Resipi Sotong Goreng Tepung Che Nom Memang Menjadi

Assalamualaikum
Bismillah

Selepas mendirikan rumahtangga, banyak yang aku belajar terutama sekali bab memasak. Setiap hari berfikir apa yang mahu dimasak hari ini. Pelbagai jenis resepi dah yang aku cuba. 

Sampaikan tak tahu dah nak masak apa. Hari-hari pun tanya husband nak makan apa. Walaupun jawapan husband tetap sama "apa-apa sahaja" Hahaha

Dan suami kerap juga bawa balik sotong. Aku jarang sekali masak sotong. Jadi sebab tak tahu nak masak apa dengan menu sotong, biasanya pilihan terakhir memang rujuk resepi dari Che Nom.

First time aku cuba masak sotong goreng tepung, dan memang menjadi kalau tiru resepi Che Nom

Resipi Sotong Goreng Tepung

Resipi Sotong Goreng Tepung 

Bahan untuk lembutkan sotong (untuk dibilas):
  • 400g sotong
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder

Bahan untuk tepung perapan:
  • 1 biji telur putih
  • ½ sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • ½ sudu besar serbuk perasa Sedap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ sudu kecil garam
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit air

Bahan-bahan tepung salut:
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½-1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk perasa Sedap
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar tepung beras

Cara-cara membuatnya korang boleh rujuk kat video tu ya ~ Selamat mencuba ya!


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

1 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Semoga terus rajin masuk dapur hehehe!
    Tahniah! Ha kenapa tahniah? Jom check blog saya jom! https://www.syaznirahim.com/2022/12/pemenang-giveaway-sweet-december-by.html

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama