RESEPI KUIH BINGKA UBI

5

Bahan-Bahan :

  • 4 cawan ubi parut (ubi kayu anggaran 2 kg)
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu garam
  • 1 1/2 cawan santan pekat (kangan cair nanti adunan lembik)
  • 2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan
  • 2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
  • sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
  • beberapa titik pewarna kuning

Cara Membuatnya:

1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu @pati ubi kayu yang berada dibekas selepas air dibuang ( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cawan ubi)

2. Campurkan sagu ubi @pati ubi kayu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.

3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.

4. Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati

5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah

6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.

7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.

8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada tahap kerak yang anda suka....bergantung kepada oven

9. Potong bila dah sejuk.


Kredit resepi dan gambar : mohd shah


Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. cantik elok kejadiannya... akak pernah buat tp kukus sbb oven rosak...

    BalasPadam
  2. elok sgt kejadiannya tu, nurul!
    kagum aida :)
    aida tak brape mahir buat kuih or kek.
    sekadang makan utk famili.
    nak snap picture masuk blog, tak sesuai :) ha ha ha ha...

    BalasPadam
  3. Akak memang suka kuih ni. Tapi bila buat payah betul nak jadi.Hu3.
    Mekaseh kongsi resepi.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !