28 Years Old | 23.06.2023

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Syukur dengan segala nikmat Allah atas semuanya. Nikmat terbesar kerana masih diberikan kesempatan hidup di muka bumi ini. 

Alhamdulillah kerana Allah masih berikan peluang untuk bersama dengan orang yang tersayang. Alhamdulillah kerana diberikan kesihatan dan rezeki buat diriku serta kedua orang tua, suami dan juga keluarga tersayang. 

happy-birthday-images

Seperti tahun-tahun sebelumnya aku jenis yang tidak menyambut hari ulang tahun kelahiran. Dan aku juga private kan tarikh lahir di facebook. Jadi biasanya memang tiada yang ucap selamat hari lahir melainkan orang yang betul-betul ingat hari jadi aku. Hahaha~

Dan memang tiada seorang pun yang ingat sebenarnya hari kelahiran aku. 

Yang ingat hanyalah suami seorang sahaja. Dan dialah orang pertama yang akan ucap. 

Aku sebenarnya gembira sangat kerana suami sanggup pulang awal untuk spent masa bersama. Tidak pernah minta untuk sambutan hari jadi yang meriah, hadiah, bunga dan kejutan. Cukuplah dapat luangkan bersama.

Hari ini dapat luangkan masa bersama suami seharian, jalan-jalan beli takoyaki dan dating di seaside sambil bercerita (curhat). Sudah cukup 'healing' buat isterinya. 

Dan malam hari jadi ini juga suami turun kerja dah. Aku bersyukur sebab dapat luangkan masa walaupun sekejap. Dan terharu kerana melihat pengorbanan besar suami untuk menafkahi dan memenuhi tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki yang berkat, permudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang baik buat suami. Aamiin. 

Doaku semoga perkahwinan kami sentiasa dalam rahmat Allah dan kasih sayangNya. 

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

4 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. happy birthday nurul semoga tercapai segala impian. muda and sweet lagi 28 tu

    BalasPadam
  2. Happy belated birthday sis. Semoga dipermudahkan segala urusan dan bahagia selalu bersama yang tersayang. Simple2 clbrate pun dah bermakna bgi kita2 kan. Aslkn suami ingat bday kita. hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama