Silicone Anime Phone Case Anime Lovers Must Have

Assalamualaikum
Bismillah

Beberapa bulan yang lalu, phone cover aku rosak sebab aku dah lama gunakan. Pada mulanya aku tak bercadang pun nak beli phone cover yang baru. Tetapi kalau korang jenis yang cuai macam aku memang wajib beli penutup untuk smartphone korang. 

Phone cover bertindak sebagai pelindung fizikal bagi telefon bimbit kita. Ia dapat melindungi telefon daripada kerosakan seperti calar dan kesan jatuh. Dengan menggunakan phone cover ni sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko daripada kerosakan. 

Bukan itu sahaja, penggunaan harian telefon bimbit sering mengakibatkan kerosakan dan tanda penuaan pada permukaannya. Penggunaan penutup telefon dapat membantu melindungi keseluruhan penampilan telefon daripada kesan terhadap masa dan penggunaan.

Beberapa telefon bimbit baru adalah direka dengan bahan yang licin atau ramping, menjadikannya sukar untuk digenggam dengan selesa. 

Phone cover yang direka khas boleh memberikan cengkaman yang lebih baik serta tidak mudah tergelincir daripada genggaman. Ini akan mengurangkan risiko jatuh dan kerosakan yang tidak diingini.

Selain itu, apa yang aku perasan apabila tidak menggunakan sebarang penutup, telefon mudah panas menyebabkan aku jadi tidak selesa untuk menyentuhnya. Nampak remeh tetapi rupanya phone case ni penting juga rupanya. 

Demon Slayer Phone Case

Silicone Anime Phone Case Anime Review

Sejak tiada phone cover ni memang rasa tak selesa nak pegang phone lama sebab cepat panas dan kadang licin jadi phone aku seringkali juga jatuh. Entah dah berapa kali jatuh. Mujurlah tiada sebarang kerosakan pada screen atau dalaman. 

Aku dah survey phone case di beberapa kedai tetapi tiada yang aku berkenan dengan designnya. Yang ada cuma cover transparent dan plain. 

Jadi aku pun belilah cover phone di shopee. 

haikyuu phone case

Design : Haikyuu Phone Case
Harga : RM4.89

demon slayer phone case

Design : Demon Slayer Phone Case
Harga : RM4.89


Aku suka sangat design anime phone case dari kedai shopee nie. Ada pelbagai jenis reka bentuk anime dan corak lain yang menarik. Rambang mata mahu memilihnya. 

Dari segi penghantaran dalam seminggu sebab barang dari China kan. Alhamdulillah walaupun lambat tetapi packaging okay dan selamat juga sampai rumah. 

Silicon phone case nie memang best sebab lembut dan tidak terlalu keras. Material jenis Soft Silicon. 

Aku suka sangat sebab handphone pun dah tak panas kalau pegang. Dan sekiranya jatuh pun lagi selamat kerana ada protection.  

Sekiranya korang berminat untuk beli anime phone cover boleh singgah ke kedai shopee lisisi.my. 


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama