Artikel Blog Terpilih Sebagai Featured Snippets di Google

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya benda ini dah lama. Cuma aku baru nak kongsi dengan korang sebab aku dah bongkar rahsia teknik menulis SEO  di Belajar Buat Blog. Jangan lupa baca ya.

Featured Snippets

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Sepanjang berblog dah pelbagai jenis teknik dan cara yang aku cuba di blog. Ada yang gagal. Ada yang berjaya. 

Yang mana berjaya itulah aku kongsikan di blog sebagai rujukan dan panduan blogger yang lain.

Artikel Blog Terpilih Sebagai Featured Snippets di Google

Artikel Blog Terpilih Sebagai Featured Snippets di Google

Featured Snippets ini apa?
Featured snippets come from web search listings. Google's automated systems determine whether a page would make a good featured snippet to highlight for a specific search request. Your feedback helps us improve our search algorithms and the quality of your search results.

Dalam erti kata lain, dalam banyak artikel yang tersenarai di google. Artikel kita terpilih sebagai 'Featured Snippets' kerana blog atau website kita memberikan infomasi dan jawapan kepada persoalan yang kebanyakkan orang cari di enjin carian. 

Biasanya artikel blog dipilih disebabkan kita 
  • Memberikan infomasi yang betul, tepat dan terkini.
  • Blog/website menjadi orang pertama yang berkongsi maklumat/data tersebut.
  • Mempunyai kata kunci carian yang tertinggi di google
Ini apa yang aku dapat simpulkan secara ringkaslah. Sebenarnya ada beberapa lagi artikel blog aku yang berjaya terpilih. 

How can I mark my page as a featured snippet? You can't. Google systems determine whether a page would make a good featured snippet for a user's search request, and if so, elevates it.

Macam mana supaya blog korang pun boleh terpilih?

Pertama sekali, korang hendaklah kongsikan artikel yang bermanfaat dan memberikan infomasi yang tepat dan betul kepada pembaca. Bukan artikel yang korang kongsi berdasarkan pengalaman orang lain dan kongsi di blog untuk meraih trafik dan kedudukan yang tertinggi dalam enjin carian. 

Kedua, tulislah sebanyak mungkin pengalaman korang di dalam blog. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza walaupun mempunyai tajuk artikel yang sama. 

Hal ini demikian kerana siapa yang menulis lebih baik dan memberikan manfaat yang lebih banyak dari orang lain. InsyaAllah blog korang akan dipilih.

Ketiga, tulis dengan gaya penulisan tersendiri. Tak perlu tiru apa yang orang lain buat. Jadilah diri sendiri dan jujur dalam menulis kerana itulah yang menjadikan penulisan kita unik dan berbeza daripada orang lain. 

Itu sahaja. Semoga perkongsian ini memberikan motivasi dan semangat buat rakan blogger yang lain. Semoga bermanfaat!

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

10 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. wah, tahniah awak. doakan blog kita jugak

    BalasPadam
  2. Tahniah Nurul.. blog kak Net pun ada satu dua ketul yang berjaya tembus. Tak tahu macam mana Google pilih. Baca Nurul kongsi ni fahamlah kak Net antara sebabnya. TQ berkongsi infonya.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, pernah merasa juga featured snippets. Mungkin tak ada orang tulis pasal tu agaknya.

    BalasPadam
  4. Tahniah nurul. Hard work paid off. Suka tengok kerajinan dan usaha nurul. ❤️

    BalasPadam
  5. tahniah nurul, bestnya. tq atas tipss

    BalasPadam
  6. tahniah ye.
    kerja keras yg berbaloi :)
    and tq for the tips.
    aida ni xde masa byk utk concentrate blogging.
    but, every penulisan yg lahir di blog, memang dtg dari diri sendiri.
    terhad kpd cerita sendiri saje.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama