Target 200k Pageviews Blog Kembali

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Lamanya tidak semangat menulis macam dulu. Haha. Hebat betul pukulan pengantin baru. Hampir setahun juga nak dapatkan mood menulis macam dulu. 

Sejujurnya agak struggle juga untuk aku maintain pageviews selepas kahwin. Banyak sangat halangan dan motivasi menulis memang menurun menyebabkan aku tidak dapat update blog pada awal tahun. 

Bulan Mac pula aku pindah rumah jadi banyak keperluan rumah harus disediakan. Apabila dah pindah rumah baru ni, ambil masa nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru.Kemudian nak susun masa yang sesuai.

Eh lepas tu puasa pula. Then Raya lagi. Hahaha

Sekitar bulan Ogos juga baru aku rasa macam semangat betul nak menulis blog kembali. Apabila dah semangat ni pula, rasa macam nak buat blog baru lagi dengan fokus kepada satu niche. Jadi terbinalah Belajar Buat Blog

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan walaupun pada mulanya banyak sangat kekangan. Sepanjang 10 bulan ini memang banyak sangatlah perubahan dengan blog. 

blog-pageviews

Target 200k Pageviews Blog Kembali

Walaupun aku suka menulis dengan santai. Memang tak best kalau tak buat target setiap bulan. Jadi azam blog aku tahun ni nak target 200k pageviews blog setiap bulan. 

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab selama 10 bulan ini aku konsisten menulis sekurang-kurangnya 10 artikel setiap bulan. Konsisten adalah kunci utama dalam berblog. 

Untuk dapatkan 200k pageviews blog memang kena konsisten. 




Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

6 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Wow... Semoga kembali dan terus konsisten... Mantap tuu... Beratus K view sebulannn 😍😍😍😍

    BalasPadam
  2. Tahniah Nurul. Bila tak ada mood begitulah kan..Dah ada mood ni kena mengarang habis habisan. Keep it up!

    BalasPadam
  3. Tahniah. Akak pun baru dah mula letak target utk rajin-rajin kembali menulis. Nak capai 200k view tu macam jauh lagiiii...

    BalasPadam
  4. Tahniah nurul. Adui kakak ko ni, malas betul. Mood dari awal tahun nak sampai ke hujung tahun pun masih sama ke lautnya. Haha. Doakan sama kakak rajin! Haha.

    BalasPadam
  5. Tahniahh nurul, OM pun target 100K untuk bulan nov ni.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama