Pengalaman Beli Baju Blouse & Kemeja Murah di Shopee Live

Assalamualaikum
Bismillah

Beberapa hari ini aku selalu tengok Shopee Live sebab nak cari kalau ada blouse dan baju kurung yang murah-murah. Pertama kali aku beli barang kat Shopee Live pada tahun lalu. Aku beli sling beg dengan harga yang sangat murah dan kualiti beg pun tip top!

Memandangkan baju aku kebanyakkan dah sendat, aku cubalah pula usha baju blouse kat Shopee Live manatau ada yang jual dengan harga murah. 

Beli beg tak sama dengan beli pakaian. Kena tengok material kain jenis apa, kena tahu berapa ukuran badan kita seperti dada, pinggang, punggung, labuh dan bahu. Selain itu kena tahu pakai pit berapa. 

Kemeja Murah di Shopee

Aku masa nak beli baju live tu, bingung jugalah apabila seller tanya 'Nurul nak pit berapa?" Aku jawab, "Nak saiz L". Terus seller kata "kalau nak saiz L pit 20-21". Hahaha. 

Kata seller, tak semua pakaian ada tulis saiz, jadi dorang kena ukur pit baju. Tahukah apa itu ‘pit to pit’. ‘Pit to pit’ itu adalah ukuran cm atau inci pada dada korang. Maksudnya, ukuran dari hujung dada kanan ke hujung dada kiri.

Jadi, untuk mengelak daripada tersalah saiz, adalah lebih baik ukur ‘pit to pit’ badan terlebih dahulu sebelum membeli baju. 

ukuran pit baju
Photo : Fb BH Bundle

ukuran pit baju
Photo : Fb BH Bundle


Sejak mula berjinak dengan Shopee Live nie banyak juga rupanya jenis kain dan fesyen yang aku tak tahu. Ada yang material jenis rayon, ice silk cotton, polyester, spandex dan pelbagai jenis lagi. Mungkin sebab aku bukanlah jenis yang berfesyen. Jadi aku tak ambil tahu sangat juga fesyen terkini macam mana. 

Beli Baju Blouse Murah di Shopee Live 

Selalu sangat layan shopee live akhirnya aku borang 17 helai baju. Hahaha~  Dan ada yang dapat free beberapa helai baju. Tak sedar melayang jugalah RM180 hahaha~ Godaan besar betul shopee live ni. Mujurlah suami okay sahaja. Asalkan isteri happy katanya haha~

Beli Baju Blouse Murah di Shopee Live

Harga blouse dan kemeja ni tak mahal pun. Dalam RM5 - RM10 untuk sehelai. Memang murah tetapi kalau dah beli lebih dari 10 helai pun memang banyak jugalah keluar modal. Alhamdulillah baju yang diterima semuanya memang lawa dan kualiti pun masih okay dan nampak macam baru. 

Shopping kat Shoppe Live ni aku paling suka seller up pakaian secara random sebab seller akan buat full review. Jadi mana yang berkenan tu terus saja lock. Kalau tak reti macam mana nak beli kat live, biasanya seller akan ajar cara macam mana nak lock baju dan buat payment selepas lock. 

Cara Beli Baju di Shopee Live

Pertama sekali korang masuk kat Shopee Apps. Kemudian cari Shopee Live. Korang boleh pilih mana-mana kedai yang tengah buat live. 

Cara Beli Baju di Shopee Live

Korang kena dengar apa yang seller terangkan masa buat live terutama berkenaan dengan material dan saiz baju yang direview. 

Sekiranya ada baju yang kita berkenan boleh komen 'Nak'. Ada seller yang gunakan tukul (auction), ada yang gunakan kod untuk lock baju. Apabila ramai yang nak baju yang sama kena berebut dengan pembeli yang lain. 

Cara Beli Baju di Shopee Live

Kalau seller guna kod, seller akan sebut kod nombor, dan korang tulis kod di ruangan komen. Siapa yang duluan komen dialah yang dapat baju tu. Kalau seller guna auction / tukul. Cepat-cepat klik join now. 

Sekiranya korang dapat baju tu, cuma perlu screenshot gambar beserta harga dan komen dss (dah screenshot) di ruangan komen. Bergantung dengan seller ada yang nak terus bayar selepas lock (beli). Ada juga yang kena bayar selepas habis live. 

cara lock baju shopee live

Jangan lupa  untuk chat dengan seller & bagi gambar-gambar barang yang dah berjaya lock (beli). Seller akan bagi link untuk payment. Sekiranya tak faham seller akan ajar bagaimana cara nak buat payment.

Pengalaman Beli Baju Blouse & Kemeja Murah di Shopee Live 

Pengalaman aku beli baju di Shopee Live setakat ini memang best. Alhamdulillah seller pun mostly peramah dan baik-baik semuanya. Beli secara live tak susah pun cuma perlu sabar menunggu sahaja sebab kena layan ramai request pembeli. 

Kelemahannya kita tak dapat nak pegang sahaja baju tu. Dan bergantung dengan kelajuan internet korang semasa live. 

Dari segi kualiti baju bergantung dengan kedai. Korang sendiri pilih nak preloved, bundle, bale baru, baju butik, atau baju premium. Harga pun banyak yang murah. Sekiranya korang berkenan dengan baju terpakai ni cubalah beli kat Shopee Live.

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

2 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. lama pulak tak layan shopee live..hehe..dulu selalu gak beli baju-baju kat shopee live..betul beli baju dalam talian ni, kena tahu ukuran badan dulu supaya tak tersalah beli saiz..masa seller tgh review satu per satu baju, kena alert...

    BalasPadam
  2. Macam TikTok juga rupanya. Tidak pernah lagi beli talian. Jenis cerewet kena pegang kain, fikir-fikir dahulu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama