Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online

18
Assalamualaikum
Bismillah

Muzakarah telah mengambil ketetapan bahawa :

a. Kaedah pembayaran zakat fitrah boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian di negeri masing-masing dengan mengambilkira peraturan Perintah Kawalan Pergerakan semasa.

b. Kadar zakat fitrah mengikut ketetapan yang diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri. Walau bagaimanapun, jumlah bayaran yang perlu dibuat adalah bergantung kepada kemampuan pembayar dan ketua keluarga.

Pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan melalui :
  • wakil-wakil amil yang bertauliah atau 
  • membayar secara dalam talian melalui saluran Perbankan Internet (online banking) 
  • Gerbang Pembayaran Atas Talian (online payment gateway) seperti Snap N Pay, MYeG dan Boost kepada Majlis Ugama Islam Sabah.

Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online


Langkah 1 

DAFTAR https://www.myeg.com.my/register (bagi pengguna baru)

Kalau dah daftar boleh LOGIN di https://www.myeg.com.my/login 

Masukkan USERNAME dan PASSWORD dan tekan LOGIN



Langkah 2 

Setelah itu pilih ZAKAT ON INDIVIDUAL (seperti dalam gambar)



Langkah 3

Pilih PUSAT ZAKAT SABAH (Majlis Ugama Islam Sabah)


Langkah 4

Sila pilih "BAYAR ZAKAT" untuk bayar zakat fitrah. Untuk pembayaran zakat selain zakat fitrah boleh pilih "TAKSIR ZAKAT". 


Langkah 5

Masukkan butiran tersebut :

  • Tahun : 2020
  • Jenis beras : Beras kategori 1 atau 2 (aku pilih no 2)
  • Nisab : RM 6.00 atau RM 7.50
  • Bilangan orang : 1 sekiranya untuk diri sendiri (lebih dari 1 sekiranya ada tanggungan)

Klik "Kira Zakat". 

Dan tekan "Seterusnya" untuk langkah seterusnya. 




Langkah 6

Teruskan untuk PENGESAHAN. Sekiranya maklumat tidak lengkap atau salah sila lengkapkan maklumat dahulu.


Langkah 7

Pilih "SETERUSNYA"


Langkah 8

Baca LAFAZ AKAD ZAKAT FITRAH samada untuk diri sendiri, dari sendiri dan tanggungan ataupun bagi pihak/wakil. 

Klik "OK" untuk teruskan. 


Langkah 9

Pilih samada korang nak buat pembayaran melalui KREDIT KAD ataupun ONLINE BANKING. Aku pilih "online banking". 


Langkah 10

Tanda petak kecil segi empat sebagai SETUJU dengan terma dan syarat. 

Klik "FPX Internet Banking" untuk teruskan pembayaran.


Langkah 11

Pilih SENARAI BANK (aku bayar menggunakan CIMB BANK)

Masukkan EMAIL untuk menerima RESIT SEMENTARA.

Klik SUBMIT


Langkah 12

Seterusnya ia akan direct ke website Cimb Clicks. Pastikan amaun yang dibayar adalah betul. 

Request TAC dan masukkan kod tac. Klik submit. 


Alhamdulillah pembayaran telah berjaya. 


Korang boleh print ataupun simpan RESIT SEMENTARA untuk bukti pembayaran. 


Bukan itu sahaja, korang juga akan menerima EMAIL BUKTI PEMBAYARAN  telah dilakukan. 


Untuk makluman anda semua, tutorial pembayaran zakat ini dibuat pada tahun 2020 ya. Kadar zakat fitrah berubah setiap tahun ya. 

Anda boleh menunaikan Zakat Fitrah secara online melalui :

1. Online Banking:
- Maybank - Bank Islam - Bank Rakyat - Agro Bank - BSN

2. Online Portal:
- Myeg - Pos Malaysia - Snap&Pay - Tulus

3. Apps (Google Play) & (AppStore):
- Tulus - Shoppe - Boost - Snap&Pay - MAE - Myeg

4. QR Code:
- Bank Rakyat - Maybank

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah


Untuk maklumat lanjut tentang kaedah bayaran zakat boleh terus ke laman web Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS)

Tags

Catat Ulasan

18Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. terbaik 👍👍👍 tapi sy tfikir dgn para amil yg memungut zakat ni. mcm mn keadaan dorg time pkp

    BalasPadam
  2. info berguna, saya dah byr guna banking online

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga bermanfaat :)
      Waa.. bagus dah bayar awal2..

      Padam
  3. time pkp ni sangat mudah utk bayar zakat secara online. nice sharing :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Wah bagusnya. terus sebarkan kebaikan!

    BalasPadam
  5. Thanks for sharing. Lain rasanya bila tak boleh bayar depan2 ni.
    Tak merasa la macam nak nikah hehe.

    BalasPadam
  6. hikmah MCO.. kita tahu ruksah nak bayar zakat
    secara online..

    BalasPadam
  7. Boleh bayar sekali gus utk 3org kaa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh.. utk diri sendiri, diri sendiri termasuk tanggungan dan kita wakilkan utk org..

      Padam
  8. Jenis zakat byar online tu mau pilih zakat apa? Tiada dalam senarai zakat fitrah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok langkah 4.. Ada zakat fitrah di situ.. Klik terus 'bayar zakat' dan pilih 'zakat fitrah'

      Padam
  9. Kalau bayar utk tanggungan sekali, tidak perlu masukkan IC mereka kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu kita yg wakil .. Jadi letak ja nak bayar utk brapa org t'masuk diri sendiri..

      Padam
  10. Alhamdulillah..terima kasih atas info ini, semoga Allah sentiasa memudahkan urusan dalam hidup mu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah semoga membantu.. InsyaAllah aamin semoga Allah permudahkan urusan kita semua..

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !