Assalamualaikum
Bismillah
Mungkin ada di antara anda yang pernah hadapi masalah ni kan? Nak hantar anak ke taska, tapi mereka merengek dan menangis tak henti-henti. Ada sesetengah kanak-kanak yang suka dengan suasana baru tapi ada juga yang tidak. Sebab itu, ibu bapa perlu mainkan peranan penting di sini.
Sebagai ibu bapa, kita perlu ambil tahu beberapa aspek penting sebelum hantar mereka ke Taska atau Prasekolah. Terutama sekali kanak-kanak yang ada masalah dari segi percakapan dan pergaulan. Oleh itu, sebelum hantar anak ke taska, kita mesti peka dengan perkara ni dan berikan info awal dengan para guru dan pengasuh.
Baiklah, mari kita tengok cara-cara untuk tarik minat anak ke taska atau prasekolah kat bawah ni.
1. Kongsi cerita tentang taska/ prasekolah
Jadikan ini sebagai cerita harian bila berbual dengan anak-anak. Mungkin anda boleh sediakan senarai yang perlu dibuat sepanjang berada di taska. Ceritakan juga tentang suasana taska yang mereka akan pergi nanti. Jangan fokuskan cerita kepada pembelajaran semata-mata.
Pastikan mereka paham walaupun mereka pergi ke taska, mereka masih boleh bermain dan berjumpa dengan ramai kawan.
2. Membuat lawatan awal ke taska/ prasekolah
Selalunya, lawatan awal boleh dibuat oleh ibu bapa sebelum anak memulakan taska. Jadi, ibu bapa boleh bawa anak-anak dan tunjukkan kepada mereka suasana sebenar semasa berada di taska.
Pastikan taska atau prasekolah yang dipilih itu adalah selamat, dan mempunyai guru dan pengasuh yang berpengalaman. Anak-anak akan lebih teransang untuk kembali jika ibu bapa membuat lawatan awal ke taska dengan mereka.
3. Motivasi harian
Ibu bapa mainkan peranan penting dalam pergaulan harian dengan anak-anak. Setiap hari, sebelum menghantar anak ke taska, selitkan kata-kata semangat dan motivasi untuk mereka.
Jangan pula masukkan motivasi jenis ganjaran seperti “Kalau angah tak nangis, ummi akan belikan angah mainan kegemaran angah”.
Tak salah buat janji macam ni, tapi jika kanak-kanak dah terbiasa, ibu bapa yang akan susah nanti. Sebab tiap hari, mesti ada ganjaran nak bagi.
4. Memperkenalkan guru-guru atau pengasuh
Semasa buat lawatan awal tu, bawa mereka jumpa dengan guru-guru yang mengajar di sana. Beritahu dengan mereka guru mana yang akan mengajar dan menjaga mereka. Cuba wujudkan hubungan baik dengan para guru dan anak-anak.
5. Kongsi serba sedikit tentang anak kepada guru
Sebagai ibu bapa, anda mesti sedia maklum dengan perangan anak-anak kan? Cuba kongsikan sedikit dengan para guru dan pastikan mereka peka dengan perkara-perkara yang boleh meransang perubahan perangai anak anda. Contohnya anak-anak yang ada masalah komunikasi, pergaulan, toilet training dan yang sewaktu dengannya. Supaya nanti guru-guru pun tidak panik bila anak tiba-tiba meragam.
6. Peka dengan jadual dan aktiviti di taska atau prasekolah
Sesibuk mana pun di tempat kerja, ibu bapa masih perlu peka dengan perkembangan anak-anak di taska. Pastikan anda mendapat jadual tentang aktiviti harian si anak dan menghadirkan diri ke perjumpaan yang pihak taska dah buat. Hal ni supaya ibu bapa dapat mengurus semua perkara dengan mudah nanti.
7. Peringatan harian
Cuba kongsikan cerita harian tentang aktiviti atau suasana di taska. Walaupun anda tak ada pegalaman, cuba ceritakan benda positif dengan anak-anak. Elakkan daripada menakutkan anak-anak dari aspek pengasuh yang garang atau sesi pembelajaran yang susah.
8. Bantu anak sesuaikan diri di taska
Hari pertama selalu menjadi hari yang mendebarkan. Pastikan ibu bapa meluangkan masa beberapa minit untuk membantu mencari tempat duduk, tandas, tempat makan dan lain-lain. Buat mereka terbiasa dahulu dan jangan tinggalkan terus. Nanti mereka terkejut dan akan menangis pula.
9. Selitkan mainan kegemaran bersama
Untuk hari pertama sahaja, anak-anak berpeluang untuk membawa mainan dari rumah. Ambil peluang ini dan biarkan mereka bawa barang atau mainan yang boleh buat mereka tenang. Jangan lupa pesan yang mainan tu boleh bawa untuk sementara waktu sahaja.
10. Menjemput anak-anak pulang
Pastikan anda maklumkan dengan anak-anak yang anda akan jemput mereka masa pulang nanti. Beri pesanan ringkas sebelum anda tinggalkan mereka di taska. Beritahu masa dan siapa yang akan ambil mereka nanti, dan jangan lupa selitkan pesanan supaya belajar baik-baik dan dengar cakap cikgu!
11. Bertanya tentang rutin harian di taska selepas pulang
Selepas menjemput mereka semasa pulang, biasakan untuk bertanya dengan anak-anak tentang apa yang berlaku pada hari itu. Peka dengan setiap apa yang keluar dari mulut mereka. Jika ada apa-apa yang membuatkan anda risau, cuba kongsi dan bertanya dengan para guru di taska.
Ada anak-anak yang kurang yakin dalam pergaulan, dan mereka mungkin menghadapi masalah di taska. Jadi, anda sebagai ibu bapa perlu peka dan ambil tindakan.
12.Ruang khas untuk belajar di rumah
Buat atau sediakan ruang untuk anak anda belajar. Anda boleh saja membuat satu ruang di rumah sebagai Ruangan Belajar untuk anak-anak di rumah. Jadi, anak-anak boleh luangkan masa untuk membuat kerja yang diberikan dari taska. Pastikan semua kelengkapan seperi meja dan alat tulis ada disediakan.
Kesimpulannya
Sebenarnya penting bagi ibu bapa untuk mengambil kira tentang perkembangan anak-anak. Ada sesetengah ibu bapa yang lebih suka membiarkan anak-anak bermain di rumah walaupun mereka mampu untuk menghantar anak ke taska atau prasekolah.
Untuk kebaikan anak-anak sendiri, ibu bapa perlu tumpukan perhatian lebih terutama dari perkembangan sosial dan juga pendidikan awal. Supaya nanti kalau dah masuk Tahun 1, mereka akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran.
Lambat lg anak nk masuk taske huhu tp boleh tahu serba sedikit
BalasPadam11 tahun kerja taska
BalasPadamragam anak2 mcm2 ada he hee
lain kanak2 lain peelnya
yg meragam yg manja, biasa awal tahun cikgu2 taska kena tahan telinga
seminggu dua dan ada yg sampai sebulan pun masih menangis tiapkali dtg tapi bila ibubapa hilang dari pandangan alhamdulillah elok tak mersgam
betul tu. sibuk macam mana sekali pun ibu bapa, spend time dengan anak2 lebih2 lagi waktu diorg buat kerja sekolah atau pun bercerita tentang apa yang berlaku dekat sekolah.
BalasPadamBagus info dan tips yang dikongsikan, nasi nak share dekat kawan-kawan yang ada ank nak masuk taska moga membantu parent2 tu nanti
BalasPadamAwal-awal saya masukkan anak ke PAUD (sebutan untuk Taska di Indonesia), sayapun jauh-jauh hari selalu cerita dulu tentang apa itu PAUD, akan bertemu siapa aja, ngapain aja di sana dll. Syukurnya anak saya memang excited dari awal. Jadi tak susah kali pas melepas dia di awal-awal. Terlebih ada babysitter ya ikut menemani.
BalasPadamSedih saat nih semua sekolah harus online termasuk PAUD. Kadang teacher nya kirim tugas membuat gambar atau video supaya anak-anak nih tetap ada kegiatan :D