Kebaikan Kasut Pallas
- Cepat Kering - Kasut Pallas sangat terkenal dengan Ventilation System yang baik. Kasut ni cepat kering jadi kalau masa tu hujan, tak perlu tunggu lama untuk keringkan semula.
- Sistem Pengudaraan yang Baik - Sistem pengudaraannya juga baik untuk pastikan kaki kanak-kanak tu senang nak bernafas. Lebih-lebih lagi kalau dah sehari suntuk duduk di sekolah.
- Lantunan yang Lebih Baik dan Selesa - Ia dapat memberikan perlindungan yang lebih baik pada sendi korang. Jadi tak perlu risau sangat kalau nak gunakan kasut ni sepanjang hari ataupun semasa nak bersukan.
- Melegakan ketegangan pada kaki - Kalau anak korang jenis suka bergerak dan bersukan, kasut ni paling sesuai untuk mereka. Sebab kasut ni dapat melegakan kejang otot pada kaki semasa berjalan dan berdiri lama.
- Lebih Ringan - Kasut ni juga terkenal sebab ia lebih ringan daripada kasut-kasut yang lain. Jadi ia dapat mengurangkan kanak-kanak dari membawa beban yang banyak ke sekolah. Lebih ringan dan lebih selesa untuk dipakai!
- Sesuai untuk growing kids - Kasut ni ada ciri yang sangat penting dimana ia dapat memberikan keselesaan yang sangat tinggi untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Kasut ni mempunyai tapak luar getah (Rubber Outsole) dan juga cengkaman yang lebih baik.
Review Kasut Pallas PX37-104 ABK
Untuk keselesaan dan keselamatan
anak-anak masa kat sekolah, korang sebagai ibu bapa juga mesti peka dengan
benda macam ni. Mungkin ada yang berpendapat, benda ni remeh sahaja. Tapi,
kalau kita sendiri yang jadi budak, mesti kita pun nak yang elok dan bagus juga
kan untuk digunakan masa pergi sekolah.
Sebab tu aku galakkan sangat kalau ibu bapa di luar sana tu beli kasut jenama Pallas ni. Kalau kita tengok dari segi kebaikan, kasut jenama Pallas ni sememangnya merangkumi pelbagai kebaikan. Sebab tu kalau korang baca pendapat atau review tentang kasut ni, kebanyakkannya baik-baik sahaja. Bukan sahaja tahan lama, kasut ni juga ringan dan sesuai dipakai oleh kanak-kanak yang sedang membesar.
Selain mempunyai sistem pengudaraan yang bagus, ia juga cepat kering. Jadi ibu bapa tak perlu risau sangat jika cuaca asyik hujan sahaja. Korang boleh keringkan guna tradisional sahaja. Jemur depan kipas atau letak kat belakang peti sejuk. Kat sana kan kawasan yang hangat.
Lagi satu, kalau anak-anak korang jenis yang banyak bergerak ataupun aktif dalam bersukan, membuat pilihan untuk beli kasut jenama Pallas adalah yang paling baik! Nak tahu kenapa? Sebab salah satu kebaikan kasut ni ialah, dapat melegakan kekejangan pada kaki.
Jadi,
anak-anak boleh bermain dengan seronok sebab dengan ciri ini, ia dapat
memberikan perlindungan yang lebih baik pada sendi anak-anak korang.
Kesimpulannya
Sebelum tu, aku nak tambah sikit lagi. Kebanyakkan ibubapa dan anak suka dengan kasut janama Pallas ni bukan sahaja sebab kualitinya, tapi juga sebab reka bentuk kasut yang baik dan banyak jenis.
Harga kasut juga turut menjadi salah satu sebab kenapa kasut ni sangat popular dalam kalangan ibu-ibu. Memang sangat berpatutan dengan gandingan reka bentuk dan kualiti yang tinggi!
best kan pakai kasut ni
BalasPadam