Siinurul.com Blog Performance March 2023

5

blog-performance-march

Siinurul.com Blog Performance March 2023

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Performance blog untuk bulan Mac menunjukkan peningkatan dari segi clicks dan impressions berbanding pada bulan Februari.

Ini adalah pertama kali blog mencecah 1.75M impressions dalam masa sebulan yang mana paling tinggi setakat ini. Dan pada bahagian clicks juga meningkat sedikit. 

Apa yang aku perbaiki sepanjang Bulan Mac?

1. Update artikel dengan konsisten

Setelah melihat kepada perubahan yang ketara pada bulan Februari. Aku memutuskan untuk update artikel dengan konsisten. Sejujurnya aku cuba untuk update setiap hari tetapi bukan mudah. Jadi aku cuma dapat menulis sebanyak 22 artikel sahaja pada bulan Mac.

Salah satu cara supaya aku dapat menulis dengan konsisten adalah dengan menyediakan notebook content calender untuk blog. 

A content calendar (also known as an “editorial calendar”) is a written schedule of when and where you plan to publish upcoming content.

2. Menggunakan gambar original (Optimization image)

Selama ini aku banyak gunakan Google Image. Oleh itu aku cuba kaedah baru dengan create image sendiri di canva ataupun upload gambar original daripada handphone. 

Nampak macam simple tetapi kaedah ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan impressions dan clicks pada blog. 


3. Mempelbagaikan jenis konten (Niche Lifestyle)

Pada bulan Mac, disebabkan nak tulis banyak artikel aku cuba mempelbagaikan jenis konten dalam blog. Sebelum ini blog cuma fokus dengan niche blogging. 

Kali ini aku cuba untuk menulis cara lifestyle pula. Salah satu cara nak menulis dengan kuantiti yang banyak memang kena tulis niche rojak. 


Hasilnya 

Apa yang aku perhatikan selama sebulan, apabila update blog dengan konsisten maka impressions juga meningkat kerana blog aktif dengan konten terbaru. Google detect blog kita aktif dan bekerja untuk crawl and indeks konten blog kita. 

Sekiranya kita menulis dengan cara yang betul (mengikut SEO) maka blog senang untuk kelihatan di carian enjin. Apabila tinggi impressions maka clicks juga meningkat. 

Selain itu juga, banyak artikel baru yang berjaya mendapat kedudukan (ranking) di Google. [Boleh lihat di Google Search Console]

Walau bagaimanapun, dari segi kualiti konten pula menurun. Hal ini demikian kerana aku tidak dapat menulis mengikut niche blog sebab terlalu fokus untuk memperbanyakkan artikel. 

Nak menulis artikel berkualiti perlu masa dan banyak buat kajian sebelum menulis. Oleh itu, aku kurang publish artikel yang berkaitan dengan niche utama blog. 

Kesan apabila kualiti konten menurun, CTR juga nampaknya menurun. Hal ini demikian kerana blog tidak berfokus dengan niche. Apabila CTR menurun, earning Google Adsense juga menurun. 

Kesimpulannya 

Ada pro dan cons apabila fokus dengan kuatiti berbanding dengan kualiti artikel. Apa yang aku dapat simpulkan daripada Blog Performance March kali ini ialah :

1. Kualiti artikel kena seiiring dengan kuantiti artikel. 
2. Fokus dengan niche untuk maintain CTR
3. Banyakkan konten baharu untuk tingkatkan impressions dan clicks. 

Banyaknya yang perlu diperbaiki. Bulan ini kena cuba kaedah lain lagi. 
Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. betul.. banyak pro and cons bila dh kaji pasal blog sendiri ni. tahniah utk performance bulan lepas

    BalasPadam
  2. akak dlm kategori entry rojak kat blog tapi tak byk sgt share psal info atau maklumat yang orang nak cari. byk entry personal & suka-suka...

    BalasPadam
  3. wah! Banyak tips yg dikongsi ni. sy akan cuba ikut agar blog sy muncul di first page kat google.

    BalasPadam
  4. Oh, macam tu ya. Thanks Nurul share ilmu..akak banyak taktau ni

    BalasPadam
  5. tq nurul share info hehehe blog kita pun rojak2 je content nya :D

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !