, inspeksi hartanah, dan sebarang syarat tertentu yang perlu dipatuhi.
Korang perlu memahami hak dan tanggungjawab sebagai pembeli berdasarkan kontrak.
Korang perlu memahami hak dan tanggungjawab sebagai pembeli berdasarkan kontrak.
Jika ada perjanjian untuk membuat pembinaan atau renovasi ke atas hartanah sebelum penyerahan, pastikan butiran ini termasuk dalam kontrak dan fahami skop kerja yang perlu dilaksanakan.
Selain itu, fahami risiko dan jaminan yang terkandung dalam kontrak. Risiko melibatkan situasi apabila penjual gagal untuk memenuhi kewajipan dan jaminan adalah hak-hak korangsebagai pembeli jika terdapat masalah dengan hartanah selepas penyerahan.
Ketahui juga terma-terma yang berkaitan dengan penalti dan pembatalan kontrak, jika ada. Ini termasuk sebarang peruntukan jika pembeli atau penjual ingin membatalkan perjanjian.
Jika perlu, dapatkan nasihat daripada peguam atau ejen hartanah yang berkelayakan untuk membantu memahami kontrak sepenuhnya. Mereka dapat memberi penjelasan lanjut dan membantu korang mengenali risiko dan implikasi perjanjian tersebut.
18. Pertimbangkan Kos Tambahan
Selain harga rumah, korang juga perlu mempertimbangkan kos tambahan seperti bayaran peguam, cukai tanah, dan kos pendaftaran.
Korang akan memerlukan khidmat peguam untuk mengendalikan proses perjanjian jual beli rumah. Peguam akan membantu menyusun perjanjian dan menyemak dokumen undang-undang untuk memastikan bahawa semua transaksi berjalan lancar.
Kos tambahan seperti cukai tanah (juga dikenali sebagai cukai hartanah) adalah bayaran tahunan yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa tempatan kerana memiliki tanah atau hartanah. Jumlah cukai tanah bergantung kepada nilai hartanah dan kadar cukai yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Korang juga mungkin perlu membeli insurans perumahan untuk melindungi rumah daripada risiko kebakaran, banjir, dan kerosakan lain.
Pastikan korang merangkumi semua kos tambahan ini dalam bajet apabila merancang untuk membeli rumah.
19. Buat Inspeksi Sebelum Serah Kunci
Buat inspeksi sebelum serah kunci adalah langkah penting yang perlu diambil oleh pembeli sebelum menerima kunci rumah baru.
Inspeksi ini membolehkan korang memastikan bahawa rumah berada dalam keadaan yang baik dan memenuhi jangkaan sebelum mengambil alih hakmilik.
Sebelum menerima kunci rumah, lakukan inspeksi terakhir untuk memastikan segala sesuatunya berada dalam keadaan yang baik.
Jangan terlalu terburu-buru untuk menerima kunci jika ada isu yang belum diselesaikan. Pastikan semuanya dipenuhi sebelum korang menerima rumah itu dengan sah.
Kesimpulan
Kesimpulannya, membeli rumah pertama adalah satu langkah besar dan penting dalam kehidupan. Dengan merangkumi tips di atas, korang dapat menjalani proses pembelian dengan lebih yakin dan bijak.Ambil masa untuk merancang dan membuat keputusan yang tepat, dan akhirnya, nikmati kebahagiaan memiliki rumah impian korang.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.