Senarai Website Untuk Pilih Template Blog

5
Assalamualaikum
Bismillah

Hai hari ini aku mahu buat entri ringkas sahaja tentang macam mana mahu cari template yang sesuai untuk blog? Jadi aku dah senaraikan beberapa website untuk korang pilih template. 

Senarai Website Untuk Pilih Template Blog

1. Gooyaabitemplates

Gooyaabitemplates antara website Blogger Templates 2022 paling popular yang tak asing lagi buat para blogger terutama buat blogger beginners. Dulu aku memang selalu guna template kat sini. Dalam beberapa tahun jugalah. 

Kalau korang nak cari template responsive, seo ready template dan free template, Gooyaabitemplates adalah antara yang terbaik. Cuma korang kena pandai pilih lah. Apa yang aku suka website ini menyediakan pelbagai template blog percuma pelbagai niche. 

2. BTemplates

Sekiranya korang berminat dengan template style dulu-dulu punya boleh pergi ke BTemplates, the best place for Blogger templates since 2008. 

Kebanyakkan design memang yang masa kita mula-mula berblog tu. Banyak menggunakan koding. Mengamit memori lah bila tengok template ini. Memang sesuai sangat dengan pengguna blogspot. 

3. Idntheme

Idntheme merupakan salah satu website yang aku suka juga setiap kali mahu pilih template. Website ini dari Indonesia. Jadi sekiranya korang berminat mahu beli template kat sini kena contact dulu melalui email untuk order. 

Selain itu, kebanyakkan template kat sini responsive, seo friendly dan sesuai sangat untuk adsense. Jadi memang best lah. Cuma kena pandai pilih lah ya. 

4. Themeforest

Themeforest pula merupakan professional WordPress Themes yang sesuai untuk website eCommerce, Marketing Templates, CMS Templates, Blogging, dan Site Templates. 

Aku paling suka guna themeforest sebab ada pelbagai pilihan niche. Cuma harga template kat sini boleh tahan jugalah. 

5. Template Etsy

Sekiranya korang berminat template yang simple, aesthetic dan minimalist. Template Etsy adalah pilihan yang terbaik. Sesuai sangat buat beauty, personal, dan lifestyles blogger. Ada pelbagai pilihan niche dan kebanyakkan template mampu beli. 

6. Soratemplates

Selain Gooyaabitemplates, soratemplates antara pilihan kebanyakkan para blogger. Soratemplates merupakan template yang mempunyai kualiti yang tinggi walaupun ianya percuma. Bukan itu sahaja, Soratemplates juga kebanyakkan template yang mesra SEO. 

7. Template Toaster

Template Toaster ini memang jarang kan korang dengar. Aku pun baru jumpa juga template ini. Template ini sesuai untuk website profesional, bisnes, educational, dan kalau nak buat branding website pun best juga guna template ini. 

8. TemplatesYard


Seterusnya, Template Yard juga antara template favourite aku. Template ini sangat sesuai dengan pengguna blogspot. Kebanyakkan template kat sini pun responsive dan sesuai buat korang yang mempunyai niche yang pelbagai (rojak). Dia style maganize lah gitu. 

9. Templateify


Templateify - Best Free and Premium Blogger Templates 2021 pun antara pilihan aku juga. Banyak template yang best kat sini. Cuma korang kena baca deskription dulu tau sebelum nak tukar. Kebanyakkan template free dia tak mesra seo dan ada layout dia kita tak boleh guna. 

10. Oddtheme

Sekiranya korang berminat template yang simple, personal, lifestyle atau beauty niche, korang bolehlah singgah kat website Oddtheme. Banyak template yang menarik dan minimalist kat sini. Dulu aku memang pilih template kat sini sebab aku memang suka simple template saja. Aku suka template dia sebab aku boleh letak header aku di tengah. Haha

11. Way2themes

Way2themes aku aku pasti semua orang dah pernah guna kan. Even sampai sekarang website ini menjadi pilihan para blogger kalau nak cari template. Mungkin sebab dia banyak pilihan kot sebab tu orang suka template kat sini.

Sekian itu saja. Semoga bermanfaat. 

Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Thank you for sharing..
    Sekali sekala nak juga tukar wallpaper blog kita..hehe

    BalasPadam
  2. Kak Net paling seram nak tukar template.. waktu nak tukar yang sekarang ni.. dia punya bacaan berbulan-bulan.. hahaha. Punyalah penakut.

    BalasPadam
  3. Dulu mmg banyak Sis guna Gooya, then sekarang guna no9 tu haaa.. so far okay tapi memang kena banyak adjust balik.. kecuali macam Sis beli, so banyak laa boleh guna tanpa edit..

    BalasPadam
  4. Terima kasih nurul berkongsi. Macam mau tukar template terus kakak bah ;)

    BalasPadam
  5. Terima kasih nurul berkongsi. Macam mau tukar template terus kakak bah ;)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !