Tips Nak Dapatkan Job Review di Blog

18
Assalamualaikum
Bismillah

Ada banyak cara nak jana pendapatan dengan blog. Salah satunya adalah dengan membuat review produk atau servis. Selain itu, ada juga kolaborasi dengan beberapa brand yang terkenal seperti Foodpanda, McDonald, dan traveloka. 

Kalau ada rezeki dapatlah buat review daripada brand luar negara. Pun best juga sebab bayaran dalam USD. 

Sebelum aku kongsikan tips macam mana nak tarik client untuk bagi job review kat kita. Aku ceritakan serba sedikit dahulu macam mana aku boleh dapat paid review boleh dikatakan setiap bulan. 

blogging

Seperti yang korang sedia maklum. Sebelum dapat job review ni, aku cuma fokus Google Adsense sahaja. Aku dapat offer review produk untuk pertama kali selepas 3 bulan aku jadi blogger sepenuh masa. 

Apa yang aku buat? Aku tak buat apa-apa pun. Aku cuma fokus naikkan trafik blog sahaja. 

Biar betul naikkan trafik boleh dapat job review? YES!

Cuma kunci dia adalah pertama kali korang dapat client inilah korang kena buat baik-baik review korang. 

Once klien puas hati dengan review pertama korang, percayalah rezeki tidak akan berhenti untuk dapat job review seterusnya dan seterusnya. Malah, klien yang pernah bagi job sebelum ini akan hubungi korang balik setiap kali ada produk baru keluar. 

Ehh review korang tak bagus ke? Noooooo.... Bukan macam tu ya. Ada cara macam mana dengan sekali review korang boleh dapat review berkali-kali lagi selepas ini. InsyaAllah~

Tips Nak Dapatkan Job Review di Blog

1. Pastikan Review Mempunyai Pageview Yang tinggi 

Aku dah pernah kongsikan di artikel Berapakah Income Blogger Sepenuh Masa? bahawa pageview sangat mempengaruhi untuk dapat job menulis khususnya menulis review produk atau servis. 

Dalam erti kata lain, takpa artikel korang yang lain tak tinggi pageview. Tetapi pastikan artikel untuk review produk atau servis korang ini mempunyai pageview yang tinggi berbanding artikel yang lain.


Kalau korang nak tahu inilah job review aku yang pertama iaitu Rendahkan Gula Dalam Darah Dengan Insourin. Selebihnya adalah personal review. 

Jadi, korang kena buat konten SEO untuk review. Supaya artikel ini mudah berada dalam mesin carian. Artikel yang berada di halaman pertama dalam carian dapat meningkatkan pageview blog atau artikel tersebut. 


Korang boleh baca banyak tips seo kat google. Banyak sangat, tinggal aplikasikan sahaja di entri. Memang nampak sukar tetapi percayalah cara inilah paling senang sekali kalau nak dapat long-term job. 


2. Mempunyai Followers Media Sosial Yang Tinggi

Sekiranya korang tidak mempunyai trafik blog yang tinggi. Korang boleh gunakan followers korang untuk tarik minat klien. 


Followers instagram aku tak banyak. Hahaha~ Lagipun aku memang dah kurang ambil job review produk. Aku ambil juga tetapi tengok jenis produk dan syarat dia. Kalau okay aku ambillah. 

Sebelum ambil job tu kena pastikan betul-betul dengan PR ya apa tugasan yang kita nak buat. Jangan main terima saja ya terutama sekali produk. Yang guna adalah diri kita sendiri. So kena timbang baik buruk dia ya. 


Cara dia sama sahaja macam blog, korang rajinlah post produk review atau servis review. Tak perlu tunggu ada job. Korang boleh buat review apa sahaja. Barang dapur ke, produk yang korang baru beli kat shopee ke. 

Kalau ada rezeki dapat offer boleh inform kat klien korang ada blog. Rate blog dan media sosial tak sama tau. Jadi korang boleh bagi rate blog dan media sosial sekali.

Tujuan kita bagitau klien yang kita mempunyai blog supaya kita dapat lebih banyak paid review di blog. So jangan fokus media sosial saja tau. 

3. Jadikan Review Sebagai Portfolio

Apabila kita dah pernah buat sekali review produk di blog. Korang jadikan review tersebut sebagai portfolio. 

Tujuan kita buat portfolio adalah untuk meyakinkan pihak klien bahawa mereka boleh percaya dengan servis menulis kita. 

Apa yang perlu ada dalam portfolio?
  • Nama dan nama blog
  • Servis yang korang tawarkan. Contohnya, pengiklanan.
  • Rate atau harga bagi servis korang
  • Bukti klien pernah bekerjasama (masukkan nama-nama brand beserta link review yang korang pernah buat sebelum ini)
  • Feedback selepas review dari klien atau pembeli (komen-komen orang)
  • Screenshot pageview untuk blog dan google analytics

Korang juga boleh nyatakan kelebihan-kelebihan yang korang ada. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Jadi kenal pasti apa kelebihan, bakat atau kemahiran korang. 

Misalnya ramai followers, boleh buat artikel seo, trafik blog yang tinggi dan sebagainya. 

Portfolio ini tidak semestinya untuk blog ya. Untuk tarik minat klien dapatkan job influencer pun boleh. Korang boleh guna website canva untuk cari template yang menarik dan lawa. 

4. Feedback Klien

Ini yang paling penting sekali. Setiap kali selesai buat review aku akan minta feedback klien tentang servis yang aku buat. 

Minta mereka komen tentang servis menulis kita. Bahagian mana yang boleh diperbaiki lagi. 

Kalau tak minta feedback pun. Kita yang bagi feedback kat klien. Bagitau kat klien selepas sebulan kita akan tunjukkan feedback seperti komen orang, jumlah share, pageview blog, atau engagement ke.

Maksudnya apa yang kita buat tu ada hasilnya. 
Bukan sekadar tulis dan dapat payment macam tu saja. Kena win-win situation. 

5. Jangan Lupa Say Thank You!


Akhir sekali, jangan lupa say Thank You walaupun korang tak suka PR dia ke. Still nak kena jaga hati klien. Kita tak tahu mungkin next job kita dapat disebabkan recommendation dari pihak mereka.


Kadang ada PR lama dia dah tak handle job tu. Ada beberapa klien aku yang sebelum ini PR dia dah berhenti kerja. Tetapi dorang rekomen blog aku kat PR baru. 

Alhamdulillah, setiap job yang aku pernah buat, aku dapat lagi balik untuk projek baru dorang. Kadang ada yang tak nak dah cari orang lain. 

Ada yang setiap kali ada job pasal blog dorang memang akan cari dan minta aku carikan blog lain lagi.
 

Kesimpulannya...

Apabila buat kerja blog yang melibatkan brand mahupun PR memang banyak ragamnya. Ada yang okay, ada yang tak okay. Semua tu ujian dan cabaran dalam berblog. 

Alaa.. sama ja macam kita kerja kat office, ada macam-macam ragam orang kita jumpa. 

Sekurang-kurangnya buat kerja menulis blog ini kita takda konflik dengan officemate mahupun bos. Namun, bukan beerti kerja menulis review ini mudah macam yang orang nampak. 

Hanya blogger sahaja yang faham kan. hehe~

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu korang untuk dapatkan lebih banyak job menulis pada masa akan datang. 

Aku dah kurang ambil job sekarang. Cuma nak santai menulis dan fokus adsense sahaja.

Aku sentiasa doakan semoga korang diberikan rezeki yang melimpah-ruah dan dipermudahkan urusan. InsyaAllah, aamiin~

Doakan aku supaya sentiasa diberikan ilham untuk berkongsi dengan korang lebih banyak info pasal blog. Terima kasih yang sentiasa support blog ini. 

Catat Ulasan

18Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Wahh terima kasih perkongsiannya kak Nurul <3

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang menarik pengalaman anda..

    BalasPadam
  3. Wah! Inspirasi betul.. bagus infonya Nurul..

    BalasPadam
  4. Saya suka statistik di blog..graf naik semangatnya kita kan

    BalasPadam
  5. Terima kasih nurul atas perkongsian ni, moga moga ada rezeki saya lepas ni, aamiin.

    BalasPadam
  6. Thanks for sharing the tips. Yang point nombor 3 & 4tu memang terbaik la. Tak pernah lagi buat sebelum ni. Boleh la praktikkan.

    BalasPadam
  7. bagus perkongsiannya. terima kasih Nurul. :)

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas perkongsian, Nurul. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  9. tq sharing nurul..
    boleh share bagaimana nk buat entri/content seo yg bagus?

    BalasPadam
  10. banyak nya kena belajar lg ni
    akak x faham. sgt nurul

    BalasPadam
  11. Kena usaha lebih lgi ni sbb stop lma sgt, nk naik balik mmg susah..

    BalasPadam
  12. Terima kasih atas ilmu yg di kongsi bersama.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !