Tanda-Tanda Rahim Tidak Sihat, Semak Sekarang

Kadangkala kita tidak sedar sebenarnya ada masalah pada rahim memandangkan organ tersebut berada di dalam tubuh, betul tak? Bagaimana nak tahu ciri-ciri rahim bermasalah untuk menentukan ia sihat atau sebaliknya?

Tanda-Tanda Rahim Tidak Sihat, Semak Sekarang

Masalah pada rahim

Keadaan yang menjejaskan rahim atau mana-mana bahagian lain sistem pembiakan wanita dirujuk sebagai masalah rahim.

Berikut antara beberapa masalah rahim seperti:

1. Fibroid rahim
Punca sebenar fibroid rahim tidak diketahui. Beberapa faktor seperti hormon, sejarah keluarga dan kehamilan meningkatkan risiko fibroid rahim.

2. Kanser
Kanser rahim menyebabkan pendarahan faraj yang tidak normal. Jenis yang paling biasa ialah kanser endometrium. Ia memerlukan rawatan yang agresif jika ia telah merebak ke luar rahim.

Hiperplasia endometrium punca ciri ciri rahim bermasalah

Berlaku apabila terlalu banyak sel tumbuh dalam lapisan rahim – kesannya rahim menjadi sangat tebal dan menyebabkan pendarahan tidak normal.

Ia bukan kanser tetapi dalam beberapa kes, ia boleh mengembangkan kanser rahim.

Endometriosis

Keadaan di mana jenis tisu yang sama yang melapisi rahim anda tumbuh di bahagian lain badan – selalunya dalam perut atau ovari.

Biasanya disebabkan oleh jangkitan seperti STD (jangkitan seksual), batuk kering dan jangkitan daripada bakteria normal faraj.

Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, individu dengan endometriosis akan mengalami hiperplasia endometrium.


Prolaps rahim

Keadaan rahim jatuh ini bermakna otot dan ligamen yang menahan rahim di tempatnya telah lemah – selalunya dialami seiring penuaan usia.

Selain penuaan, tahap estrogen yang lebih rendah, otot atau tisu pelvis yang rosak, obesiti, sembelit kronik, dan batuk kronik turut boleh meningkatkan risiko prolaps rahim.

Penyakit radang pelvis (PID), punca ciri ciri rahim bermasalah

Kadangkala bakteria atau mikrob memasuki serviks dan merebak ke atas. Jangkitan ini boleh menjejaskan satu atau lebih organ pelvis, termasuk rahim, serviks, dan tiub fallopio.

Polip
Merupakan ketumbuhan kecil dan lembut dalam rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak, bintik-bintik di antara haid dan pendarahan selepas hubungan seks.

Tuberkulosis rahim
Jangkitan kuman pada sistem pembiakan wanita yang sering dikaitkan dengan ketidaksuburan pada wanita. Boleh terjadi apabila anda melakukan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.

Sakit pelvis kronik
Jika doktor tidak dapat mengenal pasti punca kesakitan, anda mungkin didiagnosis dengan sakit pelvis kronik.

Tanda-tanda rahim tidak sihat

Beberapa gejala biasa masalah rahim termasuklah:
  • Sakit di kawasan rahim
  • Pendarahan faraj yang tidak normal atau berat
  • Kitaran haid tidak teratur
  • Keputihan yang tidak normal
  • Sakit di bahagian pelvis, bawah abdomen atau kawasan rektum
  • Peningkatan senggugut

Simptom rahim bermasalah adalah seperti :
  • Kerap kencing
  • Sakit semasa persetubuhan
  • Pendarahan selepas persetubuhan
  • Haid yang berpanjangan
  • Bengkak perut
  • Sembelit; ketidakselesaan semasa membuang air besar
  • Jangkitan pundi kencing berulang
  • Keletihan
  • Demam

Diagnosis atau cara mengetahu masalah rahim 

Beberapa ujian yang paling biasa ialah:

1. Pemeriksaan pelvis

Ini boleh mengenal pasti masalah seperti rahim prolaps atau terbalik. Pemeriksaan pelvis tidak dapat menilai sepenuhnya apa yang berlaku di dalam rahim. Anda mungkin memerlukan ujian lain untuk mengesahkan diagnosis.


2. Pap smear bantu kesan masalah pada rahim

Ujian ini boleh mengenal pasti perubahan dalam sel-sel serviks. Ujian Pap mungkin merupakan titik permulaan yang baik jika anda mempunyai simptom masalah pada rahim.

3. Urinalisis

Ujian ini memeriksa tanda-tanda jangkitan dan kadangkala, sel-sel kanser dalam air kencing.


4. Sampel darah

Ujian ini boleh mengenal pasti perubahan hormon yang boleh menjejaskan rahim.


5. Ujian pengimejan

Imbasan ultrabunyi atau tomografi berkomputer (CT) menghasilkan imej rahim. Membantu mendedahkan perbezaan dalam bentuk, saiz atau lokasi. Untuk sesetengah imbasan CT, doktor mungkin menyuntik pewarna ke dalam saluran darah untuk menghasilkan gambaran yang lebih jelas.

6. Prosedur intervensi

Ujian ini menggunakan kamera kecil untuk meneroka bahagian dalam rahim tanpa pembedahan. Dalam histeroskopi, doktor meletakkan tiub ke dalam serviks untuk melihat bahagian dalam rahim.

Untuk histerosalpingografi atau sonohysterogram, doktor menyuntik cecair atau pewarna ke dalam serviks untuk melihat bahagian dalam rahim.

Sumber : Hello Doktor

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

1 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama