Barli, atau Hordeum vulgare, adalah sejenis biji-bijian yang digunakan dalam berbagai cara, terutama untuk makanan dan minuman.
Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
Kandungan Nutrisi
Tidak dinafikan, air barli juga mempunyai nutrisi yang baik. Memandangkan air barli dihasilkan menggunakan bijirin barli, kandungan nutrisinya adalah berdasarkan kandungan nutrisi di dalam bijirin barli itu sendiri.Di bawah ini menunjukkan kandungan nutrisi yang ada di dalam 100g bijirin barli yang telah dimasak.
- Kalori: 123kcal
- Karbohidrat: 28.2g
- Protein: 2.3g
- Lemak: 0.4g
- Vitamin A: 7IU
- Vitamin C: 0mg
- Vitamin K: 0.8mcg
- Thiamin: 0.1mg
- Riboflavin: 0.1mg
- Vitamin B6: 0.1mg
- Folate: 16mcg
- Vitamin B12: 0mcg
- Kalsium: 11mg
- Zat Besi: 1.3mg
- Magnesium: 22mg
- Fosforus: 54mg
- Kalium: 93mg
- Natrium: 3mg
- Zink: 0.8mg
- Mangan: 0.3mg
- Selenium: 8.6mcg
Majoriti barli juga terdiri daripada karbohidrat. Oleh itu, ia boleh menjadi sumber tenaga yang bagus. Selain itu, barli juga mengandandungi serat, pelbagai vitamin dan mineral.
Selain popular di dalam masakan dan makanan, bijian ini juga biasa dijadikan sebagai minuman herba orang dulu. Ia dipercayai mampu membantu merawat kondisi demam pada suhu yang sederhana.
Disebabkan rasa yang agak kosong di mana ia tidak manis dan tidak pula masam atau masin, air ini mungkin kurang popular dalam kalangan golongan muda terutama kanak-kanak, remaja dan belia.
Jika hendak dibandingkan dengan bijian atau bijirin yang lain, ia paling rendah kalori namun boleh membuat individu kenyang lebih lama. Kesannya, anda tidak akan makan pada kadar lebih banyak.
Di samping itu, ia juga mungkin boleh membantu tubuh badan memperbaiki isu atau masalah berkaitan dengan tidur, otot, otak, sel serta sistem saraf meskipun tahap keberkesanannya berbeza bergantung individu.
Barli, bijian yang popular sebagai minuman
Korang perlu tahu bahawa barli adalah sejenis bijian yang berasal daripada keluarga gandum dan biasa dijadikan sebagai bahan asas dalam pembuatan roti dan biskut.Selain popular di dalam masakan dan makanan, bijian ini juga biasa dijadikan sebagai minuman herba orang dulu. Ia dipercayai mampu membantu merawat kondisi demam pada suhu yang sederhana.
Disebabkan rasa yang agak kosong di mana ia tidak manis dan tidak pula masam atau masin, air ini mungkin kurang popular dalam kalangan golongan muda terutama kanak-kanak, remaja dan belia.
Kebaikan Air Barli
Terdapat banyak kelebihan minum barli terhadap kesihatan wanita dan lelaki. Antaranya ialah :
Ini kerana ia sarat dengan kandungan kalium, kalsium dan magnesium yang boleh membantu mengawal masalah itu.
1. Menstabilkan Tekanan Darah Tinggi
Menurut kajian terbitan Journal of the American Dietetic Association, dipercayai bahawa peningkatan pengambilan makanan yang berasaskan bijirin atau bijian mungkin mampu menstabilkan tekanan darah tinggi.Ini kerana ia sarat dengan kandungan kalium, kalsium dan magnesium yang boleh membantu mengawal masalah itu.
Air barli juga boleh membantu mengawal tekanan darah. Kandungan serat larut seperti beta-glucan yang ada di dalam barli boleh menurunkan tekanan darah menjadi normal.
Kajian telah mendapati bahawa serat larut dapat menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik terutamanya bagi pesakit yang mempunyai masalah darah tinggi. Oleh itu, pengambilan serat larut daripada air barli boleh membantu mengawal tekanan darah.
Pengambilan fosforus dan kalsium itu perlu seimbang kerana fosforus yang terlalu banyak dengan kalsium yang terlalu sedikit mungkin akan meningkatkan lagi risiko kondisi osteoporosis.
Dalam pada itu, ia boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria baik selain merencatkan pertumbuhan bakteria jahat di dalam perut sekali gus meningkatkan lagi aktiviti probiotik yang amat diperlukan.
Niasin ini boleh membantu mencegah radikal bebas selain menghindar agregasi platelet yang sama penting bagi tujuan serupa seperti di atas tadi.
Dengan kelebihan tadi, air barli mungkin boleh membantu mengurangkan kolesterol tidak baik sekali gus berpotensi untuk menstabilkan tekanan darah dan serangan jantung yang boleh mendatangkan bahaya!
2. Menguatkan Tulang
Kedua, minuman ini juga kaya dengan zat besi, fosforus, kalsium, magnesium, mangan dan zink yang akan membantu menyumbang kepada pertumbuhan dan pengekalan jisim serta struktur tulang.Pengambilan fosforus dan kalsium itu perlu seimbang kerana fosforus yang terlalu banyak dengan kalsium yang terlalu sedikit mungkin akan meningkatkan lagi risiko kondisi osteoporosis.
3. Melegakan perut & Sistem Penghadaman
Ketiga, minuman ini turut mampu membantu merangsang proses pengeluaran sisa makanan melalui salur pencernaan dan penghadaman ekoran ia mengandungi kandungan serat yang sangat tinggi.Dalam pada itu, ia boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria baik selain merencatkan pertumbuhan bakteria jahat di dalam perut sekali gus meningkatkan lagi aktiviti probiotik yang amat diperlukan.
Air barli boleh membantu dan memudahkan perut/usus kita mencerna makanan. Hal ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat.
Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.
Korang juga boleh mengamalkan air barli semasa mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dalam darah.
Selain itu, air barli yang diminum bersama bijirin barli juga baik untuk sistem penghadaman sekaligus boleh mengelakkan masalah seperti sembelit. Hal ini kerana bijirin barli mempunyai kandungan serat yang tinggi yang boleh melancarkan sistem penghadaman.
4. Meminimumkan Risiko Sakit Jantung
Menariknya, bijian ini kaya dengan niasin yang merupakan subjenis vitamin B di mana ia akan mengurangkan jumlah kolesterol jahat atau LDL.Niasin ini boleh membantu mencegah radikal bebas selain menghindar agregasi platelet yang sama penting bagi tujuan serupa seperti di atas tadi.
Dengan kelebihan tadi, air barli mungkin boleh membantu mengurangkan kolesterol tidak baik sekali gus berpotensi untuk menstabilkan tekanan darah dan serangan jantung yang boleh mendatangkan bahaya!
5. Minuman & Makanan Diet
Kebaikan air barli yang seterusnya adalah ia mampu membantu usaha individu untuk mengawal berat badan kerana ia sangat tinggi dengan pelbagai jenis asid amino penting selain sarat dengan serat.Jika hendak dibandingkan dengan bijian atau bijirin yang lain, ia paling rendah kalori namun boleh membuat individu kenyang lebih lama. Kesannya, anda tidak akan makan pada kadar lebih banyak.
6. Mengurangkan Radang
Tabiat kerap minum air ini yang tinggi kolin mampu membantu merawat keradangan dalam tubuh badan.Di samping itu, ia juga mungkin boleh membantu tubuh badan memperbaiki isu atau masalah berkaitan dengan tidur, otot, otak, sel serta sistem saraf meskipun tahap keberkesanannya berbeza bergantung individu.
7. Mengawal Paras Gula Dalam Darah
Air barli juga juga boleh membantu mengawal paras gula dalam darah sekaligus mampu mencegah atau mengawal penyakit diabetes.
Analisis ke atas 34 kajian telah mendapati bahawa beta-glucan yang ada di dalam barli boleh menurunkan paras gula dalam darah.
Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa barli boleh menurunkan paras gula dalam darah semasa berpuasa dan bacaan paras bacaan gula semasa tiga bulan yang lepas. Jelaslah bahawa air barli bagus untuk mengawal paras gula dalam darah.
Walau bagaimanapun, air barli yang ditambah dengan gula adalah sangat tidak digalakkan untuk pesakit diabetes memandangkan gula boleh meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat.
Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa barli boleh menurunkan paras gula dalam darah semasa berpuasa dan bacaan paras bacaan gula semasa tiga bulan yang lepas. Jelaslah bahawa air barli bagus untuk mengawal paras gula dalam darah.
Walau bagaimanapun, air barli yang ditambah dengan gula adalah sangat tidak digalakkan untuk pesakit diabetes memandangkan gula boleh meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat.
8. Membantu menurunkan berat badan
Air barli bersama bijirinnya juga sesuai diminum untuk orang yang sedang ingin menurunkan berat berat badan.Kandungan serat yang ada di dalam barli boleh memberi rasa kenyang apabila dimakan dan juga boleh memberikan rasa kenyang berpanjangan.
Oleh itu, dengan meminum air barli bersama bijirinnya, ia boleh membantu seseorang daripada mengambil makanan secara berlebihan yang boleh membawa kepada peningkatan berat badan.
9. Fungsi Prebiotik
Selain itu, air barli bersama bijirinnya juga mempunyai fungsi prebiotik yang seterusnya boleh meningkatkan jumlah probiotik atau bakteria baik di dalam usus.Peningkatan bakteria baik di dalam usus manusia boleh memberi pelbagai kebaikan kepada badan seperti membantu sistem penghadaman badan berfungsi dengan baik, mengelakkan masalah senak perut selepas makan dan juga boleh membantu penyerapan mineral di dalam badan.
10. Berpotensi mencegah kanser
Selain itu, air barli bersama bijirin barli juga berpotensi untuk mencegah kanser seperti kanser usus besar. Hal ini kerana fungsi barli yang boleh mengurangkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel yang boleh membawa kepada penyakit kanser.Di samping itu, proses fermentasi serat daripada bijirin barli juga boleh menghalang pertumbuhan sel kanser sekaligus menghalang terjadinya kanser di dalam usus besar.
11. Mencegah jangkitan salur kencing
Akhir sekali, air barli juga bagus untuk mencegah jangkitan salur kencing. Sifatnya yang diuretik boleh menyebabkan seseorang kerap kencing sekaligus membantu menyingkirkan toksin daripada badan dan juga menghalang pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan terutamanya di saluran kencing.Oleh kerana air barli boleh menyebabkan diuretik (kerap kencing), ia juga boleh membantu mencegah masalah pembentukan batu karang.
Waktu Sesuai Minum Air Barli?
Memandangkan ia memang terbukti banyak manfaat dan khasiat, ramai mungkin tertanya waktu sesuai minum air barli? Adakah ia hanya bagus ketika korang sedang sakit atau pada bila-bila masa?
Tiada masalah untuk minum air ini pada setiap hari walaupun ketika sedang sihat, ekoran ia sangat sesuai dijadikan sebagai minuman ruji.
Apa yang individu perlu jaga-jaga adalah kalau sekiranya ada kondisi alergi gandum atau sebarang alahan berkaitan dengan bijian dan bijirin tertentu.
Tiada masalah untuk minum air ini pada setiap hari walaupun ketika sedang sihat, ekoran ia sangat sesuai dijadikan sebagai minuman ruji.
Apa yang individu perlu jaga-jaga adalah kalau sekiranya ada kondisi alergi gandum atau sebarang alahan berkaitan dengan bijian dan bijirin tertentu.
Oleh itu, untuk mendapatkan khasiat ini, korang bolehlah meminum air barli. Namun begitu, adalah diingatkan untuk tidak menambah gula atau meletak gula terlalu banyak di dalam air barli kerana gula yang berlebihan juga boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Cara Buat Air Barli Untuk Kesihatan
Bahan-bahan:- Setengah cawan barli
- tujuh gelas air
- sebatang kayu manis ceylon
- Lemon /& Madu ( kalau nak manis)
1. Rebus barli dan kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang.
2. Kemudian tutup api. Sebelum minum perahkan lemon sikit dan masukkan madu.
3. Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. Jangan lupa panaskan sebelum minum.
Selamat mencuba Semoga bermanfaat.
RUJUKAN :
banyak sgt khasiat air barli ni kan tapi nieyl x minum hehe..selalu mak ngan ayah suka minum..
BalasPadamArwah mak suka minum air barli.. mudah lawaskan air kecil.
BalasPadam